JEMPOL – Pejabat Risda Daerah Jempol mengalami kerugian lebih kurang RM10,000 akibat dipecah masuk oleh individu yang tidak dikenali lewat petang semalam Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu, disedari oleh pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan di sekitar pejabat tersebut Katanya, semasa pengawal keselamatan bangunan itu membuat rondaan kawasan, dia terlihat beberapa bilik dalam pejabat itu berselerak dan banyak barang bertaburan di lantai “Hasil siasatan kita dapati penjenayah telah memasuki ruang pejabat itu menggunakan laluan dawai pagar besi yang dipotong, sebelum masuk menggunakan pintu belakang yang diumpil “Suspek berjaya membuka peti besi yang ada di bilik akauntan dengan menggunakan gergaji besi dan mengambil wang tunai sebanyak RM2,000. Turut dibawa lari enam buah komputer riba,”katanya Tambahnya, pihaknya kini sedang mengesan suspek berdasarkan lapan kesan cap jari yang berjaya ditemui di sekitar lokasi kejadian Katanya, tiada liputan kamera litar tertutup di ruang pejabat itu, namun pihaknya akan meneliti cap jari itu untuk mengesan suspek Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah rumah |
Friday, October 28, 2016
Pejabat Risda Daerah Jempol dipecah masuk, Kerugian RM10000
Quote: