Monday, October 31, 2016

3.59 juta hektar keluasan Pahang masih diliputi hutan – BM Pahang

Quote:

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata hampir 58 peratus daripada 3.59 juta hektar keluasan negeri Pahang masih diliputi hutan

Adnan berkata keadaan ini jelas menunjukkan, walaupun berdepan dengan tuntutan arus pembangunan yang pesat dan kekurangan sumber kewangan, namun kerajaan negeri masih berupaya mengekalkan khazanah hijau yang melebihi 50 peratus daripada keluasan tanah negeri

Menurutnya langkah itu bagi bagi membolehkan kawasan hutan yang menjadi tempat perlindungan pelbagai flora dan fauna terus terpelihara kerana ia turut menjadi sumber air untuk sungai-sungai utama di negeri ini

“Sejak saya dilantik menjadi menteri besar lagi, 17 tahun yang lalu, saya sendiri telah mengambil inisiatif dengan mewartakan lebih 300,000 kawasan hutan untuk dijadikan kawasan tadahan air dan ia jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam hal ini,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak

Adnan berkata dasar perhutanan dan undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang khazanah alam itu daripada diteroka secara berleluasa, namun beliau tidak menafikan kelemahan dari segi penguatkuasaan menjadi punca pihak-pihak yang berkenaan gagal mematuhi peraturan

“Sebelum memberi kelulusan (pembalakan) kita telah mengambil kira pelbagai faktor dengan mengenakan pelbagai syarat untuk dipatuhi termasuk mereka perlu melakukan zon penampan, namun ia hanya tinggal di atas kertas

“Sehubungan itu jabatan yang berkenaan perlu lebih proaktif dalam hal ini (penguatkuasaan) dan perlu turun padang untuk pastikan syarat menyediakan zon penampan ini dipatuhi dan pihak kontraktor juga perlulah patuh pada syarat yang ditetapkan,” katanya

http://ift.tt/2f3Th5N