Wednesday, July 20, 2016

Kedai tayar dipecah masuk, ibu dan anak ditahan

Quote:

SEREMBAN: Seorang ibu dan anak perempuannya adalah antara lapan orang yang ditahan kelmarin, selepas dipercayai terbabit dalam kejadian sebuah kedai tayar dipecah masuk di Taman Tasik Jaya, dekat sini

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata ibu berusia 38 tahun dan anaknya, 18 tahun, ditahan bersama seorang lagi wanita dan lima lelaki lain di sebuah rumah di Lavender Heights, Senawang dekat sini

Dalam kejadian 15 Jun lalu, katanya, anggota polis yang membuat pemeriksaan selepas kedai tayar itu dipecah masuk menemui sebuah kereta yang ditinggalkan berhampiran kedai berkenaan

“Pemeriksaan dalam kereta itu menemui peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah dan kedai serta beberapa dokumen

“Hasil penemuan itu, kita menjalankan siasatan lanjut dan menyerbu rumah yang dihuni lapan suspek terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, hari ini

Muhamad Zaki berkata, polis kemudian merampas dua kereta lain yang dipercayai turut digunakan untuk kegiatan jenayah

Katanya, lima daripada suspek yang ditahan didapati positif dadah dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan


http://www.youtube.com/watch?v=lY-uQzdhYSE