Tuesday, July 19, 2016

Sebar Gambar Berunsur Lucah, Guru Dipenjara Dua Tahun

KOTA BHARU – Seorang guru lelaki dijel dua tahun bermula hari ini oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini diatas pertuduhan menggunakan aplikasi internet untuk menghantar gambar berunsur lucah palsu membabitkan beberapa pemimpin negara dua tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Nik Adid Nik Mat, 43 selepas didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Nik Adid didakwa menggunakan aplikasi internet untuk menghantar gambar bertajuk “Pesta Bogel” berunsur lucah di http://ift.tt/29KSk2e dengan niat menyakiti hati orang lain di Jalan Maahad Saniah, Pasir Puteh pada pukul 9 malam, 8 Ogos 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman hukuman denda tidak lehih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tertuduh turut didakwa memiliki filem lucah di lokasi sama pada jam 4.45 pagi, 21 Ogos 2014.

Hakim Ahmad Bazli bagaimanapun membenarkan pelaksaan penagguhan hukuman sehingaa rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin. – Kosmo!