Monday, October 31, 2016

Asap mercun Deepavali sebabkan jerebu tebal di India



Commuters make their way amidst the heavy smog in New Delhi, India, October 31, 2016.


JEREBU tebal sehari selepas sambutan Deepavali yang menyaksikan banyak mercun dibakar. – Foto AP

NEW DELHI: Ramai penduduk di ibu negara India yang berang berkongsi gambar jerebu tebal, sehari selepas sambutan Deepavali yang menyaksikan banyak mercun dibakar.

Tahap bahan pencemar di udara adalah 30 kali ganda berbanding paras disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di satu daripada kejiranan di ibu kota ini.

Pihak berkuasa memberi amaran, ibu kota itu berdepan sambutan Deepavali penuh pencemaran kerana faktor kelembapan udara dan kelajuan angin.

Deepavali adalah perayaan terpenting di utara India, ia sempena meraikan kemenangan kebaikan menentang kejahatan.

Pagi ini, jarak penglihatan di seluruh bandar itu amat terhad akibat jerebu tebal yang menyelubungi bandar terbabit. Penduduk dinasihatkan supaya berada dalam rumah.

Menurut Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat India, paras partikel udara kecil atau PM 2.5 meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh beberapa jam kepada 750 mikrogram setiap meter padu udara di kawasan paling teruk terjejas.

Difahamkan, paras pencemaran itu mampu meresap jauh ke dalam paru-paru. -Agensi

http://ift.tt/2fbfQUz