Wednesday, July 20, 2016

Kenderaan tunda gagal beroperasi, pekerja lapangan terbang tolak pesawat 36 tan

http://www.youtube.com/watch?v=qbh-KuMvZQ8

ROME – Pekerja lapangan terbang dirakam menolak sebuah pesawat yang penuh dengan penumpang selepas berlaku kesilapan teknikal.

Pesawat Iberian Airlines yang boleh membawa 90 penumpang itu dijadualkan terbang ke Vigo, Sepanyol berada di tarmak kira-kira sejam selepas kenderaan tunda yang menolaknya untuk ke landasan gagal untuk beroperasi.

Dalam rakaman yang disiarkan YouTube, 11 pekerja Lapangan Terbang Fiumicino di Rome dilihat menolak pesawat Bombardier, CRJ900 manakala kelihatan juga pekerja yang mengeluarkan arahan.

Pesawat tersebut, yang penuh dengan penumpang dan bagasi, ditolak ke arah landasan selepas pengawal trafik udara memberi kebenaran untuk berbuat demikian, lapor akhbar Local.fr.

Akhbar tersebut menambah, berat sebuah pesawat yang penuh dengan penumpang dan bagasi boleh mencecah 36 tan.

Kebanyakan pesawat komersial boleh mengundur daripada terminal tanpa perlu dibantu namun tindakan tersebut ‘menggunakan bahan bakar yang banyak’, oleh itu kenderaan tunda digunakan untuk mengundurkannya sebelum berlepas di landasan, kata akhbar itu.

Berikutan itu, pesawat yang dijadualkan berlepas pada pukul 3.10 petang terpaksa memulakan perjalanan pada pukul 4.30 petang.

http://ift.tt/2a8orqM