Saturday, October 29, 2016

Abang maut adik baling pinggan pecah kena leher

Kuala Kangsar: Lelaki mati dipercayai dibunuh adiknya sendiri selepas kedua-dua mereka bertengkar di rumah mereka di Jalan Permai, Padang Rengas di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa dikenali K Gopal, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di leher akibat dibaling serpihan pinggan oleh adiknya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan antara kedua beradik itu bermula apabila mangsa pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan membuat bising manakala suspek berusia 39 tahun ketika itu sedang makan.

Katanya, mangsa yang bergaduh dengan suspek kemudian dipercayai bertindak menampar adiknya itu dan pergaduhan itu menyebabkan pinggan digunakan pecah.

“Suspek kemudiannya membaling pinggan ke arah mangsa dan terkena lehernya hingga menyebabkan luka dan pendarahan banyak sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, ” katanya.

http://ift.tt/2e9RPzs