Sunday, October 30, 2016

Spekulasi penggabungan Astro, Telekom Malaysia

KUALA LUMPUR – Bolehkah penggabungan mega berjaya di negara ini? Itulah spekulasi yang disentuh laporan The Edge Weekly hari ini.

Menurut penerbitan kewangan, spekulasi bertiup kencang yang Khazanah Nasional, memiliki 20.7% daripada Astro Malaysia Holdings Bhd dan 28.7% Telekom Malaysia, berkemungkinan mencadangkan penggabungan antara kedua-dua syarikat besar.

Lanjutan spekulasi ini adalah Telekom Malaysia (TM) dan Axiata mungkin kembali bersama sekali lagi berikutan pengambilalihan kepentingan majoriti dalam P1 Wimax oleh TM pada September 2014.

Sejak TM meningkatkan pemilikannya terhadap P1, yang dijenamakan semula sebagai Webe, daripada asal 55% kepada 73% pada awal tahun ini.

Dengan Khazanah Nasional mempunyai pegangan saham besar dalam kedua-dua TM (28.7%) dan Axiata (37.8%), penggabungan itu dianggap sebagai satu cara menangani persaingan di antara Celcom Axiata dan Webe TM.

Sesetengah penganalisis juga membuat spekulasi lebih jauh yang bahagian mudah alih TM boleh dikeluarkan dan menjadi satu entiti bagi Axiata dan selebihnya bergabung dengan Astro, lapor Edge Weekly.

“Ananda Krishnan dan rakan-rakannya mengawal 40.98% daripada Astro.

“Banyak bergantung kepada apa yang pemegang saham (Khazanah atau Ananda) mahu capai,” seorang penganalisis telekom serantau berpengalaman memberitahu Edge Weekly, sambil menambah:
“Jika pemegang saham benar-benar mahu melakukan perjanjian itu, ia akan ada merit.

“Sementara itu, sebarang kemungkinan penggabungan antara TM dan Axiata akan dilihat sebagai rangsangan bagi talian tetap dan pembekal jalur lebar terbesar di negara ini.

TM mulanya memperoleh Celcom pada 2003 untuk bergabung dengan syarikat mudah alihnya sendiri, TM Cellular, dan membentuk firma telekomunikasi mudah alih terbesar di negara ini.

Axiata (dahulunya dikenali sebagai TM International) pada asalnya adalah sebuah syarikat pegangan bagi kepentingan antarabangsa TM, tetapi kumpulan itu diasingkan pada 2007.

Langkah itu dikritik banyak pihak, kerana Axiata dianggap sebagai satu perniagaan yang berkembang cepat dengan kepentingan semakin meningkat di luar negara yang mempunyai potensi besar untuk pendapatan dan keuntungan lebih besar kepada TM.

Quote:

current price 31/10 1230
Astro 6399 2.83 hi 2.86
TM 4863 6.60 hi 6.65


http://ift.tt/2dU8RmC