Monday, October 31, 2016

Pusat jagaan wanita berpantang perlu daftar – Timbalan Menteri PWKM

Quote:

PUTRAJAYA: Pengusaha pusat jagaan wanita berpantang diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan keselamatan dan kualiti perkhidmatan disediakan terjamin

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Chew Mei Fun, berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan antara pihak kementeriannya dengan Kementerian Kesihatan, baru-baru ini

Katanya, sekiranya pusat jagaan wanita berpantang itu tidak mempunyai sebarang elemen rawatan perubatan, ia dianggap di bawah JKM dan perlu didaftarkan dengan jabatan itu

“Jika pemilik berdegil serta gagal berbuat demikian, tindakan sita akan dibuat. Bagaimanapun, kita akan memberi nasihat dan peluang membuat permohonan terlebih dahulu sebelum ia disita

“Langkah yang dibuat ini kerana kita mahu memastikan perkhidmatan disediakan adalah memuaskan selain mengambil berat dengan faktor keselamatan dan kualiti,” katanya pada sidang media selepas program senaman taichi di sini, hari ini

Selanjutnya di : http://ift.tt/2eORwuJ


3 ditahan susulan tuntutan palsu RM400000 projek RTB Sungai Kedah

Quote:

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki termasuk seorang pegawai di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Kedah yang dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM400,000 untuk satu projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Kedah

Ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di pejabat SPRM di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi ketika masing-masing dipanggil untuk memberikan keterangan

Sumber berkata, selain pegawai di GLC berkaitan utiliti itu, dua lagi suspek adalah kontraktor yang dipercayai berpakat dengan pegawai itu mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah

“Tuntutan dikemukakan itu bagi kerja menaik taraf Sungai Tanjung Pauh, Terusan Utama dan Terusan Utara Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Sungai Anak Bukit serta kerja berkaitan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah/Anak Bukit di negeri ini

“SPRM menerima aduan mengenai tuntutan RM400,000 yang menjadi sebahagian daripada nilai keseluruhan projek berjumlah RM1.5 juta itu daripada pengadu yang mengesan keraguan kerana selepas tuntutan dibuat, kerja pelaksanaan tidak berjalan,” katanya

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, mengesahkan penahanan suspek yang kini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya

Selanjutnya di : http://ift.tt/2fzi701


Surat Edaran Tanggungjawab Penjawat Awam Selesaikan Hutang Kepada Kerajaan – JPA

Azizah, Azmin Temu George Soros Minta Sumbangan Pilihan Raya

KUALA LUMPUR – Kerjasama parti politik pembangkang bersama hartawan George Soros sudah bermula sejak sekian lama, kata bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Lokman Noor Adam.

Menurut Lokman, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah mengadakan pertemuan dengan Soros pada 2003 bagi mendapatkan dana kegunaan Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.

Ujarnya, didalam Mesyuarat Biro Pilihan Raya PKR, Azmin mengesahkan sebanyak RM3 juta diterima parti untuk kegunaan membeli barangan kegunaan pilihan raya.

Pertemuan yang berlangsung di Washington DC itu turut dihadiri bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar; dan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

“Apabila saya tanya dengan Mohamad Ezam Mohd Nor (bekas setiausaha politik Anwar) masa itu, beliau memaklumkan bahawa dana itu datangnya dari Soros.

“Jadi untuk PKR, mereka ini telah dibiayai oleh Soros bukan satu perkara baru… sejak 2004 sepengetahuan saya. Yang saya tak tahu mungkin awal daripada itu, saya tak pasti,” katanya dipetik Bernama.

Lokman yang juga Ahli Panel Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang mengulas mengenai pendedahan DC Leaks mendakwa beberapa oraganisasi tempatan menerima dana dari Soros menegaskan dirinya tidak terkejut dengan perkhabaran berkenaan.

“Saya tidak terkejut kerana saya sudah dedahkan PKR dan Malaysiakini (terima dana) pada 2004. Hanya Bersih dan Merdeka Centre penerima baharu (dana ini), selepas 2010,” katanya.

Bekas Ketua Angkatan Pemuda PKR itu juga mendakwa, PKR juga menerima dana daripada Soros untuk program-program latihan dan kursus kelola Institut Kajian Dasar parti.

“Selain itu juga kita sedia maklum Bersih telah mengesahkan mereka menerima dana daripada NDI (National Democratic Institut). NDI terima duit daripada NED (National Endowment for Democracy). Belakang NED ialah Soros,” katanya.

Beliau dalam pada itu percaya Soros akan pertingkatkan untuk menggagalkan usaha Malaysia menjalin hubungan dengan China yang disifatkan beliau semakin erat.

“Mereka nampak benda ini melalui kerjasama ekonomi, pengambilalihan Edra Energy, milik 1MDB dan penjualan 24 peratus ekuiti Bandar Malaysia kepada syarikat dari China.

“Saya nampak Amerika Syarikat cukup bimbang sekiranya Malaysia turut mengambil pendirian yang sama seperti presiden Filipina untuk memutuskan hubungan dengan Amerika dan merapatkan hubungan dengan China,” katanya.

Ujarnya lagi, kaedah mengawal daripada berlaku campurtangan asing adalah untuk menguatkuasakan akta mengawal dana politik.

“Jadi dalam nak mengekang dana asing ini bagi saya ‘simple’ sahaja. Sekarang kita dah tubuh satu jawatankuasa untuk mengkaji tentang akta yang akan kita wujudkan bagi mengawal dana-dana politik ini.

“Saya merasakan kali ini kerajaan kena bertekad walaupun pembangkang tidak bersetuju. Suka tak suka demi menjaga kedaulatan negara, kita kena pastikan bahawa undang-undang ini dikuatkuasakan,” kata beliau. – Malaysian Digest

OPEC Lulus Strategi Kawal Pengeluaran, Naikkan Harga Minyak Dunia

Harga minyak naik lebih tinggi daripada paras terendah selama sebulan pada awal dagangan di Asia pada hari ini selepas anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersetuju dalam menguruskan pengeluaran.

Bagimanapun, keuntungan terhad kerana pasaran yang terjejas oleh indikasi rekod pengeluaran OPEC.

Harga penanda aras minyak Amerika Syarikat (WTI) naik kepada AS$46.95 setong pada pukul 0008 GMT.

Pada awal Isnin harga minyak jatuh 4.0 peratus kepada AS$46.86 setong.

Kontrak hadapan bagi penghantaran Brent naik kepada AS$48.85 setong. Kontrak hadapan-bulan sebelumnya, yang tamat pada Isnin, jatuh hampir tiga peratus pada sesi sebelumnya.

Semalam OPEC meluluskan dokumen yang menggariskan strategi jangka panjang selepas ahli-ahli kartel mencapai kata sepakat menguruskan pengeluaran.

Bagaimanapun timbul an persoalan terhadap keupayaan ahki-ahli kartel untuk mengawal harga kerana ia bakal menjejaskan ekonomi negara-negara dengan ketara.

Wakil-wakil OPEC bermesyuarat pada hari Jumaat di Vienna lalu dan pertemuan dengan bukan OPEC pada Sabtu lalu.

Setakat ini, mereka tidak sampai kepada terma tertentu dan sumber-sumber memberitahu Iran enggan membekukan pengeluaran. – MalaysiaGazette

Gangguan Air Sementara Di Kuala Langat

KUALA LUMPUR – Sebanyak 87 kawasan di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip bocor di hadapan kilang SGL Carbon, Bandar Mahkota Banting, Selangor.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan malam tadi berkata kerja-kerja pembaikan paip air bocor itu sedang dijalankan dan dijangka siap tengah hari ini (1 Nov).

Untuk keterangan lanjut, pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan melalui aplikasi telefon bimbit pintar, “mySYABAS”, www.syabas.com.my, atau laman Facebook, “Puspel Syabas” atau “Air Selangor”. – AntaraPos

Ramona ZamZam Dikecam, Enggan Padam Foto Belai Anjing

Gara-gara membelai anjing, pelakon Ramona Zamzam yang memuat naik gambar di Instagram miliknya minggu lalu menerima kecaman daripada netizen.

Bagaimanapun, Ramona masih enggan memadam gambar tersebut di Instagram kerana menganggap perbuatan itu tidak salah.

“Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut, tetapi saya tidak akan berbuat demikian dan pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering,” katanya, petik sebuah portal.

Model yang berasal dari Ipoh, Perak itu meminta peminat agar tidak salah faham dengan tindakannya yang disifatkan tidak sensitif terhadap agama dan masyarakat tempatan.

Malah, suaminya turut terkejut dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu dan turut memberitahu, jika di luar negara termasuk di timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing.

Mabuk ketika menunggang, Tangan putus motosikal langgar lori

Quote:

Cameron Highlands: Seorang lelaki Orang Asli putus tangan kanan selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan lori di kilometer 64 Jalan Besar Brinchang, di sini, malam tadi

Dalam kejadian 7.25 malam itu, mangsa Sharil Yusof, 28, gagal mengawal motosikalnya sebelum berlanggar dengan lori berkenaan

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superindan Hasadid A Hamid berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan mabuk dan siasatan awal mendapati motosikal ditunggangnya berlanggar dengan lori di laluan menghala dari Tanah Rata ke Brinchang

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan berturap di laluannya dan putus tangan kanan

“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

http://ift.tt/2fySEnp


McDonald’s pertama di Perak akan ditutup selepas 30 tahun operasi

Restoran McDonald’s yang terletak di Jalan Mustapha Al-Bakry akan ditutup pada 30 November ini selepas 30 tahun beroperasi. – The Star

IPOH: Restoran francais terkemuka McDonald’s yang pertama dan tertua di Perak akan ditutup selepas 30 tahun beroperasi.

Mula dibuka sejak lewat 1980-an, restoran itu yang terletak di Jalan Mustapha Al-Bakry akan ditutup sepenuhnya pada 30 November ini.

Semasa The Star melakukan tinjauan, seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, semua staf sudah dimaklumkan tentang penutupan itu.

“Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan hal tersebut tetapi kami tidak mengetahui punca penutupan restoran itu.

“Kami hanya dimaklumkan bahawa semua staf akan dipindahkan ke cawangan lain” jelasnya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Low Yin Fong, 30, menyuarakan kesedihan apabila mendengar berita tersebut.

“Masa zaman sekolah dahulu, tempat ini merupakan salah satu tempat kegemaran untuk kami bertemu dengan rakan-rakan lain.

“Semasa kecil, Arwah pakcik saya selalu membawa saya dan sepupu ke sini untuk menikmati sarapan,” ujarnya.

Selain itu, Yin Fong berkata, restoran berkenaan sangat unik kerana ia terletak di bangunan yang mempunya reka bentuk era penjajahan.

“Tidak semua cawangan McDonald’s mempunyai reka bentuk sebegni.

“Saya akan singgah dan menikmati makanan di sana buat kali terakhir,” jelasnya.

Bagi seorang peniaga yang dikenali sebagai S.K. Lim, 46, berkata, tidak banyak cawangan restoran makanan segera di Ipoh ketika zaman mudanya.

“Ketika itu, jika dapat makan di McDonald’s dianggap sebagai mewah.

“Sebulan sekali, saya akan bawa keluarga saya makan di sana ketika anak saya masih kecil.

“Kedua-dua anak saya suka pergi ke sana. Mereka sangat seronok kerana dapat bermain di ruang permainan kanak-kanak di tingkat satu.

“Sudah lama saya tidak menjejakkan kaki ke sana. Sekarang McDonald’s boleh didapati di mana-mana sahaja,” tambahnya.

http://ift.tt/2eP0GqX

Restoran minta pelanggan selesai soalan Matematik jika mahu WiFi percuma

Bolehkah anda menyelesaikan soalan matematik ini?

TEXAS – AMERIKA SYARIKAT. Sebuah restoran masakan Thai di San Antonio memberikan akses WiFi percuma kepada pelanggan namun begitu hanya jika mereka berjaya menyelesaikan satu soalan Matematik, lapor Huffington Post.

Kata laluan restoran tersebut menjadi viral setelah seorang pelanggan memuat naik gambar kata laluan tersebut di atas talian Jumaat lalu di laman Reddit.

Menggunakan nama Joshua_Glock, dia meminta bantuan pakar Matematik untuk membantunya memecahkan kata laluan itu.

“Di manakan ahli-ahli sihir Matematik? Saya berazam untuk memecahkan kata laluan restoran ini,” tulisnya.

Soalannya mendapat banyak perhatian malah sesetengah daripada mereka turut membantu menawarkan jalan penyelesaian kepada soalan tersebut.

Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa soalan tersebut salah atau mengandungi helah. Setakat ini, masih belum ada yang berjaya memecahkan soalan tersebut.

http://ift.tt/2f7KCiT

Wanita Malaysia Bawa Dadah Dalam Botol Mineral Ditahan Di Indonesia

JAKARTA – Polis Indonesia berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan menggunakan air dalam botol mineral.

Modus operandi sindiket itu terbongkar apabila pihak berkuasa menahan 5 anggota sindiket terbabit termasuk seorang wanita warganegara Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 13 dan 14 Oktober lepas.

Media dalam talian hari ini memetik Timbalan Ketua Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Risnanto sebagai berkata pihak kastam di lapangan terbang pada mulanya menahan seorang wanita rakyat Malaysia pada 13 Oktober lepas apabila mendapati dia dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, setelah membuat pemeriksaan bagasi milik wanita itu, pihak kastam merampas 2 botol air mineral yang dikemaskan dalam sebuah kotak dan hasil ujian terhadap air itu mendapati ia mengandungi 3.160kg metamfetamin.

Susulan penahanan wanita Malaysia itu, keesokan harinya, polis dan kastam menahan 2 lagi wanita rakyat Indonesia yang baru mendarat dari Hong Kong di lapangan terbang sama serta merampas 12 botol mineral yang juga dikemaskan dalam bentuk kotak sama.

Hasil ujian mendapati air dalam 12 botol mineral itu mengandungi cairan metamfetamin seberat 18.9kg.

Setiap botol air mineral dirampas itu berukuran 1.5 liter dan jika semua 14 botol cairan metamfetamin itu dipanaskan ia berubah menjadi serbuk syabu seberat lebih 22kg.

Risnanto berkata ekoran penangkapan itu, polis kemudiannya menahan 2 lagi anggota sindiket iaitu seorang rakyat Pakistan dan seorang rakyat tempatan yang berperanan sebagai penerima dan pengendali barang di lapangan terbang itu.

Semua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut Undang-undang Dadah yang membawa hukuman mati.

Pada Jumaat lepas, 2 lelaki rakyat Malaysia iaitu seorang pelajar universiti, 22, dan seorang pegawai sukan, 36, ditahan di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali setelah didapati membawa lebih 100 biji pelbagai dadah jenis sintetik dan lebih 70 gram ganja.

Kerajaan Indonesia kini memerangi habis-habisan pengedaran dadah setelah Presiden Joko Widodo mengisytiharkan Indonesia sebagai darurat dadah. – BERNAMA

1,500 Penduduk Berarak Bawa Baldi Desak Azmin Ali Selesai Isu Air

SHAH ALAM – Kira-kira 1,500 orang berarak sambil membawa baldi dari Dataran Shah Alam ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyelesaikan segera masalah air di negeri ini.

Perarakan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat itu bermula kira-kira pukul 11 pagi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, mereka bertindak sedemikian selepas Mohamed Azmin dilihat masih gagal menyelesaikan masalah air di negeri ini sehingga menyebabkan rakyat merana. – UTUSAN

Henti Sebar Hadis Palsu

PUTRAJAYA – Penubuhan Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis atau Lajnah Tahqiq Hadis bertujuan menyediakan pandu arah bagi mengekang penyebaran hadis-hadis palsu dalam masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyebaran tersebut khususnya dalam penerbitan boleh membawa kepada penyelewe­ngan akidah, menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam serta perpaduan negara.

Katanya, melalui jawatankuasa berkenaan, pengawalan dan pe­nyemakan hadis akan dibuat ter­hadap kitab-kitab hadis, buku-buku dan bahan bercetak yang lain.

Menurutnya, perbezaan fahaman yang disebabkan oleh hadis-hadis palsu ini telah mengakibatkan perselisihan dan wujudnya hukum-hukum keras hasil daripada pe­nyalahtafsiran atau pentafsiran dengan acuan sendiri sehingga menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang terlibat dalam militan Daesh.

“Dalam keadaan itu, hadis-hadis palsu ini telah membangkitkan perasaan asabiyah dan fahaman melampau. Ini menyebabkan perasaan meninggi diri dan mentafsirkan bahawa pihak yang tidak sealiran sebagai golongan tidak beriman atau darah mereka adalah halal.

“Perkara ini cukup bahaya ke­rana kita lihat hadis-hadis palsu ini bercanggah dengan nas yang terdapat dalam al-Quran. Seper­ti disebutkan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah bahawa usaha hendaklah dilakukan untuk mengenali hadis-hadis palsu ini dan jika tidak dilakukan dengan berkesan akan menyebabkan mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam pe­ne­tapan pahala dan dosa,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, masyarakat perlu dididik supaya merujuk kepada kitab-kitab syarah hadis yang muktabar atau sahih dan merujuk kepada golongan pakar supaya pemahaman hadis adalah tepat.

“Garis panduan berkaitan de­ngan penulisan hadis akan dikeluarkan sebagai panduan dan bagi membimbing penulis-penulis da­lam membuat semakan dan menentu sahkan hadis sebelum ditulis,” katanya, lapor Utusan.

Mengenai tindakan penguatkuasaan pula, Ahmad Zahid berkata, seramai 10 pegawai polis akan diletakkan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam negeri.

“Mereka akan melakukan tugas penguatkuasaan soal perundangan, namun dalam masa yang sama tidak akan mencampuri dan menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Agama Islam negeri serta kuasa Raja-Raja Melayu termasuk negeri di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau lagi.

Pandangan Yang Tidak Lazim Berkaitan Nak Turun Harga Minyak

1. Soalan yang banyak dipaparkan dalam FB semalam ialah tentang kenapa harga minyak mentah dunia menyusut sejak lebih kurang seminggu yang lalu, tetapi harga runcit petrol dinaikkan?

2. Jawapan paling mudah ialah, petrol yang kita gunakan hari ini bukan ditempah oleh syarikat peruncit minyak pada minggu lepas.

3. Trend harga minyak mentah vs. harga runcit menunjukkan penurunan harga minyak mentah dunia pada bulan Julai, hanya memberi kesan kepada penurunan harga runcit pada bulan September.

4. Dengan kata lain dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan September yang lalu, kita menggunakan minyak harga murah yang dibeli pada bulan Julai.

5. Perlu juga diketahui bahawa penurunan harga minyak mentah sejak seminggu lalu masih tidak memberi kesan untuk menurunkan harga purata minyak mentah bagi bulan Oktober. Purata harga bulan Oktober meningkat USD0.33 berbanding bulan September.

6. Ini bermakna, sekiranya trend harga minyak kekal rendah dan sekaligus menurunkan kadar purata harga bagi bulan November ini, kita akan menikmati harga runcit petrol yang lebih rendah dalam tempoh 1-3 bulan akan datang.

7. Justeru, janganlah kita mudah terpengaruh dengan sentimen negatif dan sikap menghukum tanpa terlebih dahulu memahami.

Sekatan Visa Pelarian Seumur Hidup

SYDNEY – Australia semalam memutuskan untuk menyekat mana-mana pelarian dan pencari suaka yang tiba di negara itu secara haram daripada memohon visa sama ada atas alasan melancong ataupun urusan perniagaan.

Pengharaman sepanjang hayat itu akan dibentangkan di Parlimen pada sidang akan datang. Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata, tindakan itu perlu bagi menyatakan pendirian tegas kerajaan bahawa orang hanyut sama sekali tidak akan dibenarkan memasuki Australia.

“Ini adalah perang antara rakyat Australia yang diwakili oleh kerajaan dan kumpulan jenayah pemerdagangan manusia.

“Anda tidak boleh memandang rendah ancaman ini kerana ia merupakan jenayah paling teruk. Mereka (sindiket penyeludupan manusia) menjalankan urus niaga bernilai jutaan dolar,” kata Turnbull. Katanya, bermula semalam, semua orang hanyut yang tiba dengan menaiki bot dan tanpa visa tidak akan dibenarkan menetap di Australia sepanjang hayat mereka.

Pada masa ini, Canberra menghantar pencari suaka itu ke kem luar pesisir di Pulau Nauru­ dan Manus untuk diproses.

Mereka tetap tidak dibenarkan masuk ke Australia walaupun disahkan sebagai pelarian sebenar. Kalangan orang hanyut itu, kata Turnbull, boleh tinggal di Manus atau Nauru, kembali ke negara asal mereka ataupun menetap di negara ketiga.

Undang-undang baharu tersebut akan melibatkan pelarian dan pencari suaka yang dihantar ke Nauru atau Manus dari 19 Julai 2013 termasuk mereka yang telah dihantar pulang atau sesiapa sahaja yang tiba di Australia tanpa visa pada masa hadapan.

Namun, golongan kanak-kanak akan dikecualikan, manakala Menteri Imig­resen diberikan kuasa untuk membuat pengecualian tersebut.

Kem di Nauru hanya mampu menampung sehingga 400 pelarian. – AFP

Lelaki Bunuh Abang Kekasih Didakwa Di Mahkamah

KUALA TERENGGANU – Lelaki yang membunuh abang kekasihnya selepas rahsia status perkahwinan terbongkar 16 Oktober lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 29, dari Kampung Baloh, Manir, di sini, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai tukang rumah didakwa membunuh Muhamad Shukri Husin, 34, di kawasan parkir Kompleks Seri Iman, di sini, jam 11.30 pagi pada 16 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Abdul Hayyi menetapkan 4 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga tidak ditawarkan sebarang jaminan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asyraf Minhad, manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md Zain.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi 16 Oktober lalu, suspek menikam sampai mati abang teman wanitanya yang juga seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di parkir Kompleks Darul Iman di sini, selepas status perkahwinannya terbongkar apabila keluarga kekasihnya membuat pemeriksaan di pejabat agama di sini. – BH

Saudi Tahan 14 Anggota Daesh

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi menggempur dua sarang pengganas serta menahan 14 individu termasuk empat rakyat asing yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh dalam serbuan di beberapa buah wilayah di negara ini.

Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki berkata, kesemua suspek ditahan kerana merancang melakukan serangan keganasan termasuk cubaan menyerang Stadium Al-Jawhara di Jeddah ketika perlawanan bola sepak antara Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 11 Oktober lalu.

Menurutnya, dalam serbuan di bandar Shaqraa di sini, pasukan keselamatan Saudi membongkar sarang militan Daesh dan memberkas empat rakyat tempatan.

“Kesemua suspek merancang melakukan serangan ke atas anggota keselamatan dan mendapat arahan secara langsung berhubung operasi mereka daripada pemimpin Daesh di Syria,” katanya sebagaimana lapor Arab News.

Mansour berkata, empat yang ditahan itu adalah Ahmad Mohammed; Abdullah Obaid; Abdulaziz Fai­sal dan Mujahid Rashid.

Berikutan serbuan itu jelas­nya, pihak berkuasa Arab Saudi turut menahan enam lagi suspek kerana mempunyai kaitan dengan anggota Daesh dan siasatan ke atas kesemua individu tersebut masih dijalankan.

Beliau pada masa sama menjelaskan, pihak berkuasa pada 9 Oktober lalu mendapat maklumat tentang rancangan Daesh melancarkan serangan di Stadium Al-Jawhara, Jeddah pada 11 Oktober menggunakan sebuah kereta yang sarat bahan letupan dan diletakkan di kawasan parkir stadium.

“Sehubungan itu, kami meng­giatkan usaha mengesan individu terlibat sehingga membawa kepada penahanan empat suspek rakyat asing, sehari sebelum perlawanan bola berlangsung,” katanya.

Mereka adalah dua warga Pakistan iaitu Saliman Arab Deen dan Farman Allah Nagsh­bund Khan, selain warga Syria, Hassan Abdulkareem Haj Mohammed dan Abdulazeem Al-Taher Abdullah Ibrahim (Sudan).

Sementara itu Mansour berkata, susulan siasatan berteru­san mengenai ranca­ngan keganasan oleh militan Daesh, pihak berkuasa kini sedang mengesan sembilan orang suspek yang dipercayai terbabit merancang keganasan di Arab Saudi.

Mereka adalah lapan warga tempatan iaitu Jaafar Hassan Makki Al-Mubaireek, Fadel Abdullah Mohammed Al Hamada, Ali Bilal Saud Al Hamad, Mohammed Hussein Ali Al-Ammar, Maitham Ali Mohammed Al-Qudaihi, Mufeed Hamza Ali Al-Alwan, Majid Ali Abdulrahim Al-Faraj dan Ayman Ibrahim Hassan Al-Mukhtar selain Hassan Mahmoud Ali Abdullah dari Bahrain.

“Untuk itu, kementerian menggesa individu dikehendaki ini supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa dan kami juga memberi amaran kepada orang ramai yang mengenali individu itu agar bekerjasama dengan pihak berkuasa atau mereka boleh disabitkan dengan kesalahan,” katanya.-Utusan

Siasat Dakwaan 
Soros Biaya Bersih – Zahid

KUALA LUMPUR – Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara itu harus disiasat secara emperikal iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

“Soalnya bukan ‘siapa’ dibiayai dan ‘kenapa’. Apa yang harus di­tanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.

“Ini kerana politik Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan politik negara kita. Tidak perlulah, jika benar melibatkan pihak luar apatah lagi pembia­yaan akti­viti politik sama ada menentang atau menyokong mana-mana orga­nisasi atau individu,” kata­nya, petik Bernama.

Menurut laporan media hari ini, satu kumpulan asing dipengerusikan hartawan George Soros membiayai beberapa orga­nisasi tempatan dalam program­nya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin tempatan supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi yang terlibat, Ahmad Zahid berkata, ia akan dilakukan sekiranya terdapat laporan polis.

“Biar laporan polis dilakukan. Kita juga akan lakukan tindakan sebagaimana saranan itu. Kita tidak tertakluk pada sebarang spekulasi atau saranan,” katanya.

Husni Enggan Ulas Dakwaan Raja Petra

SHAH ALAM – Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah enggan memberi sebarang ulasan berhubung tuduhan tertentu termasuklah dakwaan gangguan seksual yang dibangkitkan pengendali portal, Raja Petra Kamarudin menerusi http://ift.tt/1mtUELl baru-baru ini.

Beliau ketika ditemui tidak mahu berkata apa-apa mengenai tuduhan tersebut.

“Sudahlah…tak mahu, tak mahu..tak payahlah cerita (mengenai tuduhan) itu,” katanya di sini, malam tadi lapor Utusan.

Pada 26 Oktober lalu, Raja Petra mendakwa Ahmad Husni tidak berpuas hati dengan tindakan Perdana Menteri tidak melantiknya sebagai Menteri Kewangan sebelum ini.

Sebaliknya, dakwa Raja Petra, Perdana Menteri berhasrat menukarkan beliau ke kementerian yang mana beliau menganggap perkara itu sebagai tindakan penurunan pangkat daripada jawatan Menteri Kewangan II.

Selain itu, Raja Petra menerusi protal berkenaan turut mengaitkan Ahmad Husni dengan dakwaan pelbagai tuduhan gangguan seksual.

Sebelum ini, Ahmad Husni didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.

Lelaki bunuh sebelum simen mayat rakan kerana selalu pinjam wang


Penduduk memenuhi lokasi kejadian.


ANGGOTA polis membuat siasatan di sebuah rumah di Cipayung, lokasi mayat mangsa ditanam. – Detik.com

Jakarta: Seorang lelaki yang berang selepas rakannya sering meminjam wang bertindak memukul mangsa dengan batang besi hingga mati.

Lebih kejam lagi, suspek berusia 41 tahun tahun itu turut memotong mayat mangsa sebelum menanamnya di dalam sebuah bilik di rumah sewanya di sini.

Jurucakap polis Dedi Wahyudi berkata, kejadian berlaku 24 Oktober lalu di sebuah rumah di Bekasi apabila mangsa, Sopyan Lubis, 43, mahu meminjam wang daripada suspek.

“Kerana berang ekoran Sopyan sering meminjam wang, suspek bertindak memukul mangsa dengan sebatang besi hingga mati,” katanya.

Menurutnya, kerana panik, suspek meminta bantuan seorang rakannya untuk membawa mayat Sopyan ke sebuah rumah sewa di Cipayung.

“Sampai di rumah itu, kedua-dua suspek menggali lubang di sebuah bilik sebelum meletakkan mayat mangsa yang dipotong di dalamnya.

“Mereka kemudiannya menimbus lubang itu dengan simen bagi menutup perbuatan itu,” jelasnya.

Menurutnya, perbuatan lelaki itu terbongkar kelmarin selepas isteri seorang suspek curiga dengan perbuatan mereka dan membuat laporan polis. – Agensi

http://ift.tt/2f6Qjxq

Asap mercun Deepavali sebabkan jerebu tebal di India



Commuters make their way amidst the heavy smog in New Delhi, India, October 31, 2016.


JEREBU tebal sehari selepas sambutan Deepavali yang menyaksikan banyak mercun dibakar. – Foto AP

NEW DELHI: Ramai penduduk di ibu negara India yang berang berkongsi gambar jerebu tebal, sehari selepas sambutan Deepavali yang menyaksikan banyak mercun dibakar.

Tahap bahan pencemar di udara adalah 30 kali ganda berbanding paras disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di satu daripada kejiranan di ibu kota ini.

Pihak berkuasa memberi amaran, ibu kota itu berdepan sambutan Deepavali penuh pencemaran kerana faktor kelembapan udara dan kelajuan angin.

Deepavali adalah perayaan terpenting di utara India, ia sempena meraikan kemenangan kebaikan menentang kejahatan.

Pagi ini, jarak penglihatan di seluruh bandar itu amat terhad akibat jerebu tebal yang menyelubungi bandar terbabit. Penduduk dinasihatkan supaya berada dalam rumah.

Menurut Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat India, paras partikel udara kecil atau PM 2.5 meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh beberapa jam kepada 750 mikrogram setiap meter padu udara di kawasan paling teruk terjejas.

Difahamkan, paras pencemaran itu mampu meresap jauh ke dalam paru-paru. -Agensi

http://ift.tt/2fbfQUz

Nor Insyirah, bayi usia sebulan derita kepala membesar

Keadaan Nor Insyirah Sadli yang baru berusia 27 hari dengan kepalanya makin membesar akibat lebihan cecair dalam kepala. – Foto Bernama

Teluk Intan: Berat mata memandang tidak seberat derita ditanggung bayi perempuan berusia tidak sampai sebulan yang menderita penyakit ‘hydrocephalus’ iaitu lebihan cecair dalam kepala menyebabkan kepalanya kian membesar dan kini sudah mencapai 56 sentimeter (sm).

Bayi malang berusia 27 hari itu turut disahkan menghidap penyakit Spina Bifida yang menyebabkan masalah tumbesaran tulang belakang dan saraf tunjang ketika dilahirkan pada 5 Oktober lalu.

Menurut ibunya Siti Norjamilah Ewan, 25, perubahan saiz kepala Nor Insyirah Sadli dikesan ketika kandungannya berusia tujuh bulan dan dia dilahirkan melalui pembedahan dengan saiz kepala 54 sm, lebih besar berbanding kepala bayi normal.

“Kepala anak saya membesar sedikit demi sedikit. Sebagai ibu, saya sedih melihat keadaannya saya namun apakan daya, ini semua ujian Allah SWT dan kami sekeluarga perlu tabah menghadapinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Lampam Kiri dekat sini, hari ini.

Berita mengenai bayi kepala besar itu yang tersebar di media sosial, turut mendapat perhatian beberapa badan bukan kerajaan (NGO), wakil rakyat setempat dan orang ramai.

Siti Norjamilah berkata, pihak hospital tidak mencadangkan anak bongsu daripada empat beradik itu menjalani pembedahan kerana berisiko tinggi dan peratusan untuk sembuh agak tipis.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mereka sekeluarga menghadapi masalah kesempitan wang kerana suaminya Sadli Jalani, 45, kini sudah tidak dapat bekerja akibat radang mata sejak tiga tahun lalu.

Mata kanan suaminya kini sudah tidak berfungsi manakala penglihatan kiri semakin kabur yang membataskan pergerakannya untuk bekerja.

“Kami terpaksa bergantung bantuan kewangan daripada Baitulmal yang digunakan untuk membayar bil elektrik, air serta menanggung tiga lagi anak berusia antara dua hingga tujuh tahun,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga itu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Sadli (08230-41-00005723-7) atau menghubunginya di talian 016-4093158 atau akaun Maybank Siti Norjamilah (1583-9612-3298).

http://ift.tt/2fmYxEN

Pesakit melecur teruk akibat kebakaran tercetus dari kentutnya

TOKYO: Seorang pesakit yang terkentut ketika menjalani prosedur pembedahan membawa padah apabila tubuhnya melecur teruk akibat percikan api yang tercetus daripada gas dari dalam badannya.

Kejadian yang dilaporkan akhbar Asahi Shimbun itu berlaku di Hospital Universiti Perubatan Tokyo di Shinjuku.

Kebakaran itu berlaku di hospital berkenaan pada 15 April lalu.

Pesakit berkenaan yang berusia dalam lingkungan 30an menjalani pembedahan yang memerlukan laser diletakkan pada serviks iaitu bahagian bawah rahim.

Penggunaan laser itu dipercayai menjadi punca pesakit itu terkentut.

Kebakaran itu menyebabkan sebahagian besar tubuhnya termasuk pinggang dan kaki melecur.

Jawatankuasa yang dianggotai pakar luar meneliti kes berkenaan berkata, laporan yang disiapkan pada 28 Oktober menunjukkan tiada bahan yang boleh menyebabkan berlaku kebakaran dalam dewan bedah.

Turut dimaklumkan, semua peralatan dalam dewan bedah berfungsi dengan baik.

“Apabila pesakit terkentut dalam dewan bedah, ia boleh menyalakan api jika terkena sinaran laser dan menyebabkan api merebak,” kata laporan itu.

http://ift.tt/2fwMkfY

Lelaki Ukraine tukar nama kepada iPhone 7

KIEV – UKRAINE. Seorang lelaki Ukraine secara rasmi menukar namanya kepada iPhone 7 selepas sebuah kedai elektronik menawarkan produk Apple terbaru itu kepada lima orang pertama yang berbuat demikian.

iPhone Sim (tujuh) berusia 20 tahun mendapat hadiah tersebut pada Jumaat.

Menurut iPhone, dia mungkin akan menukarkan semula kepada nama asalnya, Olexander Turin ketika dia mempunyai anak kelak.

Harga telefon bermula pada $850 (RM3,571) di Ukraine, manakala kos mengubah nama hanyalah bersamaan $2 (RM8.40)

Sementara itu rakan dan keluarga lelaki itu pada mulanya agak terkejut dengan tindakannya namun akhirnya menyokong idea tersebut.

“Ia adalah sukar untuk menerima dan mempercayainya, namun setiap orang didunia ini memerlukan cara untuk mengekperisasikan diri sendiri,” kata kakak iPhone, Tetyana Panina dipetik AP.


5 yang berjaya.

http://ift.tt/2fwKjRh

Video : ‘Apabila Dicium Bau Air Sungai Macam Bau Diesel’

DENGKIL – Pencemaran bau air di Sungai Semenyih mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat di sekitar kawasan Sungai Buah, disini hari ini.

Tinjauan SuaraTV mendapati, penduduk mengakui pencemaran air yang berlaku melibatkan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih yang ditutup enam kali ini telah menyukarkan penduduk di kawasan itu.

“Selepas berlaku hujan di kawasan itu pecah benteng sehingga mengalir ke kebun. Tapi memang tak banyak (tanaman rosak) ia melimpah ke sebahagian kawasan kebun.

“Yang banyak apabila air naik ke lombong dan ia turun balik ke sungai sehingga menyebabkan berlakunya limpahan tersebut,”katanya.

Katanya, selepas itu, berlaku dakwaan protes tidak puas hati yang melibatkan beberapa orang pemilik tanah disitu.

Dalam pada itu, Ketua kampung Sungai Buah, Mohd Sanusi Saleh berkata, bau sungai tersebut terlalu kuat sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk kampung.

“Kita menghadapi benda itu. Apabila dicium tu bau semacam saja. Macam bau diesel. Selepas air melimpah di kawasan tanaman itu penanaman sawit malam kelmarin ada empat pemilik tanah tersebut yang mengadu,”katanya.

Tambah Sanusi, pihaknya akan membantu menyelesaikan permasalahan tersebut dengan kadar segera, dimana kini semua pihak sedang memulihkan sungai terbabit dan menempatkan bahan karbon teraktif sebagai penapis di sungai berkenaan.

“Kita akan bantu tanah-tanah pemilik yang terkena air tersebut. Setakat ini belum ada kematian, atau kerosakan tanaman yang dicemari air sungai tersebut,”katanya.

Terdahulu, kualiti air di Sungai Buah yang menyebabkan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih ditutup enam kali akibat mengalami pencemaran bau kini tidak lagi tercemar, selepas menempatkan bahan karbon teraktif sebagai penapis di sungai berkenaan.

Sebelum ini, Metro melaporkan, penutupan LRA Sungai Semenyih selama 11 jam terus mengundang kemarahan orang ramai, apa lagi kaum India yang menyambut Deepavali.

Terdahulu, Awani melaporkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesahkan tidak berlaku sebarang pelepasan bahan kimia dan tercemar ke Sungai Buah sehingga menyebabkan penutupan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih seperti yang didakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini.
JAS turut menafikan dakwaan kononnya pencemaran berpunca daripada sisa kilang, bagaimanapun akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap sisa berjadual kilang-kilang di sekitar Nilai.

Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan ‘kecenderungan unsur sabotaj’ oleh BN dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.

Selain itu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan 23 Oktober lalu turut mendakwa LRA Sungai Semenyih terpaksa ditutup berikutan pencemaran bau air sungai yang dikatakan berpunca dari kawasan Perindustrian Nilai di Negeri Sembilan.-SuaraTV

Pengguna LRT, KL Monorel boleh tuntut bayaran jika tren lewat 15 minit – Prasarana

Quote:

KUALA LUMPUR: Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang tidak meneruskan perjalanan selepas mengalami kelewatan perkhidmatan LRT dan KL Monorel melebihi 15 minit boleh membuat tuntutan bayaran balik

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) bagaimanapun menegaskan hak tuntutan itu terbatal dengan sendirinya jika pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT

“Pembayaran balik itu diberikan dalam bentuk kupon percuma untuk perjalanan sehala sahaja dan tempoh sah kupon tambang percuma itu adalah lima hari dari tarikh dikeluarkan,” menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategiknya hari ini

Prasarana mengeluarkan kenyataan itu susulan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri di Dewan Rakyat hari ini berkenaan kelewatan perkhidmatan LRT dan Monorel dan bagaimana tuntutan boleh dilaksanakan

Nancy ditanya Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) yang ingin tahu sama ada sistem pampasan diwujudkan bagi pengguna pengangkutan awam seperti yang dilaksanakan di United Kingdom dan Jepun bagi pengangkutan tidak menepati jadual sebagai langkah memastikan kecekapan perkhidmatan dan mendorong pengurusan LRT dan MRT untuk menaik taraf perkhidmatan

Dalam jawapan bertulisnya kepada Koh, Nancy berkata polisi yang diamalkan oleh Prasarana adalah sekiranya berlaku kelewatan yang melebihi 15 minit, pengguna mempunyai hak untuk menuntut kembali tambang yang dibayar atau mendapatkan kupon sebagai tiket ganti untuk perjalanan pada keesokan harinya

“Polisi sama akan diguna pakai untuk laluan MRT yang dijangka mula beroperasi pada hujung tahun 2016 dan bakal dikendalikan oleh Prasarana,” katanya

Selanjutnya di : http://ift.tt/2f97hJH


Didenda tabik depan bendera sampai pengsan

Quote:

Bali: Beberapa gambar yang menunjukkan seorang kakitangan kerajaan pengsan selepas didenda berdiri sambil memberi tabik hormat di depan tiang bendera mencetuskan kemarahan orang ramai selepas ia viral di Internet

Menurut JawaPos, kejadian itu berlaku ketika majlis sambutan Hari Sumpah Pemuda di Padang Puputan Margarana, Renon di sini pada Jumaat lalu

Kakitangan kerajaan itu yang dikenali sebagai Dewa Gede Riki dikatakan bergurau dan tidak berdisiplin ketika majlis berkenaan

Kelakuan Dewa itu dilihat pegawai atasannya yang kemudian mengarahkannya berdiri di depan tiang bendera Indonesia sambil memberi tabik hormat selama sejam

Bagaimanapun, tidak sampai satu jam Dewa berdiri, lelaki itu tiba-tiba rebah dan terpaksa mendapat rawatan petugas perubatan

Tidak lama selepas itu, beberapa gambar menunjukkan Dewa berdiri sambil memberi tabik hormat di depan tiang bendera dan ketika dia diusung petugas perubatan tersebar di media sosial

Ramai pengguna media sosial mengkritik denda yang dikenakan terhadap Dewa yang didakwa mereka sebagai keterlaluan dan memalukan seorang kakitangan kerajaan

Sementara itu, jurucakap kerajaan tempatan Bali memberitahu, lelaki itu didenda kerana tidak berdisiplin dan tidak menghormati majlis

http://ift.tt/2fllRml


Sekolah Tamil Di Selangor Terpaksa Guna Rumah Kedai Untuk Beroperasi

KUALA LUMPUR – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Coalfields, Sungai Buloh dijangka memulakan sesi persekolahan 2017 di bangunan rumah kedai di Bandar Seri Coalfields, Kuala Selangor.

Malaysia Nanban membongkar maklumat itu yang diperolehi menerusi sumber boleh dpercayai akhbar itu.

Akhbar itu berkata pihaknya difahamkan bahawa surat berkenaan pemindahan itu dihantar pihak berkuasa kepada Exco negeri Selangor yang bertanggungjawab, V. Ganabatirau.

Pembangunan sekolah berkenaan dengan asrama pelajar didakwa antara janji palsu yang ditaburkan kerajaan pakatan rakyat negeri itu.

Lebih menyedihkan murid sekolah berkenaan dijangka memulakan sesi persekolahan bagi Januari 2017 dengan dipindahkan sementara ke sebuah bangunan rumah kedai dua tingkat di Bandar Seeri Coalfields, .

Syarikat pemaju yang bertanggungjawab terhadap kawasan pembangunan itu difahamkan telah menghantar surat kepada Ganabati Rao selepas pembangunan sekolah itu yang sepatutnya dilaksanakan sejak 8 tahun lalu masih belum dibangunkan lagi.

Beberapa orang ibu bapa dari kawasan itu mendakwa ia merupakan satu pengkhianatan kerajaan negeri terhadap rakyat negeri itu khususnya masyarakat India dalam isu sekolah tersebut.

Pembinaan sekolah Tamil yang mampu untuk menampung seramai 500 pelajar yang turut dilengkapi dengan asrama diumumkan oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas Exco negeri Dr. Xavier Jayakumar.

Malangnya dibawah pemerintahan kerajaan negeri baharu, didakwa belum seinci batu diletakkan untuk projek itu.

Ganabatirau yang sepatutnya menjaga nasib masyarakat India difahamkan bersetuju untuk pemindahan sementara itu, tetapi ia dianggap sangat memalukan mengikut masyarakat India setempat dan ibu bapa murid terlibat.

“Kami mahu maklumat lengkap mengenai status sekolah berkenaan perlu didedahkan oleh Ganabati Rao tanpa berselindung kepada masyarakat India,” tegas beberapa penduduk di situ.

Perogol Bersiri Mahu 2 Buku Panduan Seks Dari Jabatan Penjara Sebelum Mati

Satu kisah yang menjadi viral di laman Facebook mengenai seorang pesalah rogol yang menginginkan 2 buku panduan seks dari jabatan penjara sebelum mati.

Perogol tersebut yang dikenali sebagai Lee Chow Meng yang berasal dari kelantan didakwa memegang ‘rekod’ kes rogol yang dipercayai telah merogol 18 orang wanita serta membunuh sekurang-kurangnya lima daripada mangsanya.

Dalam muatnaik cerita itu di laman Facebook, ia menceritakan bagaimana beliau menggunakan modus operandi dengan mencari mangsa menerusi iklan-iklan di akhbar.

“Modus operandi dia mudah, dia akan cari mangsa wanita di dalam iklan di akhbar-akhbar. Sebab itu antara mangsa Chow Meng adalah penjual bunga, guru tusyen dan ejen insurans yang selalu letak nombor telefon mereka dalam ruangan tersebut.

“Mula-mula dia ajak dating, lepas tu dia akan masukkan ubat khayal dalam minuman wanita-wanita itu. Dari situ dia mula mencuri barang peribadi mangsanya sebelum merogol mereka. Untuk elak daripada perbuatan jenayahnya itu bocor, Chow Meng tidak teragak-agak untuk membunuh mangsanya!”tulisnya dalam surat yang menjadi viral itu.

Namun setelah beliau berjaya diberkas, beliau terselamat daripada hukuman gantung namun mati akibat radang paru-paru setelah dijangkiti virus HIV.

“Pada 30 Mac 2001, Chow Meng dikejarkan ke Hospital Taiping dan disahkan mati akibat radang paru-paru. Rupanya dia telah dijangkiti kuman HIV,” katanya dalam muatnaik cerita tersebut.

Namun yang menghairankan, beliau sempat meminta Pihak Jabatan Penjara memasukkan dua buku paduan seks di dalam kerandanya dan permintaan tersebut dibenarkan oleh Jabatan Penjara

Mayat Chow Meng akhirnya dibakar sebelum abunya ditabur di sebuah perkampungan nelayan di Perak.-SuaraTV

Pakar Larang Sentuh Rumpai Laut Merah Di Pantai

KUALA NERUS — Rumpai laut merah yang dijumpai di sekitar Pantai Kampung Tanjung Gelam di sini disahkan tidak beracun dan berkemungkinan dibawa ombak kuat ketika musim tengkujuh.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Siti Aisyah Abdullah bagaimanapun menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah kulit supaya tidak memegang rumpai berkenaan.

Katanya, fenomena itu bukanlah suatu perkara baharu kerana ia pernah hadir di Pantai Merang, Setiu pada 2003, namun hilang begitu sahaja.

“Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit tidak payahlah usik, mungkin akan ada terasa gatal…ia juga akan berbau busuk kerana ia semakin terurai dan belum sempat kering kerana hujan.

“Kita sarankan jika tidak tahan bau tersebut, ia boleh ditutup atau tanam. Ia tidak beracun. Rumpai laut merah ini boleh hidup paling lama berbanding rumpai laut lain, tetapi pada suatu tahap ia boleh tercabut akibat ombak besar,” katanya dalam sidang media di UMT, di sini hari ini.

UMT mengadakan kajian saintifik terhadap rumpai laut yang mengemparkan penduduk sekitar sejak Jumaat lalu itu dan akan mengenal pasti pelbagai faktor yang menyebabkan ia hanyut di kawasan tersebut.

Dr Siti Aisyah berkata pihaknya juga akan membandingkan spesies rumpai tersebut sama ada mempunyai persamaan dengan penemuan 13 tahun lalu.

Tambahnya, beliau bersama empat lagi penyelidik termasuk pelajar UMT akan mengambil masa seminggu untuk membuat kajian dan mengakui ia agak rumit sebelum mengenal pasti jantinanya.

“Ada warna rumpai laut ini yang sudah menjadi putih apabila terkena air tawar, jika terkena hujan lagi ia akan ‘basi’ atau rosak manakala yang tidak terkena hujan akan kekal warnanya.

“Rumpai ini adalah rumpai laut merah, nama sebenarnya akan ambil masa sedikit untuk kita kaji. Jika dilihat dengan mata kasar ia bagaikan benang tetapi selepas lihat dengan microskop barulah kita tahu namanya. — Bernama

Enggan keluar kenderaan terbabas, Abam Bomba ambil masa 5 minit pujuk mangsa

Quote:

Bintulu: Lelaki yang terbabit dalam kemalangan terpaksa dipujuk selama lima minit apabila enggan keluar dari kenderaannya yang terbabas di Jambatan Sungai Likau, Jalan Miri- Bintulu, di sini, hari ini

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, pemandu, Wong Kee Kang, 36, dipercayai trauma dan enggan keluar dari kenderaannya selepas terbabit dalam kemalangan itu

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Stephen Plen berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan 10.46 pagi berhubung kejadian itu

Menurutnya, sepasukan anggota bomba kemudiannya dikerahkan ke lokasi dan mendapati mangsa masih berada di dalam kenderaan berkenaan dan enggan keluar

“Mangsa tidak tersepit, bagaimanapun, mangsa dipercayai trauma selain mengalami kecederaan di bahagian kaki membuatkannya enggan bergerak keluar dari kenderaannya

“Anggota bomba kemudiannya terpaksa memujuk dan memberikan kata-kata semangat selama lima minit sehinggalah mangsa dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan,” katanya

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan badan apabila kenderaanya yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan

http://ift.tt/2f8VwTV


Penunggang wanita terduduk atas bumbung teksi, netizen anggap ajaib

Seorang wanita terduduk di atas sebuah teksi selepas terlibat kemalangan jalan raya di Jalan BKE-Lunas.

KULIM – Seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah teksi di simpang Jalan BKE Lunas menjadi bualan orang ramai apabila terduduk di atas bumbung kenderaan tersebut.

Gambarnya yang sempat dirakam pengguna jalan raya turut menjadi viral di laman Facebook yang rata-rata menganggap kejadian itu sangat ajaib dan jarang sekali berlaku.

Menurut pemandu teksi, L Rajendran, 48 ketika itu dia dalam perjalanan menghantar penumpang ke Lunas dan sedang melalui lampu isyarat di situ apabila menunjukkan warna hijau.

“Kira-kira jam2 petang saya sedang menjalankan tugas untuk menghantar empat pelanggan ke Lunas dari Kilang Lama.

“Apabila lampu berwarna hijau saya meneruskan perjalanan, dan tiba-tiba saya juga terpandang sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita berusia lingkungan 50an dari Taman Kucai menghampirinya dengan begitu laju,”katanya.

Katanya, apabila bunyi dentuman kuat kedengaran dia memberhentikan teksi untuk melihat keadaan mangsa tersebut.

“Saya memang tak sempat nak menekan brek, dan sedar teksi telah terlibat kemalangan apabila terdengar bunyi dentuman kuat.

“Saya pun terus hentikan teksi untuk memeriksa keadaan sekeliling dan terus berlari mencari mangsa di bahagian depan dan belakang kenderaan namun tiada.

“Apabila melihat di atas bumbung, saya ternampak mangsa sedang terduduk dengan wajah yang agak terkejut, mangsa juga sempat mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi saudara maranya,” katanya.

Katanya, melihat keadaan tersebut dia terus mendapatkan mangsa dan bertanya keadaannya sebelum membantunya turun dan diletakkan ke dalam teksi.

“Terkejut juga saya, mangsa berada di atas bumbung teksi, saya pun tak pasti macam mana dia boleh berada di situ. Saya bantunya turun daripada teksi sebelum menelefon ambulans dan pihak polis,” katanya.

Menurutnya, dia juga berasa bersyukur apabila mangsa tidak mengalami kecederaan parah dan dapat bergerak.

“Saya bersyukur mangsa tak alami kecederaan parah, dan hanya mengadu sakit di tangan dan kaki akibat kemalangan tersebut. Kini dia dirawat di Hospital Kulim,” katanya.

Quote:




http://ift.tt/2eM5fSZ

Rafizi Diperintah Bayar Ganti Rugi RM200,000 Kepada Mohamad Salleh

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli pada Isnin diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah mereka berhubung pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Mohd Rafizi, yang merupakan defendan pertama.

Azizul memerintahkan Mohd Rafizi membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Rafizi membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif (Mohamad Salleh dan NFCorp).

Bagaimanapun, mahkamah menolak saman Mohamad Salleh dan NFCorp terhadap Malaysiakini, yang dinamakan sebagai defendan kedua, dan memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM50,000 kepada portal berita berkenaan.

Dalam saman difailkan pada 3 Jun 2013, Mohamad Salleh dan NFCorp, mendakwa pada 7 Mac 2012, Mohd Rafizi membuat kenyataan berbaur fitnah pada sidang media di Pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan ia disiarkan Malaysiakini pada hari yang sama.

Beliau berkata saman itu difailkan kerana kerugian yang dialami akibat pembohongan, maklumat mengelirukan, pendedahan maklumat perbankan yang sulit dan kenyataan fitnah yang dibuat defendan.

Mohamad Salleh memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan memperdaya orang ramai mengenai isu itu. – Bernama

Rafizi diperintah bayar RM200,000 kepada NFCorp

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi memerintahkan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli membayar ganti rugi RM200,000 kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, kerana memfitnah.

Ia adalah berhubung kenyataan Mohd Rafizi berkaitan pinjaman pembelian hartanah KL Eco City, Bangsar.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman NFCorp dan Mohamad Salleh selaku plaintif selepas mendapati kenyataan dikeluarkan Mohd Rafizi, adalah memfitnah.

Azizul Azmi dalam penghakiman beliau berkata, perkataan ‘diselewengkan’ dikeluarkan Mohd Rafizi adalah serius dan ia membayangkan perlakuan jenayah.

Dalam writ saman dan penyata tuntutan difailkan pada 23 Jun 2013, plaintif menamakan Mohd Rafizi dan pemilik portal Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd selaku defendan pertama dan kedua.

Plaintif mendakwa, Mohd Rafizi pada 7 Mac 2012, mengeluarkan kenyataan fitnah pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan Malaysiakini pada hari sama.

Plaintif berkata, saman berkenaan difailkan kerana kerugian yang ditanggung susulan pembohongan, penyebaran maklumat mengelirukan serta pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.

Mereka menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengelirukan dan menipu orang ramai berhubung isu pinjaman itu.

Dokumen Campur Tangan Asing Bocor, George Soros Sedia Dana PRU-14

PETALING JAYA – Strategi Open Society Foundation (OSF) yang dibiayai jutawan George Soros untuk campur tangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 terbongkar apabila minit mesyuarat yang membincangkan perkara itu bocor.

Mesyuarat bertajuk “Program Malaysia – Portfolio Ringkasan Hasil Kajian Semula” pada Jun 2015 mendedahkan usaha OSF untuk menyokong masyarakat awam dan Orang Asli, belia, wanita dan warga luar bandar untuk pilihan raya yang bebas dan adil.

Ia dihadiri Presiden OSF, Christopher Stone dan Pengarah Penyelidikan Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Dokumen itu mendedahkan sokongan OSF khususnya usaha untuk menggembeling penyertaan golongan muda.

Ia turut memaklumkan mengenai dana peruntukan yang disalurkan kepada jaringan mereka di negara ini.

“Dana yang disediakan jelas menunjukkan kejayaan dalam usaha untuk campur tangan.

“Antara campur tangan terdahulu yang dirancang adalah hasil perbualan dengan pelbagai pihak di peringkat akar umbi yang menggambarkan keperluan rakyat.”

Menurut dokumen itu, Malaysiakini dan Kini.tv adalah pihak yang mendapat pembiayaan Program Malaysia untuk membantu mewujudkan suasana pilihan raya yang bebas dan adil.

Dokumen itu juga memaklumkan cabaran yang dihadapi OSF, antaranya kesukaran mewujudkan jaringan, mendapatkan jurucakap dan kritikan media tempatan terhadap Soros.

“Tindakan media tempatan mencerca Soros menyebabkan kami terpaksa melaksanakan tugas dengan senyap dan mengurangkan pendedahan awam. Kakitangan hanya menghadiri majlis awam, bukan program tertutup.”

Pembiaya lain yang turut bekerjasama dengan OSF adalah Asia Foundation dan Institut Antarabangsa Republikan yang dipengerusikan Senator Amerika Syarikat, John McCain. – mstar

Penunggang Motosikal Terduduk Atas Teksi Lepas Kemalangan

KULIM – Seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah teksi di simpang Jalan BKE Lunas menjadi bualan orang ramai apabila terduduk di atas bumbung kenderaan tersebut.

Gambarnya yang sempat dirakam pengguna jalan raya turut menjadi viral di laman Facebook yang rata-rata menganggap kejadian itu sangat ajaib dan jarang sekali berlaku.

Menurut pemandu teksi, L Rajendran, 48 ketika itu dia dalam perjalanan menghantar penumpang ke Lunas dan sedang melalui lampu isyarat di situ apabila menunjukkan warna hijau.

“Kira-kira jam2 petang saya sedang menjalankan tugas untuk menghantar empat pelanggan ke Lunas dari Kilang Lama.

“Apabila lampu berwarna hijau saya meneruskan perjalanan, dan tiba-tiba saya juga terpandang sebuah motosikal yang ditunggang seorang wanita berusia lingkungan 50an dari Taman Kucai menghampirinya dengan begitu laju,”katanya.

Katanya, apabila bunyi dentuman kuat kedengaran dia memberhentikan teksi untuk melihat keadaan mangsa tersebut.

“Saya memang tak sempat nak menekan brek, dan sedar teksi telah terlibat kemalangan apabila terdengar bunyi dentuman kuat.

“Saya pun terus hentikan teksi untuk memeriksa keadaan sekeliling dan terus berlari mencari mangsa di bahagian depan dan belakang kenderaan namun tiada.

“Apabila melihat di atas bumbung, saya ternampak mangsa sedang terduduk dengan wajah yang agak terkejut, mangsa juga sempat mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi saudara maranya,” katanya.

Katanya, melihat keadaan tersebut dia terus mendapatkan mangsa dan bertanya keadaannya sebelum membantunya turun dan diletakkan ke dalam teksi.

“Terkejut juga saya, mangsa berada di atas bumbung teksi, saya pun tak pasti macam mana dia boleh berada di situ.

Saya bantunya turun daripada teksi sebelum menelefon ambulans dan pihak polis,” katanya.

Menurutnya, dia juga berasa bersyukur apabila mangsa tidak mengalami kecederaan parah dan dapat bergerak.

“Saya bersyukur mangsa tak alami kecederaan parah, dan hanya mengadu sakit di tangan dan kaki akibat kemalangan tersebut.

Kini dia dirawat di Hospital Kulim,” katanya.

Surat Terbuka Kepada Himpunan Merah

Oleh: Azman Hussin

ANDA mungkin akan menuduh saya pengecut dan tidak ada semangat untuk mempertahan kerajaan tatkala diserang oleh pelbagai pihak apabila saya tidak bersetuju dengan Baju Merah.

Saya tidak akan peduli, kalau itu hanya kerana saya mahu berterus-terang menyatakan pendirian yang saya yakini. Saya bukan populis yang menulis mengikut trend dan emosi semasa orang ramai. Biarlah dikutuk sekarang daripada dikutuk di hari kemudian.

Saudara, saya tidak bersetuju dengan Baju Merah bukan bermakna saya menyokong Baju Kuning.

Sebelum saya pergi lebih jauh, cuba anda bertanya pada diri sendiri, kenapa perhimpunan Baju Kuning diadakan? Apakah agenda tersirat mereka selain tuntutan-tuntutan tersurat mereka?

Tidakkah anda terfikir, apabila sistem demokrasi gagal untuk menukar pemerintah, maka demonstrasi adalah antara jalan terakhir untuk menggulingkan pemerintah? Ia adalah satu cara untuk menimbulkan kekecohan, huru-hara, dan seterusnya anarki yang akan dijadikan alasan oleh kuasa-kuasa asing untuk mencampuri urusan negara ini.

Anda patut tahu apa akan terjadi sekiranya kuasa-kuasa asing mulai mencampuri urusan negara ini tanpa perlu saya jelaskan di sini.

Sepatutnya anda juga faham apabila anda mengambil kaedah sendiri menentang Baju Kuning, apa yang sepatutnya dilakukan pihak berkuasa, anda sebenarnya telah mengalihkan laluan negara menuju anarki?

Anda kemudian boleh berhujah kepada saya, “tiada kuning, maka tiada merah” untuk menghalalkan tindakan anda itu.

Tetapi, cuba fikirkan maksud di sebalik kata-kata anda itu sendiri: “tiada kuning tiada merah”.

Apakah pengertiannya?

Bukankah itu bermaksud kewujudan Baju Merah adalah kejayaan Baju Kuning?

Anda tidak faham?

Anda sebenarnya adalah mangsa yang diubah oleh keadaan, dan bukannya yang mengubah keadaan. Dalam ayat yang mudah, anda diperlakukan supaya marah, dan anda pun menjadi marah. Itu sahaja. Dan anda patut malu jika anda memahami realiti ini.

Saya boleh sahaja katakan dengan bahasa kasar bahawa anda telah terpedaya dengan permainan musuh, tetapi anda tidak akan faham perkara ini kerana anda yakin bahawa tindakan anda adalah suci dan mulia, iaitu untuk mempertahan dan menjaga keamanan negara.

Mari saya tunjukkan lagi beberapa perkara kepada anda.

Anda menyatakan Baju Kuning mahu menumbangkan kerajaan melalui demonstrasi, tetapi tidakkah anda sedar bahawa apabila anda mengambil tindakan sendiri untuk menghalangnya, ia adalah kejayaan awal kepada matlamat Baju Kuning. Anda telah menolong menjayakan matlamat mereka dengan turut menyertai permainan mereka melalui Baju Merah.

Kerajaan tidak akan berjaya ditumbangkan secara revolusi jika tiada pertempuran, dan pertempuran pula tidak akan berlaku jika tiada pihak lawan. Selama ini tiada pertempuran kerana pihak berkuasa hanya ditugaskan untuk mengawal dan menyuraikan perhimpunan supaya tidak menjadi huru-hara dan anarki.

Ya, tiada perlawanan jika tiada penyertaan. Tetapi sekarang, anda telah menyertai permainan ini.

Tidakkah anda mampu melihat permainan silap mata ini?

Saya jelaskan sekali lagi, apabila anda turut turun ke jalanan, ia bermaksud anda sendiri telah mengiktiraf demonstrasi sebagai kaedah untuk berpolitik. Ia adalah kemenangan moral kepada lawan anda. Ia juga bermaksud anda kembali kepada hukum rimba, siapa kuat dialah pemenang.

Saudara, Perhimpunan baju kuning akan memasuki kali ke-5. Ia gagal berkali-kali sebelum ini. Kenapa ia gagal? Anda tahu tujuan tersembunyi demonstrasi di kebanyakan negara adalah mencetuskan huru-hara, pertumpahan darah dan keadaan darurat, walaupun ia dikatakan untuk menyampaikan atau menuntut sesuatu perkara.

Tanpa huru-hara, matlamat mereka tidak akan tercapai. Tanpa baju Merah, misi Baju Kuning adalah sukar tercapai.

Baiklah, anda boleh terus menyalahkan Baju Kuning yang memulakan semua ini. Tetapi, apa gunanya tuding-menuding ini kalau negara sudah berantakan. Anda ingat lagi lagu Bangau Oh Bangau? Tindakan anda kali ini adalah seumpama menyanyikan semula lagu tradisional itu dalam rentak moden.BERSIH

Lagi pula, apakah maksud sebenar anda turun ke jalanan untuk menghalang Baju Kuning? Adakah ia sekadar kata-kata retorik? Menghalang? Bagaimana anda mahu menghalang Baju kuning dalam maksud yang sebenar?

Akal saya tidak mampu memahami bagaimana atau apa yang anda maksudkan dengan ayat menghalang Baju Kuning?

Berpijaklah di bumi nyata. Jangan sekadar mengucap kata-kata retorik. Anda boleh mendakwa apa saja atas tindakan anda, tetapi persoalannya, apakah jenis tindakan anda itu.

Anda boleh katakan yang anda tidak bermaksud untuk bertempur dengan Baju Kuning. Saya tahu perkara itu, tetapi apa yang anda lakukan itu menjerumuskan ke arah itu. Ia seperti terjun ke dalam kolam lumpur, dan anda mengharapkan anda tidak terkena kotoran.

Sekiranya kumpulan anda diprovok, misalnya dengan kata-kata kesat atau dibaling batu, adakah anda akan mendiamkan diri? Jika anda dapat menahan diri, adakah anda dapat menjamin kumpulan anda yang lain juga dapat bertahan seperti itu?

Baiklah, katakanlah anda dapat mengawalnya.

Bagaimana pula jika dalam kalangan anda itu disusupi oleh pihak musuh yang sengaja mahu mencetuskan pertempuran di antara dua pihak ini?

Anda tahu jawapannya, bukan? Ia adalah kecelakaan.

Tidakkah anda mahu berfikir, jika berlaku pertembungan antara anda dan Baju Kuning, akan berlaku pergaduhan yang tidak mustahil membawa kepada korban kematian, yang boleh menyebabkan anarki dan bakal menjatuhkan kerajaan yang anda mahu pertahankan itu? Akhirnya pemerintah juga yang akan dipersalahkan kerana gagal mengawal keadaan ini.

Misalnya, pemerintah akan diputarbelitkan sebagai sengaja mencetuskan rusuhan melalui Baju Merah, kerana kononnya pihak pemerintah sudah mengetahui mereka akan kalah dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Jadi, anda sudah nampak?

Ia bukan lagi dapat menghalang, malah ia akan mencipta masalah demi masalah baru.

Anda boleh berhujah pada saya lagi, kalau begitu, apakah perhimpunan Baju Kuning itu harus dibiarkan?

Ia bukan soal kita harus membiarkan ataupun melawannya. Isunya, adakah dengan kewujudan Baju Merah, kita dapat menghalangnya.

Anda beralih pula mempersoalkan pihak berkuasa yang membiarkan Baju Kuning bermaharajalela mengadakan perhimpunan sehingga akan memasuki siri ke-5. Anda menyalahkan pihak berkuasa yang kononnya lemah dan tidak tegas.

Adakah anda seperti orang bodoh yang berfikiran cetek bahawa untuk menyelesaikan masalah Baju Kuning adalah dengan menangkap tokoh-tokoh penganjurnya? Adakah ia semudah itu?

Ia semudah itu jika negara ini adalah sebuah pulau asing dan terpisah daripada dunia luar. Hakikatnya negara ini tidaklah begitu. Apabila kerajaan melakukan tangkapan sewenang-wenangnya seperti itu, dunia luar pasti akan memberi tekanan kepada negara ini dari segi ekonomi, diplomatik dan sebagainya. Apatah lagi jika Baju Kuning adalah agenda kuasa-kuasa asing untuk mencatur negara ini.

Tidakkah anda sedar bahawa dakwaan itu seperti anda adalah orang bodoh yang cuba masuk campur dalam perkara yang tidak diketahuinya. Anda hanya melihat secara luaran kemudian cuba menjadi hakim. Anda tidak berada di tempat di mana pihak berkuasa berada. Logikkah pihak polis mampu membasmi perhimpunan ini? Adalah tidak munasabah untuk melakukannya. Tugas polis dalam hal ini adalah menyuraikan perhimpunan dan meminimakan kerosakan serta mencegah dan menangkap sesiapa yang cuba melakukan huru-hara.

Maka, sebenarnya polis telah berjaya selama ini melakukan peranan mereka. Tugas menghapuskan perhimpunan ini bukanlah di bahu polis, sebagaimana tugas sebenar polis adalah mencegah dan menangkap aktiviti jenayah untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Menghapuskan jenayah adalah berkaitan kesedaran setiap individu.

Siapa yang menang dalam pertempuran itu tidaklah penting kerana ia tetap kekalahan kepada orang-orang Melayu. Dan siapa yang bersalah dalam hal ini tidak ada gunanya lagi. Menang jadi arang kalah jadi abu, kata pepatah Melayu. Semuanya sia-sia.

Percayalah, apabila anda masuk ke dalam permainan ini, anda tidak akan boleh keluar lagi. Anda akan kehilangan punca. Pertentangan ini akan berterusan tahun demi tahun sehingga ia mencapai puncaknya, iaitu huru-hara dan darurat.

Akhirnya, tujuan anda, yang kononnya mahu membantu pihak berkuasa itu, sebaliknya hanya akan menyusahkan lagi pihak berkuasa. Ia seperti perilaku tikus membaiki labu. Anda tentu tahu hasilnya, bukan?

Kerana itu saya katakan, jangan campakkan diri ke dalam fitnah demonstrasi ini.

Saya faham apa yang anda rasakan, memendam perasaan marah kepada baju kuning yang mencabar undang-undang negara dalam perhimpunan-perhimpunan mereka sebelum ini. Anda mahu menunjukkan kepada mereka bahawa pemerintah juga masih mempunyai sokongan yang kuat. Tetapi, tahukah anda itu hanyalah reaksi emosi semata-mata, bukan berasaskan akal rasional.

Anda boleh menyalahkan baju kuning yang memulakannya. Tetapi saudara, ini bukan persoalannya. Tidak penting di sini siapa benar siapa salah. Jika negara huru-hara, apakah ia baik untuk kita? Anda bergaduh dengan saudara sendiri di dalam rumah sendiri. Kerosakannya akan ditanggung oleh anda.

Seandainya anda naik ke atas, melangkaui semua ini, melihat dari puncak, anda mungkin akan faham. Sama ada Baju Kuning atau Baju Merah, anda telah dieksploitasi tanpa sedar untuk menjalankan kerja-kerja musuh anda dalam mengatur negara ini.

Anda patut sedar, sebahagian besar Baju Kuning juga adalah orang-orang yang keliru dan diperdayakan. Mereka telah tertipu dengan retorik-retorik politik bahawa mereka berjuang untuk kebaikan diri dan negara mereka, sebagaimana anda sendiri juga diperdayakan sedemikian, walhal anda semua hanyalah dijadikan bidak-bidak di papan catur.

Anda akan katakan Baju Kuning ditaja oleh pihak asing seperti George Soros, dan kita mesti melawannya. Saya mungkin bersetuju, tetapi ini tidak akan menjadikan saya membuta-tuli bertindak.

Pada masa dahulu Karl Marx menulis bukunya, Das Capital, ditaja oleh satu pihak, dan pada masa yang sama pihak tersebut juga menaja Karl Richter menulis antithesis kepada buku tersebut. Apakah yang dimahukan pihak ini?

Ya, supaya ada pertentangan dan perlawanan. Anda pun tahu sistem kapitalis dan komunis suatu masa dahulu ditaja oleh pihak yang sama agar dunia terus berkonflik.

Saya tidak maksudkan Baju Merah juga ditaja, tetapi tindakbalas Baju Merah adalah kemahuan pihak yang menaja Baju Kuning. Maksudnya, Baju Merah adalah lahir secara percuma tanpa perlu ditaja, cukup dibangkitkan emosinya.

Anda nampak apa yang saya sedihkan?

Dalam keadaan ini, mahu tidak mahu, anda mesti menerima hakikat bahawa secara tidak sedar, sama seperti Baju Kuning, anda semua telah dimanipulasikan oleh tangan-tangan ghaib ini untuk berjuang bagi pihak mereka. Anda telah dijadikan balatentera untuk bertelagah sesama sendiri menghancurkan negara anda.

Apa-apapun, permainan telah bermula. Dahulu gambar-gambar aksi ganas pendemo Baju Kuning menimbulkan kebencian orang ramai kepada mereka, hari ini fungsinya sudah berbeza. Kali ini, apabila gambar-gambar tersebut dimainkan semula, ia tidak lebih daripada berfungsi membakar sentimen marah penyokong kerajaan agar bertindak melawan pendemo Baju Kuning jika mereka bertembung di jalanan kelak.

Pada akhirnya, anda sebenarnya telah berjuang untuk pihak lain yang sedang mencatur anda. Anda mungkin menang sebagai arang dan lawan anda kalah sebagai abu, atau sebaliknya. Anda bersorak meraikan kemenangan anda, tetapi anda lupa bahawa bukan ayam laga anda yang menang bersabung. Maksudnya hasil perlawanan ini dinikmati oleh pihak lain yang sedang mencatur anda

Hayat penduduk Malaysia 74.7 tahun pada 2016

Quote:

PUTRAJAYA – Jangkaan hayat ketika lahir bagi penduduk Malaysia terus meningkat berbanding sedekad lalu iaitu mencecah 74.7 tahun pada 2016 berbanding 72.2 tahun pada 2000

Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya hari ini berkata, pada 2016, seorang bayi lelaki yang baru lahir dijangka boleh hidup selama 72.6 tahun, meningkat 0.7 tahun berbanding 71.9 tahun pada 2010

Bayi perempuan yang baru lahir pula dijangka boleh hidup selama 77.2 tahun, meningkat 0.6 tahun berbanding 76.6 tahun bagi tempoh yang sama

“Perbezaan jangkaan hayat ketika lahir antara jantina berada dalam selang 4.6 hingga 4.7 tahun sepanjang tempoh 2010 hingga 2016,” kata Jabatan Perangkaan

Menurut jabatan itu, pada 2016, seorang lelaki yang berumur 65 tahun dijangka akan hidup selama 14.9 tahun lagi dan perempuan pula selama 16.9 tahun lagi

Artikel Penuh: http://ift.tt/2fw9Aea


Video : Kualiti Air Sungai Buah Baik, Tidak Tercemar

DENGKIL – Kualiti air di Sungai Buah yang menyebabkan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih ditutup enam kali akibat mengalami pencemaran bau kini tidak lagi tercemar, selepas menempatkan bahan karbon teraktif sebagai penapis di sungai berkenaan.

Ketua Operasi Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata, pihaknya setiap satu jam membuat semakan kualiti air bagi memastikan pencemaran dibaca pada bacaan ‘zero’.

“Sungai itu mengalir di sini daripada (sempadan) Negeri Sembilan, dan didapati pada hari Ahad lalu, airnya mempunyai kesan bau yang sangat kuat di loji rawatan Semenyih. Oleh yang demikian, loji telah ditutup. Seterusnya untuk menghalang air yang tercemar itu masuk ke dalam sungai Semenyih, dan ia membolehkan loji dapat berfungsi seperti sediakala.

“Bagi merawat air tersebut juga kita membina lagi 3 buah benteng yang berbeza ketinggiannya, supaya air tersebut boleh turun mengalir secara berperingkat. Diantara benteng-benteng tersebut juga kita letakkan bahan karbon teraktif bagi merawat bau.

“Ini supaya air tersebut apabila ia masuk kembali ke dalam Sungai Semenyih, telahpun dalam keadaan yang selamat untuk diproses oleh loji rawatan air,”katanya, ditemui di tapak pengendalian benteng di Sungai Buah, disini petang tadi.

Katanya, pada masa ini dua benteng ini telah pun siap di bina dan dua lagi masih dalam pembinaan.

“Bagaimanapun memandangkan kualiti air dalam keaadaan baik maka kita tidak lagi menahan air dan dibiarkan sahaja air mengalir. Kualiti air ini kita semak setiap jam,”katanya.

Sebelum ini, Metro melaporkan, penutupan LRA Sungai Semenyih selama 11 jam terus mengundang kemarahan orang ramai, apa lagi kaum India yang menyambut Deepavali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Shahrum Mohd Sharif memberitahu, pihaknya turun padang melihat kerja membina semula benteng sungai, sekali gus mendengar taklimat Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor berhubung kaedah mengatasi pencemaran di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Awani melaporkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesahkan tidak berlaku sebarang pelepasan bahan kimia dan tercemar ke Sungai Buah sehingga menyebabkan penutupan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih seperti yang didakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

Pengarahnya, Norhazni Mat Sari berkata daripada 59 kilang yang berada di seluruh Nilai, hanya 14 kilang melepaskan sisa ke Sungai Buah dan kesemuanya mematuhi syarat yang ditetapkan JAS.

“Fokus utama siasatan adalah untuk mengenal pasti punca pencemaran sebenar Sungai Buah. Siasatan secara bersepadu dan menyeluruh ini telah mengambil kira segala aspek termasuk kemalangan lori tangki di KM 46.2 Lebuhraya ELITE, sebarang unsur sabotaj, pelupusan haram buangan terjadual dan pematuhan effluen kilang.

“Hasil siasatan yang telah dijalankan oleh JAS Negeri Sembilan mendapati pelepasan effluen dari punca-punca industri di kawasan perindustrian sekitar Nilai mematuhi standard yang ditetapkan JAS,” kata Norhazni pada Mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Sembilan dan Wakil Pengurusan Kilang sekitar Nilai di pejabatnya hari ini.

Beliau yang turut menafikan dakwaan kononnya pencemaran berpunca daripada sisa kilang, bagaimanapun akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap sisa berjadual kilang-kilang di sekitar Nilai.

Tambahnya, JAS Negeri Sembilan turut mengambil sampel tanah di kawasan Lebuhraya ELITE yang berlakunya kemalangan melibatkan lori tangki pada 22 Oktober lalu.

Sampel tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk ujian terperinci dan keputusan dijangka akan diketahui dalam masa terdekat.

Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan ‘kecenderungan unsur sabotaj’ oleh BN dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.

Selain itu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan 23 Oktober lalu turut mendakwa LRA Sungai Semenyih terpaksa ditutup berikutan pencemaran bau air sungai yang dikatakan berpunca dari kawasan Perindustrian Nilai di Negeri Sembilan.-SuaraTV

China bina, biayai projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)

Quote:

BEIJING: Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 kilometer (km) menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) akan dibina dan dibiayai oleh China

Kontrak pembinaan dianugerahkan kepada syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC) manakala perjanjian kewangan akan dibuat dengan Export-Import Bank of China (EXIM)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata Malaysia mendapat pinjaman kewangan kompetitif dari China yang jauh lebih rendah berbanding pasaran antarabangsa

“Projek ini mempunyai pelbagai kesan positif. Bandar kecil seperti Mentakab, Dungun dan Tumpat di sepanjang laluan akan mendapat faedah dari segi pembangunan,” katanya kepada media selepas menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak di Hotel China World di sini, hari ini

Mohd Irwan berkata, butiran kontrak dan rangka kerja pinjaman akan ditandatangani pada lawatan Perdana Menteri ke China ini

Katanya, pembinaan landasan itu akan memudahkan pelbagai produk keluaran pantai timur dibawa ke pantai barat, terutama Pelabuhan Klang

“Ini akan menjadikan pasaran lebih kompetitif kerana kos pengangkutan rendah, selain menaikkan taraf hidup penduduk,” katanya

Mohd Irwan berkata, projek berimpak tinggi itu boleh dimulakan tahun depan jika semua urusan berkaitan selesai hujung tahun ini

Selanjutnya di : http://ift.tt/2f41wPj


Mayat warga emas ditemui di tapak setinggan

Quote:

BALIK PULAU: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui di tapak perumahan setinggan di Sungai Nibong Kechil, Bayan Baru, dekat sini, pagi tadi

Mayat Lim Bok Chiew, 66, ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring di atas serpihan batu di kawasan tapak perumahan setinggan berkenaan, kira-kira jam 11 pagi

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Anuar Omar, berkata warga emas itu yang berasal dari Greenlane, di sini, dipercayai meninggal dunia sejak dua hari lalu

“Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

“Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat,” katanya

Selanjutnya di : http://ift.tt/2eLIkr6


3.59 juta hektar keluasan Pahang masih diliputi hutan – BM Pahang

Quote:

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata hampir 58 peratus daripada 3.59 juta hektar keluasan negeri Pahang masih diliputi hutan

Adnan berkata keadaan ini jelas menunjukkan, walaupun berdepan dengan tuntutan arus pembangunan yang pesat dan kekurangan sumber kewangan, namun kerajaan negeri masih berupaya mengekalkan khazanah hijau yang melebihi 50 peratus daripada keluasan tanah negeri

Menurutnya langkah itu bagi bagi membolehkan kawasan hutan yang menjadi tempat perlindungan pelbagai flora dan fauna terus terpelihara kerana ia turut menjadi sumber air untuk sungai-sungai utama di negeri ini

“Sejak saya dilantik menjadi menteri besar lagi, 17 tahun yang lalu, saya sendiri telah mengambil inisiatif dengan mewartakan lebih 300,000 kawasan hutan untuk dijadikan kawasan tadahan air dan ia jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam hal ini,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak

Adnan berkata dasar perhutanan dan undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang khazanah alam itu daripada diteroka secara berleluasa, namun beliau tidak menafikan kelemahan dari segi penguatkuasaan menjadi punca pihak-pihak yang berkenaan gagal mematuhi peraturan

“Sebelum memberi kelulusan (pembalakan) kita telah mengambil kira pelbagai faktor dengan mengenakan pelbagai syarat untuk dipatuhi termasuk mereka perlu melakukan zon penampan, namun ia hanya tinggal di atas kertas

“Sehubungan itu jabatan yang berkenaan perlu lebih proaktif dalam hal ini (penguatkuasaan) dan perlu turun padang untuk pastikan syarat menyediakan zon penampan ini dipatuhi dan pihak kontraktor juga perlulah patuh pada syarat yang ditetapkan,” katanya

http://ift.tt/2f3Th5N


Polis Jakarta rampas satu tan ganja dalam lori

Quote:

JAKARTA 31 Okt. – Pasukan Bahagian Pencegahan Dadah Polis Metro Jaya di sini melumpuhkan satu sindiket pengedaran di ibu kota apabila merampas satu tan metrik ganja yang dibawa dalam sebuah lori

Media-media dalam talian memetik Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya Awi Setiyono sebagai berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Dadah itu menahan sebuah lori di pintu keluar Tol Jalan Lingkaran Luar Jakarta di Bambu Apus Cipayung, Jakarta Timur pada kira-kira pukul 8 malam tadi

“Setelah menggeledah lori itu, kita mendapati lori itu dipenuhi muatan ganja mampat dan polis turut menahan pemandu dan kelindan lori itu,” katanya kepada wartawan di sini

Beliau berkata, ganja itu dipercayai dibawa dari Aceh untuk tujuan pengedaran di sekitar Jakarta

Katanya, pemandu lori itu memberi alasan beliau hanya mengikut arahan pelanggannya dari Aceh yang meminta barangan itu dihantar ke Jakarta dan beliau cuma mengambil upah penghantaran

Pemandu dan kelindan lori yang masing-masing berusia 39 dan 44 tahun itu berasal dari Aceh dan kini ditahan di Balai Polis Metro Jaya bagi siasatan lanjut

Wilayah Aceh di Sumatera terkenal sebagai pusat tanaman pokok ganja secara haram dan baru-baru ini polis menemui dan memusnahkan 189 hektar ladang ganja di tiga daerah di Aceh iaitu di Aceh Besar, Gayo Lues dan Nagan Raya

Ladang-ladang ganja itu berada di hutan pergunungan dan tebing-tebing curam di kawasan pedalaman dan sukar untuk dilalui oleh orang awam dan pihak berkuasa

http://ift.tt/2f3O5yF


Penjawat awam Selangor terima bantuan khas 2 bulan gaji

Quote:

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Azmin Ali mengumumkan bahawa penjawat awam di seluruh negeri akan menerima bantuan khas kewangan dua bulan gaji

Beliau berkata demikian sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat awam yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji di mana pembayaran pertama telah pun dibuat pada 1 Julai 2016 lalu dengan peruntukan kewangan sebanyak RM57.25 juta

“Baki lagi setengah bulan lagi akan dibayar pada hujung Disember kelak untuk memudahkan penjawat awam menyediakan persediaan persekolahan anak-anak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini

Pada 2016, satu bulan setengah gaji dengan peruntukan kewangan sebanyak RM44.1 juta dikeluarkan bagi tujuan pembayaran bantuan kewangan

http://ift.tt/2eLkdsm


Warga emas melecur tong gas meletup

Quote:

Nilai: Seorang lelaki warga emas melecur di badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika dia memasak di rumahnya di Nilai Impian, di sini, pagi ini

Kejadian jam 11.40 pagi itu menyebabkan api menyambar badan mangsa dan dinding dapur rumahnya sebelum mangsa berlari keluar meminta pertolongan jiran untuk menghubungi bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Ahmad Ridwan Yahya berkata, sebuah jentera bersama Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 11.45 pagi

“Anggota Bomba tiba 15 minit kemudian dan mendapati mangsa melecur di bahagian tangan kiri, badan dan kedua kaki. Mangsa kemudian dibawa anggota EMRS ke Klinik Kesihatan Nilai untuk rawatan lanjut

“Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran di bahagian dapur rumah. Siasatan awal, kejadian berpunca daripada salur gas yang longgar,” katanya ketika dihubungi hari ini

Menurutnya, rumah itu musnah 30 peratus namun, belum dapat memastikan keadaan mangsa kerana dia masih menerima rawatan

http://ift.tt/2e3ThA5


Lelaki Myanmar dilibas dengan parang panjang

Quote:

KOTA BHARU – Berpantang maut sebelum ajal, seorang penyelia ladang kelapa sawit, cedera di leher kiri, dada kiri dan tangan kanan ditetak warga Myanmar dalam kejadian di Ladang Balau, Gua Musang di sini malam tadi

Mangsa, Fancis Athony Seribu, 29, kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan susulan

Menurut Francis, ketika kejadian dia sedang makan malam di tempat kerjanya bersama beberapa rakan lain kira-kira jam 9 malam

“Saya dihampiri pekerja Myanmar itu yang secara tiba-tiba yang muncul dari belakang dengan membawa parang panjang dan terus melibas senjata tajam itu ke arah saya

“Dia terus meluru laju kepada saya dan saya tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan leher kiri ditetak dan hampir putus namun saya turut cuba bertahan dengan tangan kanan saya namun dada kiri dan tangan kanan turut terkena parang itu,”katanya

Francis berkata sejurus selepas itu, lelaki Myanmar itu terus melarikan diri dan mencampak parang itu ke lantai

“Saya pada masa itu hanya mampu memegang leher dan menahan darah di leher saya dari terus mengalir dengan kain dan kemudian dibawa rakan ke dalam kereta majikan sebelum di bawa ke hospital Gua Musang

“Setakat ini laporan polis telah dibuat dan hanya menunggu tindakan selanjutnya untuk siasatan,” katanya

http://ift.tt/2eLseh2


Belanjawan Selangor 2017: Azmin Gagal, Hanya Mahu ‘Famous’ – Adun BN

SHAH ALAM – Pembentangan Belanjawan Selangor 2017 oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang berlangsung tadi disifatkan hanya untuk mengejar populariti namun tidak menyelesaikan perkara tertunggak.

Menurut Adun Batang kali, Datuk Mad Nadzari Ahmad Dahlan, penerapan ‘Smart Bus’ contohnya hanya untuk mencari populariti kerana penggunaan logo beliau di bas tersebut.

“Saya rasa dia gagal menguruskan hal pengangkutan di Selangor ini.

“Semata-mata dia nak famous dia kembangkan ‘smart bus ini, kerana disitu ada logo dia, Dia nak orang tengok logo dia.,” katanya ketika ditemui media selepas pembentangan Belanjawan Selangor tadi.

Tmbah beliau lagi, Azmin disifatkan seorang yang ‘lambat’ kerana dia kena perlu di ketuk dahulu sebelum bertindak.

“Begitu juga dengan skim perumahan, itulah yang saya kata ketuk baru buat, lambat bertindak.

“Cakap banyak nak buat itu nak buat ini dalam bajet yang lepas tapi bertindak lambat,” ujarnya.

Menurut beliau, segala cadangan yang diutarakan oleh Azmin telah diketengahkan oleh kerajaan pusat dan beliau hanya meniru apa yang kerajaan pusat lakukan.

“Kita kerajaan pusat dah beria-ria cakap pasal benda ini, pasal sampah pasal lokasi di pangsapuri kita dah bercakap lama dah.

“Jadi saya tengok tak ada benda baru yang dia buat, dapat dia utarakan untuk menganggani rumah-rumah pangsa ini selain daripada meniru kerajaan pusat.-SuaraTV

Kalau PPBM Serang Saya, Saya Akan Serang Balik – Khairuddin

SHAH ALAM – Penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan enggan menafikan atau mengesahkan wujud perpecahan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru ditubuhkan.

Bercakap kepada Antarapos, Khairuddin kelmarin berkata setiap pertubuhan parti politik tidak terlepas daripada budaya berpuak-puak, termasuk PPBM.

“Dalam mana-mana pertubuhan politik, perkara ini (perpecahan) normal. Benda ini akan berlaku. Tidak siapa boleh nafi perkara ini boleh berlaku. Dan sebab itulah saya nasihat, dalam PPBM ini jangan ada berpuak-puak.

“Kalau mereka berpuak-puak, ada puak Mahathir, ada puak Muhyiddin, ada puak Mukhriz, parti akan lingkup. Akhirnya masing-masing akan jaga kepentingan (puak) masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakannya melangkah kaki keluar daripada parti tersebut dipengaruhi oleh konflik dalaman PPBM.

Khairuddin yang juga bekas pemimpin Umno Pulau Pinang turut memberi amaran akan mendedahkan ‘sesuatu’ berkenaan parti itu sekiranya terdapat pemimpin PPBM yang menyerang beliau berhubung tindakannya keluar parti.

“Dan dalam isu ini, saya akan membuat kenyataan yang jelas, tetapi saya nak tengok tindak balas PPBM terhadap saya. Kalau mereka (PPBM) serang saya, saya akan buat satu kenyataan balik yang mendalam.

“Kalau mereka (PPBM) menyerang saya, saya nak bagi amaran, saya akan bercakap sesuatu secara panjang lebar,” tambahnya.

Khamis lalu dalam satu kenyataan, Khairuddin mengumumkan keluar daripada PPBM untuk memberi fokus kepada kes-kes mahkamah yang dihadapinya termasuk kes dalam dan luar negara yang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – AntaraPos

Mufti Perlis Tolak Program Penerangan Mengenai Hudud

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin didakwa ‘menolak’ permohonanan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan majlis penerangan berkenaan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 di negeri itu baru-baru ini.

Menurut sumber, NGO di negeri Perlis itu terpaksa membatalkan majlis penerangan yang sepatutnya diadakan pada 22 Oktober lalu kerana tidak mendapatkan kelulusan pejabat Mufti.

Sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu turut mendedahkan walaupun majlis penerangan tersebut telah mendapat kelulusan dari Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan namun Asri dikatakan bertegas untuk tidak membenarkan ia diadakan.

“Program tersebut pada awalnya telah mendapat kelulusan dari Menteri Besar namun ia terpaksa dibatalkan kerana Mufti enggan memberi kebenaran.

“Kami difahamkan Asri tidak bersetuju program tersebut diadakan kerana tidak sehaluan dengan salah seorang ahli panel yang dijemput penganjur,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Pihak penganjur sebelum ini menjemput Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM YBhg. Dato’ Prof. Hj Mahamad Naser bin Disa selaku ahli panel yang bertujuan untuk memberi kefahaman kepada umat Islam di Perlis.

Sementara itu Pegawai Media Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Mahmud Hishamuddin ketika dihubungi enggan memberikan ulasan lanjut berhubung isu tersebut.

“Saya tak berani nak komen lebih-lebih pasal isu itu, sebab kami pun dengar dari cajap orang ada baiknya hubungi penganjur untuk komen,” katanya ringkas.

Sumber itu turut menjelaskan wakil NGO dan Exco agama negeri Perlis telah mengadakan satu perjumpaan dengan Asri berhubung isu ini namun Mufti Perlis itu tetap enggan memberikan kelulusan.

“Asri menggesa pihak penganjur menukar program penerangan RUU355 itu dan tidak mahu ahli panel tersebut yang terbabit dalam program itu.

“Amat sedih Perlis mendapat Mufti sebegini, usaha memartabatkan Islam dihalang kerana ada pihak tidak sehaluan dengan ideologinya,” kata sumber itu lagi.

Beliau turut menjelaskan keputusan Asri itu bukan perkara luar biasa, kerana Mufti Perlis itu telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang menolak pelaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS.

Malah kenyataannya seringkali dilihat ‘senada’ dengan DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR yang konsisten menolak RUU persendirian itu.

Hospital Medan Mula Beroperasi Hari Ini Di HSA

JOHOR BAHRU – Selepas dua hari melalui proses pemasangan dan penyelenggaraan, Hospital Medan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di pekarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, akan memulakan operasinya secara rasmi mulai jam 8 pagi tadi.

Perkhidmatan Hospital Medan yang beroperasi 24 jam itu akan memberi fokus kepada rawatan kecemasan dan pembedahan resusitasi.

Tinjauan Harian Metro (HM) di HSA mendapati kerja pemasangan dan persiapan Hospital Medan itu berjalan lancar dengan kerjasama kedua-dua pihak, ATM dan HSA.

Difahamkan, ATM sudah selesai menyiapkan Hospital Medan itu sementara menunggu pihak HSA membawa masuk kelengkapan perubatan dan rawatan sebelum dibuka operasinya pagi ini.

Kelmarin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM Leftenan Jeneral Datuk Dr Abdul Razak Md Yusoff pada sidang medianya berkata, seramai 20 hingga 30 pegawai dan anggota ATM ditempatkan di HSA bagi mengendalikan Hospital Medan.

Katanya, penempatan anggota terbabit bagi membantu dari segi kemudahan, penyelenggaraan pendawaian, perpaipan, pembersihan, penyahkuman selain keperluan lain.

Lima kontena membentuk satu dewan bedah seluas 243.87 meter persegi itu menempatkan keperluan prapembedahan, ketika pembedahan, pascapembedahan, tempat simpanan peralatan serta bilik persalinan.

Tinjauan HM di kawasan sekitar HSA mendapati keadaan lengang berikutan ramai pesakit sudah dipindahkan ke beberapa hospital kerajaan di daerah lain selepas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam mengumumkan penutupan Blok Barat HSA yang turut menempatkan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang terbakar dalam kejadian 25 Oktober lalu.

Penutupan keseluruhan Blok Barat HSA itu turut menjejaskan perkhidmatan dewan bedah, unit tabung darah serta unit kecemasan dan trauma menyebabkan pesakit dan kakitangan bagi perkhidmatan rawatan di unit-unit berkenaan turut dipindahkan sementara. – HMetro