Monday, October 31, 2016

Enggan keluar kenderaan terbabas, Abam Bomba ambil masa 5 minit pujuk mangsa

Quote:

Bintulu: Lelaki yang terbabit dalam kemalangan terpaksa dipujuk selama lima minit apabila enggan keluar dari kenderaannya yang terbabas di Jambatan Sungai Likau, Jalan Miri- Bintulu, di sini, hari ini

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, pemandu, Wong Kee Kang, 36, dipercayai trauma dan enggan keluar dari kenderaannya selepas terbabit dalam kemalangan itu

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Stephen Plen berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan 10.46 pagi berhubung kejadian itu

Menurutnya, sepasukan anggota bomba kemudiannya dikerahkan ke lokasi dan mendapati mangsa masih berada di dalam kenderaan berkenaan dan enggan keluar

“Mangsa tidak tersepit, bagaimanapun, mangsa dipercayai trauma selain mengalami kecederaan di bahagian kaki membuatkannya enggan bergerak keluar dari kenderaannya

“Anggota bomba kemudiannya terpaksa memujuk dan memberikan kata-kata semangat selama lima minit sehinggalah mangsa dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan,” katanya

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan badan apabila kenderaanya yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan

http://ift.tt/2f8VwTV