Monday, October 31, 2016

Warga emas melecur tong gas meletup

Quote:

Nilai: Seorang lelaki warga emas melecur di badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika dia memasak di rumahnya di Nilai Impian, di sini, pagi ini

Kejadian jam 11.40 pagi itu menyebabkan api menyambar badan mangsa dan dinding dapur rumahnya sebelum mangsa berlari keluar meminta pertolongan jiran untuk menghubungi bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Ahmad Ridwan Yahya berkata, sebuah jentera bersama Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 11.45 pagi

“Anggota Bomba tiba 15 minit kemudian dan mendapati mangsa melecur di bahagian tangan kiri, badan dan kedua kaki. Mangsa kemudian dibawa anggota EMRS ke Klinik Kesihatan Nilai untuk rawatan lanjut

“Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran di bahagian dapur rumah. Siasatan awal, kejadian berpunca daripada salur gas yang longgar,” katanya ketika dihubungi hari ini

Menurutnya, rumah itu musnah 30 peratus namun, belum dapat memastikan keadaan mangsa kerana dia masih menerima rawatan

http://ift.tt/2e3ThA5