Harga minyak naik lebih tinggi daripada paras terendah selama sebulan pada awal dagangan di Asia pada hari ini selepas anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersetuju dalam menguruskan pengeluaran.
Bagimanapun, keuntungan terhad kerana pasaran yang terjejas oleh indikasi rekod pengeluaran OPEC.
Harga penanda aras minyak Amerika Syarikat (WTI) naik kepada AS$46.95 setong pada pukul 0008 GMT.
Pada awal Isnin harga minyak jatuh 4.0 peratus kepada AS$46.86 setong.
Kontrak hadapan bagi penghantaran Brent naik kepada AS$48.85 setong. Kontrak hadapan-bulan sebelumnya, yang tamat pada Isnin, jatuh hampir tiga peratus pada sesi sebelumnya.
Semalam OPEC meluluskan dokumen yang menggariskan strategi jangka panjang selepas ahli-ahli kartel mencapai kata sepakat menguruskan pengeluaran.
Bagaimanapun timbul an persoalan terhadap keupayaan ahki-ahli kartel untuk mengawal harga kerana ia bakal menjejaskan ekonomi negara-negara dengan ketara.
Wakil-wakil OPEC bermesyuarat pada hari Jumaat di Vienna lalu dan pertemuan dengan bukan OPEC pada Sabtu lalu.
Setakat ini, mereka tidak sampai kepada terma tertentu dan sumber-sumber memberitahu Iran enggan membekukan pengeluaran. – MalaysiaGazette