Wednesday, July 20, 2016

Malaysia dan Singapura meterai MoU projek kereta api berkelajuan tinggi ikonik

Quote:

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dijangka akan mula beroperasi pada 2026

“Menteri dan pegawai dari kedua-dua kerajaan telah bekerja keras sejak beberapa tahun lalu, sejak pengumuman projek HSR mula dibuat pada Februari 2013,” kata Datuk Seri Najib ketika menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua negara bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong

HSR yang dijangka mempunyai jarak trek berjumlah 350 kilometer pada asalnya mempunyai anggaran tarikh operasi pada 2020

Ia bagaimanapun dilaporkan ditunda ekoran skala dan kerumitan projek rentas sempadan itu

Jaringan rel kereta api tersebut dijangka memendekkan tempoh perjalanan dari ibu negara ke Singapura kepada 90 minit berbanding memandu kereta

Datuk Seri Najib turut menzahirkan keyakinan beliau terhadap potensi HSR dalam memantapkan lagi kerjasama ekonomi kedua negara

“Projek ini melambangkan masa depan ekonomi Malaysia dan Singapura, kerjasama dan kemakmuran yang semakin meningkat antara kedua negara akan memanfaatkan rakyat kedua-dua negara,” tambahnya

Sementara itu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut melahirkan rasa optimis terhadap kejayaan projek itu

“Projek ini melibatkan pelaburan yang besar bagi kedua negara, baik dari segi sumber asli, pembiayaan mahupun usaha kolektif organisasi

“Semua ini menjadi lambang kepada keakraban & keinginan kedua negara untuk terus merapatkan kerjasama ekonomi kami,” katanya.
Projek HSR merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara

Datuk Seri Najib berkata susulan MoU ini, kedua-dua negara akan merangka perjanjian bilteral menjelang hujung tahun ini

Ini kemudiannya akan membolehkan proses pembidaan dimulakan menjelang 2017