Sunday, October 30, 2016

4 mayat ditemui dalam semak di Bachok

Bachok: Empat mayat ditemui di kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam Bachok, 6 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian disedari seorang penduduk kampung yang melalui kawasan semak itu.

Katanya, buat masa ini pihak polis sedang berusaha untuk ke lokasi penemuan mayat itu.

“Kawasan itu dipercayai agak bersemak, jadi kita ambil masa nak masuk ke dalam dan setakat ni saya belum boleh sahkan apa-apa maklumat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

http://ift.tt/2f5E9De

Quote:

Lokasi :
Kg Padang Bual, Beris Kubur Besar.

Info awal :
4 mayat dijumpai, 3L , 1P. Dijumpai oleh pemandu mesin ketam padi. Mayat dijumpai dalam keadaan bergelimpangan jam 6 petang tadi.