Monday, October 31, 2016

Didenda tabik depan bendera sampai pengsan

Quote:

Bali: Beberapa gambar yang menunjukkan seorang kakitangan kerajaan pengsan selepas didenda berdiri sambil memberi tabik hormat di depan tiang bendera mencetuskan kemarahan orang ramai selepas ia viral di Internet

Menurut JawaPos, kejadian itu berlaku ketika majlis sambutan Hari Sumpah Pemuda di Padang Puputan Margarana, Renon di sini pada Jumaat lalu

Kakitangan kerajaan itu yang dikenali sebagai Dewa Gede Riki dikatakan bergurau dan tidak berdisiplin ketika majlis berkenaan

Kelakuan Dewa itu dilihat pegawai atasannya yang kemudian mengarahkannya berdiri di depan tiang bendera Indonesia sambil memberi tabik hormat selama sejam

Bagaimanapun, tidak sampai satu jam Dewa berdiri, lelaki itu tiba-tiba rebah dan terpaksa mendapat rawatan petugas perubatan

Tidak lama selepas itu, beberapa gambar menunjukkan Dewa berdiri sambil memberi tabik hormat di depan tiang bendera dan ketika dia diusung petugas perubatan tersebar di media sosial

Ramai pengguna media sosial mengkritik denda yang dikenakan terhadap Dewa yang didakwa mereka sebagai keterlaluan dan memalukan seorang kakitangan kerajaan

Sementara itu, jurucakap kerajaan tempatan Bali memberitahu, lelaki itu didenda kerana tidak berdisiplin dan tidak menghormati majlis

http://ift.tt/2fllRml