Thursday, June 30, 2016

Berang SPRM Berkas Lim Guan Eng, Mat Sabu Kata Najib Akan Mati Tak Lama Lagi

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu berang dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberkas Ketua Menteri Pulau Pinang diatas tuduhan rasuah.

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu dengan nada marah mendakwa SPRM membuat pendakwaan terpilih dengan memberkas Guan Eng.

“Jangan buat mayat Lim Guan Eng seperti kamu buang mayat (Teoh) Beng Hock. Jangan buang mayat (Ahmad) Sarbiani seperti kamu buang mayat pegawai kastam (itu) di Kelana Jaya.

“SPRM, kamu bertangungjawab kepada Tuhan. Najib akan mati tak lama lagi,” katanya di perkarangan Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang, malam kelmarin.

Petang kelmarin, SPRM dengan waran menyerbu Guan Eng di pejabatnya di tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Pulau Pinang.

Guan Eng keluar dari pejabatnya sekitar jam 6.30 petang diiringi peguamnya R.S.N Rayer bersama penguatkuasa SPRM menuju ke Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown, semalam.

“Saya harap pegawai SPRM bawa bertenang, dakwa Guan Eng elok-elok. Jangan buat macam Beng Hock! Jangan buat macam Sarbani!” ujar bekas pemimpin PAS itu.

Kenyataan Mat Sabu menyebut Beng Hock dan Ahmad Sarbaini merujuk kepada dua kes kematian suspek SPRM yang mati dalam tahanan.

Beng Hock ditemui mati dipercayai jatuh dari bangunan bersebelahan Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam selepas ditahan SPRM untuk soal siasat sementara Ahmad Sarbaini ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM di jalan Cochrane. – Malaysian Digest

Penjual Biskut Raya Raih Pendapatan Cecah RM10,000 Sehari

KOTA BHARU – Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam pada minggu depan nyata memberi keuntungan lumayan kepada peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini.

Pada bulan biasa, pasar itu beroperasi 24 jam sehari dengan sebelah pagi dijadikan pasar basah dan waktu malam sebagai pasar malam.

Beberapa peniaga yang sebelum ini menjalankan perniagaan buah-buahan, menukar produk jualan mereka kepada biskut raya dan meraih pendapatan mencecah RM10,000 sehari.

Shafie Wan Muhamood, 37, berkata, beliau mampu membuat jualan sekitar RM5,000 hingga RM10,000 sehari sejak mula menjual biskut raya sejak awal Ramadan.

“Sebelum Ramadan, saya menjual buah-buahan di pasar ini dengan pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM3,000 sehari, namun menukar strategi dengan menjual biskut raya kerana ada permintaan tinggi daripada pelanggan,” katanya.

“Sejak 10 tahun lepas, apabila tibanya Ramadan, 15 pekerja saya akan bekerja secara bergilir-gilir bagi menjual biskut raya terus kepada pelanggan,” kata Shafie.

Antara biskut raya yang dijual di gerai Shafie ialah London Almond, Tart Nanas dan Sarang Burung serta aneka kerepek pisang dan ubi.

Shafie berkata, beliau mendapatkan bekalan daripada pembekal dari luar Kelantan serta penduduk setempat yang mengusahakan biskut raya secara kecil-kecilan.

Beliau berkata harga minimum bagi biskut raya bermula dari RM15 hingga RM20 dan bergantung kepada jenis biskut dan kuantitinya.

Seorang lagi peniaga, Nasuha Husin, 30, berkata, masyarakat pada masa kini lebih gemar membeli biskut berbanding membuatnya sendiri.

Beliau berkata, ia mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai masa kerana sibuk dengan tugasan harian.

“Tidak hairanlah jika ada pelanggan yang membeli tiga hingga lima jenis biskut pada satu-satu masa,” katanya. – BERNAMA

Saham Asia Terus Pulih Daripada Kejutan Brexit

TOKYO – Saham Asia meningkat hari ini apabila aset yang lebih berisiko terus pulih daripada kejutan Brexit minggu lalu.

Pound pula berada di bawah tekanan baharu selepas Gabenor Bank of England (BOE) membayangkan penurunan kadar faedah hadapan.

Indeks luas MSCI saham Asia-Pasifik di luar Jepun menokok 0.2 peratus.

Indeks pulih hampir daripada semua kerugian yang dialami pada Jumaat lalu apabila ia menjunam ekoran tindak balas daripada keputusan pungutan suara Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Nikkei Jepun meningkat 0.8 peratus selepas yen kembali mengukuh selepas pergerakan pada awal minggu ini manakala Kospi Korea Selatan meningkat 0.3 peratus.

Semalam, Dow meningkat 1.3 peratus, keuntungan tiga hari berturut-turut, sambil menjejak kembali semua kerugian yang dialami ekoran reaksi kepada Brexit.

Sebahagian keuntungan semalamam di Wall Street dikaitkan dengan harapan untuk lebih banyak kelonggaran monetari selepas Gabenor BOE, Mark Carney menyatakan bahawa bank pusat itu mungkin perlu mengepam lebih banyak rangsangan kepada ekonomi Britain sepanjang musim panas selepas kejutan Brexit itu.

Beberapa bank pusat di Asia termasuk Jepun dan China juga dijangka melonggarkan dasar pada akhir tahun ini. Pound diniagakan pada AS$1,3341 selepas menghampiri paras AS$1.35 semalam. – REUTERS

Lebuh Raya Utama Dijangka Mulai Sesak Petang Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar pada pukul 8 pagi Jumaat, namun dijangka meningkat pada petang nanti.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 masih lagi terkawal.

“Aliran trafik dijangka bertambah pada petang ini berikutan peningkatan jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Menurutnya, beberapa kawasan di LPT dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu.

“Trafik dijangka akan bergerak perlahan dari Slim River menuju ke Sungkai, Plaza Tol Gombak ke pantai timur dan dari Tol Duta menghala ke utara,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd berkata, aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan masih lancar pagi Jumaat dan dijangka akan bertambah secara beransur-ansur.

“Terdapat satu kemalangan berlaku di Kilometer 19.3 dari Kota Damansara menuju ke Damansara pada 8 pagi tadi menyebabkan trafik perlahan dan kerja mengalihkan kenderaan telah dilakukan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

Lelaki Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

JITRA: Seorang lelaki berusia 29 tahun mati lemas selepas dipercayai gagal mengawal kereta yang dipandunya sehingga terjatuh ke dalam tali air di Jalan Lana Bulu, Kerpan dekat sini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, beberapa orang penduduk kampung berhampiran telah dikejutkan dengan bunyi hentaman kuat dan segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat berhampiran.

Pegawai Perhubungan Awam jabatan, Supt Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata stesen Jitra menerima panggilan kira-kira pukul 3.39 pagi dan pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 4.11 pagi.

Selain kereta bomba, kenderaan Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS), sebuah bot aluminium dan sebuah kenderaan utiliti Mitsubishi Pajero telah dihantar untuk melakukan tugas mencari dan menyelamat.

Mayat pemandu, Lim Keat Siong, 29, dari Mukim Jerlun, ditemui kira-kira pukul 7.55 pagi oleh ahli-ahli pasukan penyelam.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Jitra.

Pemeriksaan di tempat kejadian oleh The Star menyaksikan ramai penduduk kampung berkumpul di tebing terusan, menyaksikan pasukan penyelam menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Tiang lampu juga runtuh di sebelah kiri jalan.

Kerana Cemburu, Isteri Tikam Suami Hingga Mati

KUANTAN: Pertengkaran sepasang suami isteri, disyaki berpunca daripada persaraan cemburu, berakhir tragis apabila lelaki itu ditikam hingga mati di Kampung Paya Besar, Kertau Chenor, dekat Maran, Khamis.

Dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, mangsa Awang ak Muhamad, 42, seorang penoreh getah, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Chenor selepas terkena dua tikaman dengan pisau dapur di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Maran, Supt. Mat Rizal Mat Radzi berkata siasatan awal mendapati anak lelaki tiri mangsa berusia 10 tahun terdengar suspek bertengkar dengan mangsa sebelum menikamnya di dalam bilik di rumah mereka.

“Hasil temu bual dengan anak tiri mangsa ini mengatakan suspek telah bertengkar dengan mangsa sebelum menikam mangsa didalam bilik.

“Kemudiannya anak tiri mangsa yang melihat kejadian itu membawa seorang adiknya yang berumur 11 bulan ke rumah saudara berdekatan danmemaklumkan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi.

Mat Rizal berkata ketika kejadian hanya terdapat pasangan suami isteri itu serta dua anak mereka.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat.

Sementara itu, beliau berkata suspek yang berumur 33 tahun itu sudah ditahan berhampiran kawasan rumahnya selepas kejadiasn itu dan dia akan direman esok.

Katanya kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan

Cikgu-cikgu gempar ular sawa berlingkar depan bilik guru

Guru-guru SMK Seksyen 9 Shah Alam mengambil peluang bergambar bersama ular sawa yang ditemui berlingkar di perkarangan sekolah itu.

SHAH ALAM – Guru-guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam digemparkan dengan kehadiran seekor ular sawa yang ditemui berlingkar di hadapan bilik guru sesi pagi sekolah tersebut.

Reptilia sepanjang empat meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh seorang kontraktor kebersihan sekolah tersebut yang dikenali sebagai Nihar.

Ular sawa yang tidak diketahui dari mana datangnya itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Bomba Bukit Jelutong untuk tindakan selanjutanya.

Kehadiran ular sawa yang mengejutkan warga SMK Seksyen 9 itu dikongsi di laman facebook sekolah berkenaan.

http://ift.tt/298vcsF

Petani China bina kereta kebal



PENG bersama rakannya duduk di atas kereta kebal yang dibina mereka.

Jiaozhou, China: Seorang petani dari sebuah kampung di wilayah Shandong, China membina sebuah kereta kebal yang menyerupai dan berfungsi hampir sama seperti kereta kebal milik tentera negara itu.

Peng Haojie yang berasal dari kampung Wangjia di sini membina kereta kebal berkenaan selepas menghantar anaknya ke sebuah akademi tentera, tetapi tidak berpuas hati dengan sistem pembelajaran di sana.

Kerana tidak berpuas hati, Peng mengambil keputusan untuk membina sebuah replika kereta kebal dari model Type 99 pada Julai tahun lalu.

Peng yang sangat meminati bidang ketenteraan membina kereta kebal tempur itu dengan dibantu beberapa rakannya.

Replika Type 99 yang juga dikenali sebagai ZTZ99 itu dibina hampir sama dengan kereta kebal generasi ketiga buatan China berkenaan yang digunakan tentera sejak 2001.

Kereta kebal ciptaan Peng itu berfungsi hampir sama dengan Type 99 sebenar termasuk kuasa enjin dan sistem transmisi.

Bagaimanapun, kereta kebal itu tidak boleh melepaskan tembakan meriam dan tidak mempunyai sistem pertahanan laser atau mesingan yang dipasang di bumbung.

Kereta kebal yang berukuran 10 meter panjang dan 3.5 meter lebar itu mampu bergerak pada kelajuan 15 kilometer sejam berbanding Type 99 sebenar yang boleh memecut selaju 60 kilometer sejam.

Media China melaporkan, akademi tentera muda Weifang kagum dengan kereta kebal milik Peng itu dan menawarkan harga yang tinggi untuk membelinya.

Kereta kebal itu yang mengambil masa setahun untuk dibina dijangka dihantar ke akademi tentera dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Peng berhasrat membina lebih banyak kereta kebal seperti itu bagi menggalakkan generasi muda mengenali aset pertahanan negara.

http://ift.tt/298S5eF

Nenek dakwa batu meteor terhempas atas bumbung


BUALOM CHALOMPRAI menunjukkan seketul batu meteor yang terhempas ke bumbung rumahnya di daerah Plai Chumphon, wilayah Phitsanulok, kelmarin. AGENSI

BANGKOK 30 Jun – Seorang nenek di Thailand mendakwa menemukan batu meteor apabila ‘objek misteri’ itu dikatakan terhempas ke bumbung rumahnya di daerah Plai Chumphon, wilayah Phitsanulok, semalam.

Portal Bangkok Post melaporkan, Bualom Chalomprai, 65, memberitahu, batu meteor itu ‘terhempas’ pada pukul 7.26 pagi sebelum jatuh di atas lantai dan pecah kepada lima bahagian.

Ujarnya, kejadian berlaku ketika dia sedang bersarapan dan terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Saya keluar memeriksa keadaan sekeliling sebelum menemukan seketul batu besar dan beberapa serpihannya. Batu itu sangat panas apabila saya memegangnya,” katanya.

Bualom berkata, batu itu mungkin jatuh dari angkasa dan akan membawa tuah kepada kehidupannya.

Sementara itu, suaminya, Kittisak, 75, berkata, dia mendengar bunyi letupan kuat di langit kira-kira pukul 7 pagi sebelum ketulan batu berkenaan jatuh di bumbung rumahnya.

Media tempatan melaporkan, penduduk di daerah Nakhon Thai dan Chat Trakan turut mendengar letupan kuat.

Sementara itu, menurut Ketua Jabatan Fizik Universiti Naresuan, Sarawut Tuantam, pihaknya telah melakukan pemeriksaan awal terhadap ketulan batu berkenaan dan merumuskan objek tersebut berkemungkinan besar adalah batu meteor berdasarkan ciri dan keadaannya.

Jelasnya, kerak batu itu berwarna hitam yang menunjukkan objek tersebut terbakar ketika memasuki atmosfera bumi selain didapati mengandungi elemen besi yang memberi tindak balas terhadap magnet.

– See more at: http://ift.tt/29eqICO

Buaya tembaga ramal PM Australia menang pilihanraya umum esok

http://www.youtube.com/watch?v=_IQA-_VGdlw


AGENSI – BURT memilih gambar Turnbull di sebuah kolam di Darwin baru-baru ini sekali gus meramalkan beliau akan memenangi pilihan raya umum Australia.


Malcolm Turnbull

SYDNEY – Seekor buaya tembaga yang menjadi bintang dalam filem Crocodile Dundee meramalkan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull bakal memenangi pilihan raya umum negara itu esok.

Buaya jantan itu, Burt yang memiliki panjang 5 meter dan berusia lebih 80 tahun mengambil sedikit masa untuk memilih antara Turnbull dan pemimpin pembangkang daripada Parti Buruh, Bill Shorten.

“Burt perlu berfikir sejenak sebelum membuat ramalan ini,” kata penjaga reptilia itu, James Robinson. Buaya air masin itu tinggal di Teluk Crocosaurus, bandar raya Darwin, utara Australia.

Imej dua pemimpin itu digantung di atas sebuah kolam di mana buaya itu berenang, manakala isi ikan pula diikat di bawah setiap gambar itu.

“Burt mengambil masa enam minit untuk memilih pemenangnya. Buaya ini menarik gambar Turnbull,” kata Robinson.

Buaya seberat 700 kilogram dan pernah memakan tiga buaya betina itu bukan reptilia pertama di tempat tersebut yang pernah membuat ramalan pilihan raya.

“Seekor buaya bernama Big Wendell memilih dengan tepat Tony Abbott sebagai pemenang pilihan raya tiga tahun lalu dan buaya jantan, Harry pula memilih Julia Gillard pada 2010, juga ramalan tepat,” katanya.

Buaya air masin boleh membesar sehingga panjang 7 meter dengan berat lebih 1 tan. Haiwan ganas ini biasa ditemui di utara Australia. – AFP

Artikel Penuh: http://ift.tt/298ScqS

PTPTN siasat isu peminjam bayar penuh disekat

Quote:

PUTRAJAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih menjalankan siasatan lanjut berhubung isu peminjam Safura Foo yang disekat ke luar negara walaupun sudah membuat bayaran penuh

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, PTPTN berkata, ia masih dalam proses mengenalpasti punca kelewatan kemaskini rekod bayaran Foo

Sebelum itu media melaporkan bahawa Foo, bekas pelajar bidang fotografi dari Segi College, Subang Jaya telah membuat bayaran penuh RM18,449.35 pada Mac tahun lepas

Namun beliau disekat ke luar negara oleh Jabatan Imigresen kerana namanya masih dalam senarai hitam jabatan itu pada Mei lalu kerana dikatakan masih mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN lebih RM3,000

Dalam pada itu, PTPTN menyarankan agar pelanggan menyemak penyata akaun mereka secara online bagi memastikan bayaran yang dibuat sentiasa dikemaskini

“Sekiranya transaksi yang dibuat masih belum dikemaskini selepas 3 hari bekerja, aduan boleh dibuat secara online melalui ikon Aduan,” kata PTPTN

Perbadanan itu berkata, ia sentiasa berusaha mengurangkan kerenah birokrasi dengan membuka cawangan di seluruh negara

PTPTN juga menyediakan perkhidmatan online melalui portal rasmi PTPTN, www.ptptn.gov.my


Gadis diajak sahur bersama sebelum diperkosa

PEKANBARU – INDONESIA. Seorang gadis berusia 22 tahun mendakwa diperkosa seorang lelaki berusia 32 tahun setelah diajak makan bersahur bersama, lapor Merdeka.com.

Dalam kejadian pada 15 Jun lalu, suspek yang dikenali sebagai ‘Mf’ itu mengajak mangsa yang dikenali sebagai ‘Pa’, bersahur bersama di bilik rehat pekerja.

Ketua Polis Pekanbaru, Kompol Bimo Arianto berkata, mangsa sudah memberikan keterangannya dan siasatan sedang dijalankan.

“Kami sudah dapatkan keterangan daripada mangsa dan saksi,” katanya yang mengesahkan laporan itu.

Sebelum kejadian, suspek menghubungi mangsa sekitar 3.00 pagi dan mengajaknya makan sahur di luar.

Setelah itu mangsa dibawa ke sebuah tempat rehat untuk pekerja di Jalan Tanjung Datuk Kecamatan Lima Puluh, Pekanbaru.

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku selepas waktu imsak kira-kira jam 4.50 pagi waktu Indonesia.

Meskipun menolak untuk mengadakan hubungan seks, suspek terus memaksa mangsa hingga akhirnya wanita itu diperkosa sebelum menghantarnya pulang ke rumah.

Mangsa kemudiannya mengadu kejadian itu kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat.

http://ift.tt/29gfqi2

PM Rasmi Projek Penyambungan Jajaran LRT Manfaat Kepada 2 Juta Pengguna

SUBANG JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan pembukaan penuh Projek Penyambungan Jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Ampang di Stesen Putra Heights di sini, hari ini.

Jelas Najib, pertambahan laluan sepanjang 35.1 kilometer menghubungkan LRT Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling memanfaatkan dua juta penduduk Lembah Klang khususnya di daerah Petaling.

Malah, jelas Najib projek tersebut turut meningkatkan taraf sosio-ekonomi negara yang dinilai melalui Kadar Pulangan Ekonomi Dalaman (EIRR).

“Pertambahan laluan ini bukan hanya memberi manfaat kepada dua juta pengguna, malah mampu meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk.

“Kita jelas kita memang mempunyai perancangan besar untuk membangunkan pengangkutan awam.

“Kita sedar nadi pertumbuhan negara adalah bandar utamanya sebab itu kita letakkan projek utama untuk menggalakkan org ramai menggunakan pengangkutan awam,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian laluan itu di Stesen Putra Heights di sini.

Jelas Najib, pentadbiran Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun sebelum ini gagal untuk memberi tumpuan terhadap pengangkutan awam.

“Salah satu kelompongan yang berlaku dalam negara kita adalah masalah pengangkutan awam.

“Ini adalah kerana, pentadbir sebelum saya yang berkhidmat selama 22 tahun, tidak memberi tumpuan kepada pengangkutan awam,” katanya.

Dimiliki Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), projek membabitkan pembukaan 12 stesen baharu laluan Kelana Jaya dan 11 stesen laluan Ampang/Sri Petaling itu dijangka menyumbang tambahan 300,000 penumpang sehari.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; dan Pengerusi Kumpulan PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam. – Awani

Harga Minyak Bulan Julai Naik Lima Sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel masing-masing naik sebanyak 5 sen seliter bagi Julai 2016, berbanding bulan sebelumnya.

Harga baru bagi ketiga-tiga bahan api itu ialah RM1.75 seliter bagi RON95 dan RM2.10 seliter untuk RON97 manakala diesel dijual pada RM1.60 seliter mulai 12.01 tengah malam ini.

Pada Jun, RON95 berharga RM1.70 seliter, RON97 (RM2.05) manakala Diesel (RM1.55).

Bermula Julai 2015, tiada lagi notis pemberitahuan awal mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

KPDNKK hanya akan memaklumkan harga runcit RON95, RON97 dan Diesel sama ada kekal, naik atau turun untuk bulan berikutnya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada setiap hujung bulan. – HMetro

Akibat pertengkaran, Lelaki maut ditikam isteri

Quote:

Maran: Lelaki maut ditikam isterinya selepas pasangan terbabit bertengkar di rumah mereka di Kampung Paya Besar, Kertau, Chenor, hari ini

Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa, Awang Muhamad, 42, berasal dari Kampung Paya Besar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Maran

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, siasatan awal mendapati, seorang anak tiri mangsa berusia 20-an terdengar mangsa dan suspek bertengkar sebelum bergegas ke ruang tamu untuk melakukan pemeriksaan

“Anak tiri mangsa sempat melihat suspek iaitu ibu tirinya berusia 33 tahun menikam perut mangsa sebanyak dua kali di dalam bilik tidur,” katanya ketika dihubungi di sini

Beliau berkata, pada masa sama, lelaki itu mengambil adik lelakinya yang berusia 11 bulan ke rumah saudara berhampiran bagi mengelak kejadian tidak dingini

Katanya, anggota polis yang tiba di tempat kejadian selepas mendapat maklumat menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk bedah siasat

“Polis menahan reman suspek selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya


Warga Tua Ceria Sambut Aidilfitri Di Rumah Baru Sumbangan TNB

KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat seorang warga tua yang dapat merayakannya di rumah baharu lebih selesa, hasil ihsan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi Projek Baiti Jannati.

Kamaruzaman Ahmad, 61, dari Kampung Klang Gate Baru dekat sini, sebelum ini tinggal bersendirian di rumah pusaka usang peninggalan arwah ibu bapa yang berusia lebih 40 tahun.

Bagaimanapun, dia tidak dapat membaiki rumah reput dimakan anai-anai dan bumbung bocor itu berikutan kesempitan wang.

“Tidur saya tidak pernah lena kerana bimbang memikirkan keadaan cuaca sepanjang malam. Sebelum ini, kerap berlaku atap rumah diterbangkan angin.

“Saya bekerja sebagai pemandu sambilan, pendapatan memang tidak tetap dan cuma bergantung kepada duit simpanan untuk menyambung kehidupan.

“Saya pernah bekerja bersama syarikat perkapalan dan hidup merantau sebelum pulang 20 tahun lalu kerana mahu menjaga ibu sebelum dia meninggal dunia 10 tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah baharunya, hari ini.

Kamaruzaman terpilih sebagai penerima selepas namanya diberikan oleh penghulu kampung kepada pihak TNB.

Mengakui pemberian itu besar maknanya, beliau berterima kasih kepada TNB yang prihatin dengan kehidupan warga tua sepertinya dan mereka yang terbabit memohon bantuan bagi pihaknya. – BH

Kementerian Siasat Dakwaan Pengguna Astro Dikenakan Caj Tersembunyi

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menyiasat dakwaan syarikat pengendali televisyen berbayar, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro), mengenakan caj dan penalti tersembunyi kepada pelanggannya.

Menterinya, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata sebarang tindakan yang diambil syarikat itu terikat dengan terma dan syarat-syarat ketika mendapat lesen operasi.

“Kita memang siasat aduan yang diterima, dari masa ke semasa kita berbincang dengan pihak Astro. Apa yang Astro lakukan mestilah terikat dengan syarat-syarat, bila kita beri lesen, kita beri syarat, jika mereka langgar syarat lesen sudah tentu tindakan boleh diambil,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan rangkaian jalur lebar baharu, ‘Yes 4G LTE’ oleh syarikat penyedia perkhidmatan, YTL Communications Sdn Bhd., di sini hari ini.

Salleh berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang pelanggan syarikat berkenaan yang memuat naik status di laman sosial Facebooknya mendakwa dikenakan caj penalti yang tinggi oleh Astro jika mahu menukar pakej dan menamatkan kontrak bersama penyedia saluran televisyen berbayar itu.

Status dimuat naik ‘Sephia Mhd Bhrm’ yang mendakwa dikenakan notis bayaran untuk pakej sukan naik sebanyak RM8 dan apabila beliau ingin menamatkan langganan, beliau dikenakan bayaran sebanyak RM360.

Beliau berkata, caj itu termasuk RM200 untuk penalti; RM88 (bil bulanan) dan RM70 untuk satu bulan notis.

Status berkenaan dikongsi oleh lebih 21,000 pengguna laman sosial Facebook.

Salleh berkata pengguna bagaimanapun mempunyai hak sama ada untuk menggunakan khidmat yang disediakan stesen televisyen berbayar itu atau tidak.

Hadir sama di majlis itu, Pengerusi YTL Corporation Berhad, Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay dan Pengarah Urusannya, Tan Sri Dr Francis Yeoh. – BERNAMA

Bom letup bas mini, 18 maut

Quote:

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 18 orang awam terbunuh apabila sebutir bom di tepi jalan meletup dan terkena sebuah bas mini yang padat penumpang, hari ini dekat bandar Lafole, di barat daya ibu negara, Somalia

Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab setakat ini, namun Militan al Shabaab dikatakan kerap melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan dan orang awam di seluruh negara

Kumpulan itu mahu menjatuhkan kerajaan yang disokong Barat

Nur Ahmed, yang sedang memandu di jalan sama, berkata bas mini itu diiringi sebuah kenderaan yang membawa tentera

“Kereta kerajaan yang mungkin menjadi sasaran terselamat dan tidak rosak,” katanya


DUKE tawar diskaun 10 peratus sempena Aidilfitri

Quote:

KUALA LUMPUR: Pemegang Konsesi bagi Lebuhraya Duta-Hulu Kelang (DUKE), Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI) menawarkan potongan harga kadar tol 10 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena sambutan Aidilfitri

Diskaun boleh dinikmati bermula jam 11.59 malam pada 5 Julai hingga jam 12 tengah malam keesokannya

Pengarah Eksekutif KESTURI, Datuk Seri Lim Keng Cheng, berkata pemberian diskaun itu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dan Kumpulan Ekovest sepanjang tahun ini

“Kita harap pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati ketika memandu pada musim perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Tawaran diskaun tol berkenaan diumumkan selepas majlis pelancaran Ops Selamat IX di Plaza Tol Batu, Lebuhraya DUKE bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini

Pengguna jalan raya boleh mendapatkan maklumat trafik menerusi talian 03-62519100 atau melayari laman web rasmi di www.duke.com.my


Padan Muka Kata PCM Pada Guan Eng

KUALA LUMPUR – ‘Padan muka!,’kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dalam kenyataannya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah.

Sebelum ini, Cheng Guan merupakan bekas Naib Presiden Gerakan yang telah mengasaskan PCM selepas kejatuhan bekas Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Beliau yang merupakan bekas Ahli Parlimen Batu Kawan adalah antara seorng daripada ahli politik yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan terhadap Guan Eng.

Sementara itu, sebaik sahaja kenyataan pendek itu dikeluarkan Cheng Guan, Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao turut mengambil pendekatan yang sama.

Ramesh turut memberikan kenyataan pendek berbunyi ‘Sendiri mau ingatlah,’ dengan meletakkan icon senyum yang ditujukan khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Terdahulu, Guan Eng mendakwa, kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan kerana perbuatan rasuah adalah jelas penganiayaan atau pendakwaan politik yang semata-mata untuk menghancurkannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau menerusi kenyatannya menjelaskan kepada SPRM bahawa pembelian banglo dari Phang Li Koon adalah dilakukan dengan tulus hati, antara individu yang tidak mempunyai kepentingan perniagaan.

Katanya, ia atas dasar kerelaan penjual dan pembeli tanpa sebarang paksaan atau sebarang balasan istimewa daripadanya, mahupun kerajaan negeri.

Tambahnya, Phang merupakan kawan kepada isterinya, dimana ia tidak mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan kerajaan negeri.

“Dia bukan seorang pemaju perumahan dan banglo dia menjual saya untuk RM2.8 juta telah dibina pada tahun 1980-an.

“Terdapat percubaan untuk menyamakan kes saya dengan kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo. Ini sama sekali adalah salah. Tidak seperti kes Khir Toyo, Phang tidak kerugian sebanyak RM5 juta tetapi mencatatkan keuntungan kecil RM300,000 hasil pembelian asalnya pada harga RM2.5 juta,”katanya.-SuaraTV

Suami dipukul isteri kerana cukai jalan tamat tempoh

MELAKA: Seorang isteri memukul suaminya dalam pertengkaran selepas mendapati cukai jalan motosikal dinaiki tamat tempoh dalam sekatan jalan raya di Jalan Syed Abdul Aziz di sini, malam tadi.

Pasangan berusia 30-an berkenaan dalam perjalanan ke pusat bandar raya dan dipercayai cuba mengelak sekatan jalan raya sebelum ditahan kira-kira jam 11.30 malam.

Lelaki itu dikatakan cuba menghubungi bapanya untuk bertanya mengenai cukai jalan tetapi tindakan itu mengundang kemarahan isterinya.

Pertengkaran pasangan itu berlanjutan kira-kira 30 minit sebelum polis menahan lelaki terbabit dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk menjalani ujian air kencing.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata saringan air kencing mendapati lelaki berasal dari Juasseh, Negeri Sembilan itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Motosikal jenis Modenas Kriss ditunggangnya turut dibawa ke IPD untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Shaikh Abdul Adzis berkata, dalam operasi lalu lintas dan pencegahan jenayah bermula jam 10 malam hingga 4 pagi itu, sebanyak 112 kenderaan diperiksa dengan 88 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan dilakukan termasuk mengubah suai kenderaan, tiada lampu brek, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tiada lesen memandu, tidak mempamerkan cukai jalan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

“Turut ditahan, dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun selepas didapati memiliki dadah jenis syabu dan Eramin 5. Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

http://ift.tt/29bKwqp

Berlian gergasi seberat 1,109 karat gagal dijual



Lesedi La Rona seberat 1,109 karat.

LONDON – Berlian terbesar yang ditemui lebih satu abad gagal dijual di lelongan Sotheby, London pada Rabu.

Namun ketua pegawai eksekutif Lucara Diamond Corp, syarikat yang memperolehi berlian itu yakin masih terdapat minat daripada pembeli dalam perdagangan berlian.

Berlian seberat 1,109 karat bernama Lesedi la Rona atau “cahaya kami” itu tidak dapat dijual selepas biadaan $61 juta tidak melepasi harga jualan minimum yang diharapkan.

Sotheby menjangkakan bahawa berlian sebesar bola tenis yang diperolehi November lalu di lombong Lucara di Botswana, akan terjual lebih $70 juta.

“Hakikat bahawa batu itu tidak terjual, ya, ia mengecewakan tetapi ia tidak mengubah apa-apa bagi Lucara sebagai sebuah syarikat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lucara, William Lamb kepada Reuters.

“Pasti terdapat permintaan terhadap batu itu. Ia hanya permintaan daripada orang-orang yang kita biasanya akan menjual batu itu,” kata beliau.

Saham dalam Lucara yang berpangkalan di Vancouver turun 14.5 peratus di Bursa Saham Toronto selepas berita jualan itu gagal.

“Keputusan itu adalah suatu yang mengecewakan, dan berpotensi mempersoalkan kaedah jualan yang dipilih,” kata penganalisis BMO Edward Sterck dalam nota kepada pelanggan.

Lelongan awam untuk berlian jarang berlaku, dan biasanya hanya dijual kepada kumpulan-kumpulan peniaga berlian dalam skala kecil.

Lamb berkata Lucara memilih cara lelongan kerana mahu mempunyai akses kepada seberapa ramai individu bernilai tinggi dan mereka yang gemar membeli barangan mewah pada masa lalu.

Lucara, tambahnya, belum memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan batu itu tetapi mungkin akan meminjamkan kepada muzium untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai berlian.

http://ift.tt/29bYfxx

Kabinet Setuju Beku Lombong Bauksit Dilanjutkan Dua Bulan Lagi

PUTRAJAYA — Kabinet bersetuju tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang yang berakhir pada 15 Julai ini dilanjutkan dua bulan lagi sehingga 14 September, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium kali ketiga itu adalah untuk membolehkan usaha mengosongkan stokpil bauksit yang masih berada di luar Pelabuhan Kuantan iaitu sekitar bandar Kuantan dan Bukit Goh dilakukan.

Jumlah bauksit dalam stokpil di luar Pelabuhan Kuantan dianggarkan sebanyak 5.4 juta tan meliputi 1.3 juta tan dalam stokpil di kawasan Gebeng, 2.3 juta di dalam kawasan lombong dan 1.8 juta tan di kawasan Felda, katanya.

“Selagi stokpil tidak keluar, selama itu kementerian dan kerajaan negeri Pahang bersetuju bahawa kita tidak akan membenarkan aktiviti melombong baukist,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Januari dan berakhir pada 14 April lalu. Ia kemudian dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Julai ini.

Wan Junaidi berkata bagi tujuan mengosongkan stokpil tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengeluarkan sebanyak 25 AP khas.

“Namun sehingga 1 Jun lalu, hanya 187,438 tan sahaja dieksport, sedangkan kapasiti pengendalian eksport bauksit di Pelabuhan Kuantan adalah 1.5 juta tan sebulan dan di Pelabuhan Kemaman, Terengganu sebanyak 700,000 tan sebulan.

“(Stokpil yang bertimbun) Ini bukan salah kerajaan pusat dan negeri atau kementerian tetapi industri bauksit tidak bergerak. Saya tidak faham dan rasional disebalik kenapa mereka memegang stokpil. Industri yang membunuh sendiri kerana stokpil bauksit tidak bergerak,” katanya.

Wan Junaidi berkata beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pada 24 Jun lalu mengenai beberapa perkara yang masih memerlukan tindakan lanjut terutamanya menyelesaikan isu pengosongan stokpil bausit.

Dalam hal ini, katanya kementerian dan kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk bekerjasama mempermudahkan pengeksportan kesemua baki bauksit dalam stokpil di luar Pelabuhan Kuantan.

“Kementerian dan kerajaan negeri Pahang berharap pihak industri dapat memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan kesemua stokpil tersebut dieksport keluar dalam jangka masa tersebut,” katanya.

Ditanya sekiranya stokpil bauksit masih tidak dapat dikosongkan sehingga tempoh lanjutan pada 14 September ini berakhir, Wan Juanidi berkata: “Selagi stokpil tidak dikosongkan, saya masih mencadangkan kepada kerajaan untuk memanjangkan tempoh moratorium bagi perlombongan bauksit dan kerajaan akan membuat keputusan.”

Beliau berkata semua pemain industri bauksit harus mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan apabila kerajaan menarik balik moratorium ke atas perlombongan pada masa akan datang. — Bernama

Raih RM10,000 sehari jual kerepek, biskut raya

BERANEKA biskut dan kuih raya dijual dengan harga berpatutan di pasar Wakaf Che Yeh sempena sambutan Aidilfitri yang diraikan minggu hadapan. – Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Hanya dengan menjual biskut raya dan kerepek selama 15 hari di bulan Ramadan, sepasang suami isteri mampu meraih pendapatan sehingga RM10,000 sehari.

Uniknya, perniagaan biskut dan kerepek diusahakan Shafie Wan Mahmood, 37 dan isterinya, Nasuha Husain, 30, dilakukan 24 jam sehari sejak 15 Ramadan lalu.

Pasangan itu adalah peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh sejak 10 tahun lalu dan mempunyai 15 pekerja yang membantu setiap kali musim perayaan.

“Stok yang kami sediakan mencecah hampir 12,000 bekas dengan 50 jenis, antaranya suji, makmur, tart nenas, kuih siput serta empat jenis kerepek dengan modal dianggar mencecah RM100,000,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Tahun lalu, katanya, hasil jualan lebih tinggi apabila memperoleh RM18,000 sehari.

“Kami mendapat bekalan biskut raya dari kawasan setempat dan Johor Bharu, manakala harga ditawarkan untuk sebalang biskut hanya RM15,” katanya.

Shafie menjangkakan jualannya melonjak bermula esok apabila cuti sekolah bermula dan dijangka ramai yang akan mengunjungi Wakaf Che Yeh.

“Kebiasaannya jika sasaran keuntungan sudah dicapai, kami akan melakukan lelongan bagi menghabiskan stok pada harga lebih murah,” katanya.

Selanjutnya di : http://ift.tt/29eT5Bd

Mahkamah Benar Lim Guan Eng Diikat Jamin RM1 Juta

PULAU PINANG – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan seorang penjamin.

Ahli pernigaan Phang Li Khoon yang turut dituduh bersama Gaun Eng pula dikenakan jaminan RM200,000.

Mahkamah juga membenarkan Guan Eng menyimpan pasportnya, namun beliau perlu memaklumkan kepada mahkamah jika mahu ke luar negara.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas dua pertuduhan rasuah.

Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azmi Ariffin.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Azmi kemudiannya menetapkan Guan Eng diikat jamin RM1 juta atas kedua-dua pertuduhan sementara menunggu sebutan semula untuk pengurusan kes.

Di mahkamah sama, ahli perniagaan Phang Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Guan Eng di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Dia kemudiannya diperintah diikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula 22 September ini. – UTUSAN

Perintah Gaji Minimum Sektor Swasta Berkuat Kuasa Esok

PUTRAJAYA – Perintah Gaji Minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dikuatkuasakan mulai esok tanpa sebarang penangguhan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa tiada masa yang mencukupi bagi para majikan untuk membayar gaji minimum baharu itu mulai tarikh itu adalah tidak berasas.

Katanya dakwaan bahawa kedudukan ekonomi semasa negara adalah kurang baik juga tidak tepat kerana pelbagai indikator, contohnya pertumbuhan produktiviti buruh bagi tahun 2015 menunjukkan peningkatan kepada RM75,538 daripada RM73,091 pada 2014.

Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi tahun 2015 juga menunjukkan peningkatan positif iaitu sebanyak RM43,435 juta daripada RM35,600 juta pada 2014, katanya.

“Dalam menetapkan kadar gaji minimum baharu ini, kerajaan telah meneliti semua syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan mengambil pendekatan ‘balanced approach’ dengan mengambil kira kepentingan pihak majikan dan pekerja termasuk kedudukan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kadar gaji minimum baharu itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 23 Okt 2015.

Riot berkata hebahan mengenai kadar gaji minimum baharu itu telah dibuat menerusi pelbagai saluran oleh kementerian termasuk melalui program libat-urus yang diadakan di seluruh negara sepanjang bulan Jun bagi meningkatkan kesedaran pihak majikan dan kesatuan sekerja berhubung Perintah Gaji Minimum 2016.

Beliau berkata aktiviti penguatkuasaan berhubung pembayaran gaji minimum akan dipergiatkan oleh Jabatan Tenaga Kerja bagi memastikan perintah itu dipatuhi.

“Mana-mana pihak yang tidak mematuhi perintah tersebut, jika disabitkan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan dan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

“Majikan yang melakukan kesalahan berulang boleh dikenakan penalti sehingga RM20,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Riot berkata pelaksanaan gaji minimum baharu meliputi semua majikan termasuk majikan sektor perhotelan dan mereka dikehendaki membayar gaji minimum iaitu gaji pokok (tanpa elemen caj perkhidmatan) tidak kurang daripada RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia atau RM920 sebulan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Katanya majikan berintensifkan buruh disyorkan agar berusaha gigih ke arah mekanisasi dan automasi proses pengeluaran bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing kurang mahir.

“Kerajaan yakin dasar gaji minimum ini akan mampu melonjakkan pendapatan pekerja sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai matlamat Negara Maju Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2016 boleh didapati melalui Urus Setia Majlis Perundingan Gaji Negara di talian 03-88865156 atau e-mel minimumwages@mohr.gov.my atau mana-mana Pejabat Tenaga Kerja berdekatan. – Awani

Tabung Haji lantik Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan, CEO

Datuk Johan Abdullah

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji melantik Datuk Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Julai.

Tabung Haji dalam satu kenyataan pada Khamis berkata Johan menggantikan Tan Sri Ismee Ismail yang menamatkan perkhidmatannya pada akhir bulan Jun selepas berkhidmat lebih sedekad menganggotai lembaga pengarah.

Johan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Morehead State University dan ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Eastern Michigan University.

Sebelum menyertai Tabung Haji sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO pada 15 Januari tahun lepas, beliau berkhidmat sebagai Pengarah urusan dan CEO BIMB Holdings Bhd sejak Mei 2008.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan di Bursa Malaysia Bhd dan memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan korporat, pasaran modal dan kewangan Islam.

http://ift.tt/299RMRY

Caj tersembunyi Astro: Kerajaan akan siasat dakwaan pengadu

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyiasat dakwaan pengadu yang mendakwa dikenakan caj penalti keterlaluan oleh Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) jika mahu menamatkan kontrak langganan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata sebarang tindakan yang dilakukan pihak Astro haruslah terikat dengan syarat-syarat ketika mendapat lesen operasi.

Bagaimanapun, katanya, syarikat televisyen berbayar itu boleh dikenakan tindakan jika benar ia melanggar syarat-syarat lesen, namun tidak menyatakan tindakan yang akan dikenakan. “Kita akan siasat sebarang aduan yang diterima oleh mana-mana pengadu dan kita sentiasa mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan pihak Astro (untuk selesaikan masalah berbangkit),” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran ‘All New Yes 4G LTE Network’ di sini, sebentar tadi.

Semalam, seorang pengadu memuat naik status di laman Facebooknya selepas tidak berpuas hati dengan caj penalti yang dikenakan oleh Astro jika mahu menukar pakej dan menamatkan kontrak bersama penyedia saluran televisyen berbayar itu. “Astro buat hal lagi.

Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro nak tukar pakej. “Nak tukar pakej kena caj penalti RM120, dalam empat tahun lepas RM20 je rasanya. Saya tukar fikiran, nak terminate (tutup) terus.

Lama operator buat saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate (tutup),” katanya. Beliau berkata, caj itu termasuk RM200 untuk penalti; RM88 (bil bulanan) dan RM70 untuk satu bulan notis.

Selanjutnya di : http://ift.tt/296NAov

Selepas 29 Tahun, Ryan Giggs Akhirnya Tinggalkan Man United

SELEPAS 29 tahun, Ryan Giggs akan menamatkan kerjayanya bersama Manchester United.

Lelaki dari Wales ini telah menolak tawaran bagi menggantikan peranan sebagai jurulatih di bawah pengurus baharu Jose Mourinho selepas percaya kelab ini akan meneliti semula perjanjiannya bagi menawarkan peranan yang lebih penting selepas berkhidmat di bawah David Moyes dan Louis van Gaal.

Wakil Giggs kini sedang berunding dengan United berhubung bayaran kontraknya yang telah memasuki tahun akhir, lapor dailymail.co.uk.

Giggs, 42, akan memulakan peranan ringkas sebagai pengulas ITV untuk Euro 2016 pada malam Khamis.

Sepanjang bersama United, Giggs telah mencatatkan rekod 963 penampilan selepas menyertai kelab ini pada hari lahirnya yang ke-14 pada tahun 1987, dan memenangi Liga Juara-Juara sebanyak dua kali, 13 gelaran Liga Perdana Inggeris dan menjuarai Piala FA sebanyak empat kali.

Difahamkan Giggs masih belum bercakap sendiri dengan Mourinho yang telah pun memulakan tugas bersama pasukannya di Carrington pada Isnin, dan percubaan terakhir untuk mengekalkan pemain legenda yang hanya pernah bermain untuk United, sebagai satu-satunya kelab profesionalnya tidak boleh diketepikan.

Tetapi Giggs nampaknya telah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab selepas kecewa dengan cara kelab itu telah dikendalikan sejak kebelakangan ini.

Dia sedar bahawa keputusannya ini akan dilihat sebagai pertaruhan, tetapi orang-orang penting di United dikatakan telah menasihatinya supaya meninggalkan Old Trafford dan meneruskan cita-citanya di tempat lain.

Bekas pemain tengah Wales ini merasakan kelab ini akan meneliti semula perjanjian untuk memberikan jawatan pengurus selepas dia berkhidmat sebagai staf kejurulatihan di bawah David Moyes dan Louis van Gaal.

Apabila United bersetuju untuk membiarkan Mourinho membawa pasukannya sendiri, termasuk orang nombor 2 yang dipercayainya, Rui Faria, Giggs telah ditawarkan peranan yang lebih kecil bertujuan untuk merapatkan jurang di antara skuad senior dan akademi selepas perbincangan dengan Naib Pengerusi Eksekutif Ed Woodward dibuat.

Dia juga telah diberi peluang untuk mencadangkan peranan lain yang boleh dimainkan dalam kelab tetapi diberitahu bahawa peranan utama dalam pasukan tidak lagi menjadi pilihan untuknya.

Giggs telah menghabiskan masanya di Dubai bulan lalu untuk mempertimbangkan tentang masa depannya dan sejak itu telah bertindak memencilkan diri. – mstar

Air Asia Bersikap Sombong?

KUALA LUMPUR – Syarikat Penerbangan Tambang Murah, Air Asia disifatkan sebagai ‘Sombong’ apabila berdegil mahu menukar nama KLIA2 kepada LCCT2.

Pemilik Air Asia Tony Fernadez menunjukkan sifat angkuh beliau dengan membuat kenyataan terbuka berkenaan isu tersebut dan beliau sudah pun menggunakan nama LCCT2 dalam strategi pemasaran mereka.

Menurut laman MYKMU gara-gara tindakan beliau menggunakan nama LCCT2, beberapa penumpang terlempas penerbangan kerana mereka menuju ke LCCT yang lama.

Tindakan Air Asia ini yang melakukan permusuhan terhadap MAHB dikatakan strategi pemasaran mereka yang mahu media membuat liputan terhadap syarikat mereka.

Penukaran nama KLIA2 kepada LCCT pada hakikatnya tidak memberi kesan dalam menarik penumpang namun mereka memilih berdasarkan penawaran lebih baik syarikat penerbangan yang beroperasi dalam laluan dan destinasi yang sama.

Justeru, penukaran nama ini tidak memberikan kesan terhadap penjualan tiket syarikat terbabit.-SuaraTV

Mayat bayi ditemui di masjid bersama nota minta dikebumikan

NOTA yang ditemui bersama mayat bayi lelaki.


MAYAT bayi lelaki yang ditemui ditinggalkan di kawasan Masjid Jamek Baru Gopeng.

GOPENG: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat bersama sekeping nota ditemui di Masjid Jamek Baru Gopeng di sini, jam 10.15 malam tadi.

Mayat bayi itu ditemui atas penapis air dengan dibaluti kain batik dan dimasukkan dalam beg plastik.

Sekeping nota yang ditemui tertulis: “Assalamualaikum, Minta Jasa Masjid Mengebumikan dan Semayang (sembahyangkan) anak saya.”

Pengerusi masjid, Azizuddin Shah, berkata mayat berkenaan ditemui seorang jemaah selepas solat tarawih.

“Mayat bayi itu dibalut dengan kain batik dan ada nota ditinggalkan,” katanya di sini, hari ini.

Azizuddin kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Selanjutnya di : http://ift.tt/29h9XVn

Wednesday, June 29, 2016

5 Anugerah Baharu Diwujudkan – AIM 22

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5 anugerah baru diwujudkan dan akan dipertandingan dalam Anugerah Industri Muzik 22 akan datang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 22, Rosmin Hashim, anugerah baharu ini diwujudkan bagi menghargai sumbangan syarikat-syarikat rakaman yang telah memberi impak terhadap industri muzik tanah air.

“Anugerah-anugerah baru ini diperkenalkan adalah untuk mencerminkan pasaran muzik semasa dan juga untuk mengiktiraf syarikat-syarikat rakaman yang memberi sumbangan yang cukup besar dalam industri muzik tempatan.

“Sebelum ini tiada kategori-kategori yang mengiktiraf syarikat rakaman tetapi mulai tahun ini akan ada 4 kategori yang mengiktiraf sumbangan yang besar kepada syarikt rakaman,” katanya ketika seidang media di Parkroyal Hotel semalam.

5 anugerah baharu yang diwujudkan ialah Lagu Muat Turun Paling Tinggi, Lagu Strim Paling Tinggi, Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di Youtube, Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Paling Tinggi dan Penyanyi Malaysia Terbaik.

19 Kategori lama dikekalkan namun kategori Lagu bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara digugurkan tahun ini bagi memberi tumpuan kepada pengiktirafan kepada artis tempatan.

Dalam pada itu, tempoh Pencalonan dibuka pada 29 Jun sehinggan 29 Julai 2016 tepat jam 5 petang dan borang -borang pencalonan hendaklah diserahkan ke Pejabat persatuan Industri Rakaman Muzik dan borang pencalonan boleh dimuat turun di laman sesawang AIM, www.aim.org.my. -SuaraTV

Lelaki berkahwin dengan telefon pintar

Aaron menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan cinta.


SEORANG paderi dan beberapa tetamu menjadi saksi perkahwinan Chervenak dengan telefon pintarnya.

Las Vegas: Sebahagian penduduk di Amerika Syarikat menganggap telefon pintar keperluan paling penting dalam kehidupan mereka.

Bagaimanapun, seorang lelaki dari Los Angeles melangkah lebih jauh apabila mengambil keputusan berkahwin dengan telefon pintarnya.

Aaron Chervenak sanggup memandu dari Los Angeles ke sebuah gereja kecil di Las Vegas semata-mata mahu menunaikan impian untuk berkahwin dengan telefonnya.

Lebih menarik lagi dia turut menyarungkan cincin pada telefonnya sebagai tanda ikatan cinta.

Gereja yang dikenali sebagai The Little Las Vegas Chapel itu terkenal kerana sering menganjurkan perkahwinan pelik dan tidak masuk akal.

Chervenak berkata, telefon pintar sudah menjadi sebahagian besar kehidupannya dan dia tidak boleh hidup tanpa alat komunikasi berkenaan.

“Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintar,” katanya.

Menurutnya, dia menghubungi pihak gereja itu dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan telefon pintarnya pada bulan lalu.

“Perkahwinan ini adalah satu simbolik bagi menunjukkan bagaimana telefon pintar menjadi semakin dihargai dalam kehidupan kita.

“Saya berharap orang ramai akan bertanya soalan yang sama mengenai diri dan hubungan mereka,” jelasnya.

Tidak ada dinyatakan model telefon pintar tersebut. – Agensi

http://ift.tt/297oxxV

Nombor plat 88888 dibeli RM605,000 bawa malang

KERETA milik Liu dengan nombor plat yang dikatakan boleh membawa tuah.

Beijing: Selepas membeli kereta berharga 30,000 yuan (RM18,100), seorang lelaki membelanjakan 1 juta yuan (RM605,000) untuk memiliki nombor pendaftaran 88888 dengan harapan dia bebas daripada sebarang masalah di jalan raya.

Bagaimanapun, tindakan lelaki yang dikenali sebagai Liu itu memakan dirinya apabila dia ditahan lebih lapan kali oleh polis tempatan.

Portal berita NetEase melaporkan, masalah itu bukan berpunca daripada gaya pemanduan Liu, sebaliknya plat ‘bertuahnya,’ yang polis dakwa adalah palsu.

Di China, ‘8′ dianggap nombor paling bertuah. Ini kerana sebutannya dalam bahasa Mandarin kedengaran seperti ‘kemakmuran’ atau ‘kekayaan,’ begitu juga dengan Kantonis yang kedengaran seperti ‘nasib yang baik.’

Ini bermakna, plat kenderaan yang mempunyai beberapa nombor ‘8′ dianggap simbol status kerana untuk memilikinya memerlukan perbelanjaan yang besar dan kadang kala lebih mahal daripada kereta.

Liu kerap ditahan kerana pihak polis tidak percaya dia yang memandu kereta murah mampu membeli nombor pendaftaran yang mahal itu.

Dan setiap kali dia ditahan, polis dikatakan terkejut apabila memeriksa lesen memandu Liu dan sijil pendaftaran keretanya. – Agensi

http://ift.tt/297oDWg

Peniaga jemur sotong kering atas jalan tar

TINDAKAN seorang peniaga menjemur sotong kering di atas jalan raya tanpa beralas dan berhampiran tong sampah menjadi viral.

Bagan Serai: Seorang peniaga dikesan menjemur sotong kering tanpa menggunakan sebarang alas plastik di atas jalan tar di belakang sebuah pasar awam di sini.

Lebih mengejutkan, kawasan berkenaan berhampiran dengan tong sampah besar sehingga ia menjadi viral di laman sosial sejak Isnin lalu.

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Mohd Fadhil, 24, berkata, peniaga itu tidak mengutamakan kebersihan dan tindakan perlu diambil bagi mengelak sebarang kesan yang tidak baik pada masa akan datang.

Katanya, melihat pada keadaan persekitaran, ia cukup menjijikkan kerana dijemur di atas jalan tar yang tidak dialas dan berhampiran kawasan tong sampah.

“Lokasi jemuran yang terbuka sebenarnya adalah parkir awam dan tidak mustahil ada binatang seperti anjing yang mundar-mandir dan mungkin memijak atau membuang najis di situ seperti kes viral udang kering yang berlaku di Kuala Sepetang, Taiping, satu ketika dulu.

http://ift.tt/291yQBr

Mara Digital Di Shah Alam Beroperasi Lepas Aidilfitri

SHAH ALAM – Kesemua 52 kios di pusat barangan teknologi maklumat Bumiputera, Mara Digital Anggerik Mall di sini dijangka beroperasi sepenuhnya selepas Aidilfitri.

Pengarah Urusan Interlink Impact Holding Sdn. Bhd., Amizar Abu Adam yang menguruskan Mara Digital Mall berkata, sehingga kini, sebanyak 70 peratus peniaga telah memeterai perjanjian perniagaan di situ.

“Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan akan merasmikan Mara Digital Mall bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis ‘Eratkan Jalinan, Semarakkan Syawal’ yang disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari malam tadi.

Mara Digital Anggerik Mall merupakan cawangan kedua selepas pusat pertama dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pada Disember tahun lepas, Ismail Sabri dilaporkan berkata Mara Digital Mall akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara tahun ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan Bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan teknologi maklumat.

Amizar berkata, para peniaga di MARA Digital Anggerik Mall akan menikmati pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan.

Mengenai kelewatan pembukaan pusat itu yang sepatutnya bulan ini, beliau berkata, ia disebabkan Interlink Impact Holding hanya mendapat kelulusan untuk menguruskan pusat itu pada hujung bulan lepas.

“Kita cuba percepatkan segala persiapan. Kita sasarkan untuk menarik kira-kira 60 peratus golongan berusia 40 tahun ke bawah yang menetap di Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya untuk mengunjungi pusat ini.

“Secara tidak langsung kita juga ingin membantu memajukan Anggerik Mall ini yang kurang dikunjungi pelanggan walaupun telah beroperasi selama 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata, Mara Digital Anggerik Mall turut melibatkan penyertaan syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan DiGi serta syarikat pengeluar alat telekomunikasi terkenal iaitu Samsung.

Beberapa aktiviti dan promosi hebat bakal dilaksanakan di Mara Digital Anggerik Mall seperti cabutan bonanza berupa barangan dan produk ICT serta beberapa hadiah misteri yang bakal dimenangi oleh pengunjung dan pembeli bertuah, tambahnya. – BERNAMA

Tiga Jam Mengemis Di Bazar Ramadan Dapat RM500

KUALA TERENGGANU – “Saya dapat RM500 dalam tiga jam duduk mengemis di bazar Ramadan, tetapi semua duit tu saya beri pada ustaz,” akui seorang remaja warga asing ketika ditahan pihak penguat kuasa ketika Ops Pengemis yang dijalankan secara bersepadu di sini, semalam.

Remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Narathiwat, Thailand itu berkata, dia bersama-sama tujuh lagi rakannya dibawa masuk ke negara ini sejak seminggu lalu bagi tujuan mengutip derma untuk pembangunan sebuah madrasah yang dinamakan Sami Ulung di Songkhla, Thailand.

“Hari ini (semalam) baru masuk tujuh hari saya kutip derma, hari ini saya tak sangka pula kena tahan, langsung tak boleh puasa sebab ada orang buat khianat,” luahnya.

Remaja itu ditahan penguat kuasa bersama-sama tabung kutipan derma yang dijaganya di Bazar Ramadan Kuala Ibai dan hasil siasatan mendapati remaja tersebut berjaya memperoleh RM516.40 dalam tempoh tiga jam berada di lokasi itu.

Beliau ditahan bersama-sama dua lagi pengemis seorang berbangsa Rohingya berusia 63 tahun di Bazar Ramadan Shahbandar dengan hasil kutipan diperoleh RM256.50 dan seorang warga tempatan di Bazar Ramadan Seberang Takir dengan hasil kutipan RM50.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Suhaizan Abdullah berkata, remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Peraturan Imigresen kerana kesalahan mengguna pas sempadan.

Sementara itu, wanita warga tempatan berusia 42 tahun itu berkata, ketika ditahan, dia baru tiga hari mengemis di Bazar Ramadan Seberang Takir kerana tidak dapat bekerja sepanjang Ramadan.

“Saya tak dapat kerja sebab kedai makan di Kampung Cina tempat saya bekerja tidak beroperasi selama sebulan pada bulan puasa, jadi untuk tampung keperluan keluarga saya terpaksa mengemis.

“Lagipun suami tiada dan saya menanggung dua lagi anak yang masih bersekolah selain terpaksa bayar sewa bulanan rumah RM180,” katanya.

Ditanya sama ada pernah memohon bantuan dari mana-mana pihak, katanya, dia baru sahaja membuat permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun belum lagi mendapat keputusan sama ada lulus atau tidak.

Dalam pada itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu, Zainal Omar berkata, Ops Pengemis dijalankan bagi membanteras sindiket gunakan pengemis untuk mengaut keuntungan.

Katanya, ia juga bagi membantu masyarakat supaya tidak tertipu dan menyalurkan derma pada saluran betul supaya yang terimanya nanti ialah mereka yang benar-benar perlukan bantuan seperti golongan asnaf dan fakir miskin.

Beliau berkata, Ops Pengemis itu dijalankan serentak di tujuh bazar di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melibatkan seramai 30 anggota penguat kuasa.

“Seramai 30 penguat kuasa dari pelbagai agensi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, JKM, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia,” katanya. – Sinar

Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Dua Pertuduhan Rasuah

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita Phang Li Khoon didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini atas tuduhan rasuah melibatkan urus niaga pembelian tanah dan banglo.

Guan Eng mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid – satu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan.

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan dirinya dan isteri, Betty Chew dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.

Seksyen 23 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Jika sabit kesalahan, Guan Eng boleh dipenjarakan maksimum dua tahun, denda dan rampasan hartanah.

Pasukan Pendakwaan diketuai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh dan Ramkarpal Singh.

Apandi kemudian memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan hakim membenarkan permohonan itu dan menetapkan sebutan kes di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, Li Khoon didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Guan Eng pada 28 Julai 2015 berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

Li Khoon didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kedudukan Guan Eng sebagai rasuah. – FMT

Kes Rasuah Lim Guan Eng Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

GEORGETOWN – Kes Ketua Menteri Lim Guan Eng di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 telah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Beliau sebelum itu tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen di sini, diiringi pegawai SPRM sambil disambut dengan laungan para penyokongnya yang berkumpul sejak jam 8 pagi lagi.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dilihat tenang memasuki mahkamah bagi menghadapi dua pertuduhan.

Beliau yang berpakaian serba hitam dilihat memeluk bapanya, Lim Kit Siang dan bertemu isterinya, Betty Chew sebelum duduk bersama barisan peguamnya.

Setiausaha Agung DAP itu diwakili peguam diketuai Gobind Singh Deo, RSN Rayer dan Ramkarpal Singh.

Pendakwaan akan dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Appandi Ali yang dibantu enam pendakwaraya.

Sementara itu, di luar perkarangan mahkamah, kira-kira 1,000 penyokong DAP dan orang ramai berkumpul bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berdiri di luar pagar Kompleks Mahkamah Pulau Pinang bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Keadaan di kompleks berkenaan masih terkawal dan hanya media serta petugas mahkamah sahaja dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan.

Guan Eng sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon yang dikatakan di bawah harga pasaran.

Beliau dan Betty, pada Mei lepas, memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

Kedua-dua isu pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis itu dibangkitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas. – Awani

Pelepasan Khas Untuk Kakitangan Awam Pada 8 Julai Jika Aidilfitri 6 Julai

PUTRAJAYA – Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

“Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam itu khususnya oleh Cuepacs.

“Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing,” katanya. – mstar

Berjaya naikkan tapah gergasi guna umpan ikan keli

Tanjung Karang: Penduduk Kampung Blok G Sawah Sempadan, di sini, yang suka memasang taut di tebing Sungai Tengi tidak menyangka berjaya menangkap seekor ikan tapah gergasi seberat 60 kilogram.

Arbany Satimin, 59, yang dikenali Sidang Nandong berkata, ikan itu memakan umpan ikan keli yang dipasang rakannya.

“Ini adalah kali pertama kami dapat ikan sebesar ini dan memang kami tidak sangka sebab sebelum ini tangkapan paling besar pun sekitar enam kilogram saja.

“Walaupun kejayaan mendaratkan ikan tapah gergasi ini berlaku kira-kira dua minggu lalu namun ia masih meniti di bibir dalam kalangan penduduk setempat seolah-olah kejadian berkenaan baru berlaku semalam,” katanya.

Albany berkata, sebelum ini sebanyak 60 taut dipasang sepanjang dua malam sebelumnya dan setiap pagi dia memeriksa taut berkenaan.

“Selain dapat ikan tapah gergasi, beberapa spesies ikan sungai lain seperti belida, baung dan ketutu turut menjadi rezeki saya pada hari itu,” katanya.

http://ift.tt/293nrG5

Pemandu wanita mabuk tak sedar mayat melekat pada kereta hingga ke rumah


Pihak berkuasa memeriksa kereta milik Esteysi Sanchez.


Esteysi Sanchez

CALIFORNIA – AMERIKA SYARIKAT. Akibat mabuk, seorang wanita tidak menyedari beliau terlanggar seorang pejalan kaki sehingga maut dan mengheret mayatnya sehingga ke rumahnya.

Laporan CNN mengatakan Esteysi Sanchez, 29 melanggar mangsa, seorang warga emas berusia 69 tahun pada malam Isnin selepas meminum arak.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa maut serta merta dan tersangkut pada cermin hadapan kereta jenis Pontiac yang dipandu Esteysi.

Mayat mangsa disedari oleh teman lelaki Esteysi selepas kereta di parkir.

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan Esteysi berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Esteysi bakal didakwa atas kesalahan memandu ketika mabuk, langgar lari dan membunuh mangsa.

http://ift.tt/29cW8Kf

Polis tahan remaja curi motor tersentuh ibu bapanya hidup daif, hulur bantuan RM4,000

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin (kiri) mengetuai rombongan anggota IPK Kota Setar menyerahkan sumbangan bernilai hampir RM4,000 kepada Amron Burha. – Foto MUHD ADIB


Asa Ahmad, 49, di depan rumah pusaka dihuni bersama suami, Amron Burha, 48, dan dua anaknya. Rumah itu hanya boleh didiami di bahagian bawah manakala bahagian atas sudah reput. – Foto MUHD ADIB


Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin (kiri) menyerahkan bantuan raya kepada Amron Burha, 48, (dua kiri) yang tinggal bersama isteri dan dua anaknya di Kampung Alor Tebuan, Langgar. – Foto MUHD ADIB

Alor Setar: Penahanan seorang juvana kerana mencuri motosikal di rumahnya mungkin membawa hikmah kepada keluarga remaja itu apabila anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menghulurkan sumbangan Aidilfitri selepas tersentuh melihat kedaifan keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pada 10 Jun lalu, anggotanya menahan remaja berusia 17 tahun di rumahnya di Kampung Alor Tebuan kerana mencuri motosikal sebelum tersentuh melihat kedaifan keluarga terbabit.

“Selepas melihat kedaifan mereka, kami mengambil keputusan untuk membantu keluarga ini dengan gotong-royong membersih dan membaiki rumah yang hampir reput serta dikelilingi reban ayam dan burung.

“Kami turut memberi sumbangan makanan dan keperluan asas kepada mereka.

“Kami harap bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka dan meraikan Aidilfitri lebih selesa. Selepas ini, kami akan bantu tiga lagi keluarga yang menghadapi masalah sama,” katanya di Kampung Alor Tebuan di sini, hari ini.

Seramai 30 anggota IPD Kota Setar membersih rumah keluarga itu selain dibantu masyarakat setempat. Semua sumbangan bernilai hampir RM4,000 hasil sumbangan dan kutipan pegawai dan anggota IPD Kota Setar.

Bapa remaja itu, Amron Burha, 48, berkata dia bersama isteri, Asa Ahmad, 49, serta tiga anak lelaki berumur 14 hingga 18 tahun sudah biasa dengan kehidupan serba kekurangan namun keadaan mereka bertambah susah apabila dia tidak dapat bekerja selepas sakit.

“Sebelum ini saya memperoleh RM12 sehari hasil menjual ikan namun sejak enam bulan lalu, saya terlantar di rumah selepas kaki membengkak akibat kencing manis. Kini, dua anak mengambil tugas menyara keluarga dengan mengambil upah membuat bendang dan memotong rumput.

“Anak-anak terpaksa berhenti belajar sejak tahun lalu kerana tidak mampu. Duit yang ada digunakan sepenuhnya untuk membeli makanan dan keperluan keluarga namun ia tidak mencukupi walaupun menerima bantuan bulanan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Amron berkata, sepanjang Ramadan ini, mereka bersahur dan berbuka dengan apa yang ada.

http://ift.tt/293x0Dn

Penunggang Yamaha MT-09 maut rempuh Saga buat pusingan U

SHAH ALAM – Seorang pemuda maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh dengan sebuah kereta sebelum dia tercampak ke atas jalan raya dalam satu kejadian di Persiaran Bandaraya, Seksyen 14 di sini tengahari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.38 tengahari itu, mangsa, Ahmad Shafiq Mohamad, 24, berasal dari Kuala Selangor maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Difahamkan kejadian itu berlaku apabila motosikal jenis Yamaha MT-09 yang ditunggang mangsa dari arah Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghala ke arah Hotel Grand Blue Wave telah melanggar sisi kanan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mangsa gagal mengelak kereta yang secara tiba-tiba telah membelok ke kanan dan cuba membuat pusingan U di lokasi terbabit.

“Akibat perlanggaran tersebut penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.








Artikel Penuh: http://ift.tt/290Bh72

Lim Guan Eng Hadapi Dua Dakwaan Rasuah

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Rabu.

Setiausaha Agung DAP itu telah ditangkap sebaik sahaja beliau keluar dari bilik mesyuarat kira-kira pukul 6.20 petang selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Komtar.

Lima hingga lapan pegawai lelaki berpakaian biasa dilihat mengiringi Lim memasuki lif peribadi dari Aras 28.

Exco negeri, Chow Kon Yeow memberitahu pemberita bahawa Lim akan dibawa ke pejabat SPRM dan beliau akan diberikan waran tangkap berhubung dua pertuduhan.

“Dakwaan adalah mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 165 Akta Pencegahan Rasuah.

“Pertuduhan pertama adalah mengenai kelulusan permohonan Magnificent Emblem untuk menukar tanah pertanian kepada kediaman.

“Tetapi seperti yang kita tahu, ia telah ditolak oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

“Yang kedua adalah berkaitan dengan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran.

“Beliau akan didakwa pagi esok di Mahkamah Sesyen,” kata Chow.

Ditanya sama ada Lim berkata apa-apa kepada anggota exco sebelum dibawa pergi, Chow berkata: “Not much. Just be strong.”

Beliau berkata DAP Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Khamis selepas Lim didakwa di mahkamah.

“Kami percaya beliau akan dibenarkan untuk ikat jamin. Exco negeri juga akan mengadakan mesyuarat tergempar.” – mstar

Lim Guan Eng Ditahan SPRM Dipercayai Berkaitan Pembelian Banglo Kontroversi

GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar tadi.

Guan Eng dibawa sepasukan anggota penguatkuasa SPRM ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki kereta milik kerajaan negeri.

Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika Sidang Dewan Rakyat April lalu.

Selain itu, difahamkan penahanan Guan Eng itu berkemungkinan berkait dengan isu banglo terbabit.

Bagaimanapun, dalam usaha menahan Ahli Parlimen Bagan itu, pihak SPRM telah mengambil tindakan dan bekerjasama dengan pasukan polis yang turut kelihatan di sekitar pekarangan Komtar.

Kehadiran anggota polis itu difahamkan bagi menjaga ketenteraman dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. – Sinar

Lim Guan Eng DiTangkap

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengesahkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Dalam satu tweet, katanya, setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.

Lim dilaporkan sedang dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan akan bermalam di sana sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Georgetown esok.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Pertuduhan pertama berkaitan dengan dakwaan salah menggunakan kuasa dengan menukar status tanah Taman Manggis daripada pertanian kepada komersial, dan dakwaan kedua pula berhubung memperolehi banglo berkenaan di bawah harga pasaran.

Menurut exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menolak permohonan untuk menukar status tanah tersebut.

Laporan media juga mendakwa ahli perniagaan Phang Li Khoon, yang menjual rumah di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta itu juga telah ditangkap.

Sejak petang tadi, beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan.

Penyokong dan pemimpin DAP mula berkumpul di tingkat 28 manakala aktivis PERKASA menunggu di tingkat bawah.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Lim bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama.

Lim telah menafikan sekeras-kerasnya berhubung sebarang salah laku.

Sumber http://ift.tt/297mQ56

Murid Tahun 4 diganggu lelaki pedofil di Facebook

ANTARA rakaman skrin perbualan pedofil dengan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

NILAI: Seorang ibu terkejut apabila anak lelakinya yang berusia 10 tahun menjadi mangsa gangguan seksual oleh pedofilia melalui aplikasi Messenger Facebook ketika berada di rumah di sini, baru-baru ini.

Nurulainey Ab Halim, 29, berkata dia menyedari perkara itu apabila anak sulungnya itu bertanya mengenai permintaan tidak senonoh lelaki terbabit yang membahasakan diri sebagai abang.

“Lelaki itu meminta anak saya menghantar gambar kemaluannya melalui aplikasi itu, selain kerap bertanya banyak soalan yang tidak senonoh ketika mereka berbual melalui aplikasi berkenaan.

“Mujur anak saya bertanya kepada saya mengenai tindakan lelaki itu, selain telefon digunakannya mengalami masalah untuk mengambil gambar.

“Jika tidak, saya tidak tahu apa yang akan dilakukan lelaki itu,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, dia cuba menghubungi lelaki itu melalui aplikasi panggilan FB, namun tidak dijawab sebelum menghantar mesej memarahinya.

Nurulainey kemudian memuat naik paparan skrin perbualan antara lelaki itu dan anaknya di FB sebelum ia menjadi viral dengan harapan menjadi pengajaran kepada ibu bapa supaya sentiasa memeriksa aktiviti anak masing-masing di laman sosial.

Selanjutnya di : http://ift.tt/28ZTLox

Sepupu Shafie Apdal Disebut Pengganti Teraju UMNO Semporna

KUALA LUMPUR – Empat nama besar dalam parlimen Semporna – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Ahli Parlimen Semporna), Datuk Ramlee Marhaban (ADUN Bugaya), Datuk Nasir Sakaran (ADUN Senallang) dan Datuk Jaujan Sambakong (ADUN Sulabayan).

Kesemua empat wakil rakyat ini meneraju kawasan Semporna sejak Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sehingga baru-baru ini Mohd Shafie digantung keahlian oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Jaujan mengumumkan keluar parti sebagai bantahan terhadap pergantungan ahli parlimennya.

Tindakan Jaujan sudah dijangkan ekoran beliau merupakan bekas Setiausaha Politik Shafie.

Jaujan bersama 300 Ketua UMNO Cawangan bermesyuarat dan bertindak mengumumkan untuk keluar UMNO sebagai tanda protes, walaubagaimanapun Nasir dan Ramlee tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Kini, cakap-cakap dalaman Semporna menyebut jawatan Ketua UMNO Semporna bakal diganti dalam kalangan ADUN kawasan tersebut juga iaitu Nasir Sakaran yang merupakan sepupu kepada Mohd Shafie.

Nasir merupakan anak kepada Tun Sakaran Dandai yang merupakan Ketua Menteri Sabah pertama dari parti UMNO serta individu bertanggungjawab membawa masuk parti tersebut ke negeri di bawah bayu itu.

Lantikan Tun Sakaran sebagai Ketua Menteri adalah selepas bekas penyandang jawatan berkenaan, Datuk Seri Pairin Kitingan tewas dalam pilihan raya.

Karier politik Mohd Shafie juga bermula setelah Tun Sakaran membawa masuk Shafie ke dalam UMNO.

Mengikut faktor usia, Shafie lebih veteran berbanding Nasir, namun hierarkinya dalam keluarga suku kaum bajau berdarah Sakaran Dandai menunjukkan Nasir lebih berpengaruh berbanding sepupunya itu.

Dipercayai dari segi wibawa dan setia kepada ketua suku, apabila Nasir bersuara ramai ‘bekas Ketua UMNO Cawangan’ akan kembali semula bersama UMNO sepertimana kesetiaan Nasir memimpin suku kaum Bajau.

Menyifatkan bekas-bekas Ketua UMNO Cawangan mengikut jejak Jaujan sebagai terlalu beremosi, Nasir yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna berpendapat tindakan itu akan memberi kesan jangka panjang.

Beliau juga menafikan 300 ketua UMNO Cawangan meletakkan jawatan dan menjelaskan sekitar 100-200 sahaja bertindak sedemikian.

Katanya, sehingga kini tiada surat atau notis dari UMNO menggesa beliau memangku jawatan Ketua Bahagian setelah Mohd Shafie digantung tugas. – Malaysian Digest

Pendatang Yahudi, Tentera Israel Serbu Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Tentera Israel menyerbu Masjid al Aqsa masuk hari ketiga, hari ini dan bertempur dengan penduduk Palestin yang mendakwa pihak berkuasa Israel mencabul perjanjian tidak bertulis berhubung akses ke kawasan masjid itu semasa bulan Ramadan.

Portal Press TV melaporkan, serbuan tentera Israel itu berlaku ketika umat Islam sedang menunaikan solat Subuh di masjid ketiga paling suci oleh umat Islam dan juga dituntut oleh penganut Yahudi.

Keganasan berlaku apabila tentera Israel menyerang penduduk Palestin dan melepaskan tembakan peluru getah serta bom tangan pegun ke arah kumpulan penduduk Palestin.

Bagaimanapun, masih tiada maklumat berhubung jumlah mangsa yang cedera.

Keganasan itu berlaku sehari selepas Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani berkata, sekurang-kurangnya 35 orang penduduk Palestin cedera apabila hampir 250 tentera Israel mengiringi sekumpulan pendatang haram Yahudi menyerbu masjid itu sebelum bertempur dengan penduduk Palestin.

Menurutnya, tentera Israel memukul penduduk Palestin yang sedang beribadat dengan kayu baton, menutup pintu Gereja al-Qibli dan melepaskan tembakan peluru getah serta gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin yang membantah tindakan penduduk Yahudi mencemar kesucian masjid tersebut.

Berpuluh-puluh anggota pasukan keselamatan Israel dilapor mengepung perkarangan masjid dan memantau pergerakan masuk dan keluar penduduk Palestin ke Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis Timur.

Penduduk Palestin berang dengan peningkatan keganasan oleh pendatang haram Yahudi di perkarangan Masjid al-Aqsa dan mendakwa Tel Aviv cuba mengubah status quo tanah suci berkenaan.

Hampir 220 penduduk Palestin terbunuh di tangan tentera Israel sejak keganasan meletus Oktober lalu.

Ekoran keganasan itu, pihak berkuasa Israel mengumumkan penutupan perkarangan Masjid al-Aqsa kepada pengunjung bukan Islam akhir Ramadan minggu depan. – AGENSI

Tuesday, June 28, 2016

Malaysia Kutuk Serangan Pengganas Di Istanbul – Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang berlaku di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, yang meragut 36 nyawa dan mencederakan 147 orang.

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan serta rakyat Turki dan keluarga serta mangsa yang terbabit dalam serangan itu.

“Malaysia menganggap tindakan keganasan ini tidak berperikemanusiaan dan berharap pihak bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

“Setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian ini,” kata kenyataan dikeluarkan Wisma Putra di sini, hari ini.

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi ini.

Kementerian ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau melawat Turki supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau suasana sekeliling serta mematuhi nasihat dikeluarkan Kerajaan Turki.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara atau Wisma Putra.

Kedutaan Besar Malaysia terletak di Ankara 58, Mahatma Gandhi CaddesiGaziosmanpasa Cankaya 06700 Ankara.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian telefon +(90)312-4463547; +(90)312-4463548 atau melalui faksimili +(90)312-4464130.

Orang ramai juga boleh menghubungi menerusi e-mel di mwankara@kln.gov.my embassymalaysia.ankara@gmail.com, selain maklumat lanjut di Facebook Kedutaan Malaysia di Ankara.

Maklumat juga boleh diperoleh melalui Wisma Putra (Konsular) di 03-88874530/4047.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengutuk kejadian itu dan mendoakan mangsa yang terkorban. – BH

Lelaki dicekup curi buah limau nipis

Guni limau dan kereta yang dirampas ekoran penahanan suspek.

KUANTAN – Seorang lelaki diberkas kerana disyaki cuba mencuri buah limau nipis dalam sebuah kebun di Kilometer 18, Jalan Kuantan-Pekan di sini, pagi kelmarin.

Lelaki berusia 35 tahun itu berjaya diberkas orang awam yang kebetulan melihat kelibat suspek yang menggunakan kereta jenis Proton Wira cuba mengambil seguni buah limau nipis sebelum menghubungi polis untuk tindakan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, susulan maklumat, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ke lokasi kira-kira jam 9.15 pagi dan melakukan tangkapan semula ke atas suspek sebelum dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

“Hasil semakan rekod mendapati suspek masih dikehendaki berkait kes dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil ujian air kencing mendapati dia juga positif dadah jenis amphetamine.

http://ift.tt/2949qoV

(5 Gambar) Lelaki Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Parah Terkena 5 Das Tembakan

Kuala Lumpur: Seorang Eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas ditembak di Lebuhraya Sungai Besi, Seremban-Kuala Lumpur, di sini, kira-kira 8.40 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mangsa lelaki berusia 40 tahun telah terkena 5 das tembakan ketika sedang memandu kereta untuk ke tempat kerjanya di Damansara, sebelum didatangi suspek menaiki sebuah motosikal dan melepaskan enam tembakan.

“Akibat daripada tembakan itu dua terkena pada tangan kanan mangsa, dua di leher dan satu di dada,” katanya.

Menurut Datuk Amar, motif kejadian masih lagi dalam siasatan di mana polis akan mengambil keterangan mangsa sebaik dia berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan lelaki itu kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. –

Wayne Rooney Malu England Tersingkir Euro 2016

NICE – Ketua pasukan England, Wayne Rooney berkata dia malu kerana pasukannya tersingkir daripada Euro 2016 setelah tewas 1-2 kepada pendatang baharu Iceland dalam peringkat 16 terakhir.

Rooney menjaringkan gol pembukaan perlawanan selepas menyempurnakan penalti pada minit keempat namun Ragnar Sigurdsson menyamakan kedudukan selang dua minit kemudian sebelum Kolbeinn Sightorsson meledak gol kemenangan.

Kekalahan tersebut turut memaksa pengendali England, Roy Hodgson meletakkan jawatan.

Kapten Manchester United, Rooney mengeluh apabila pasukannya kurang kreativiti dan berkata dia memahami kekecewaan yang dihadapi oleh penyokong.

“Peminat sentiasa memberikan yang terbaik, mereka menyokong kami dengan hebat dan kami berterima kasih untuk itu.

“Sebagai pemain saya faham kalau mereka rasa kecewa, marah dan sedih selepas apa yang berlaku malam ini. Kami tidak cukup bagus dan adalah sangat memalukan tersingkir daripada kejohanan ini.

“Iceland bertahan dengan baik, mereka tersusun membuatkan kami berada dalam kesukaran. Seperti yang saya katakan kami sukar untuk memecahkan benteng mereka bagi mendapatkan ruang.

Meskipun ketinggalan pada babak pertama, Rooney mendedahkan bahawa sebelum bermulanya aksi separuh masa kedua dia tetap yakin England mampu mencipta kemenangan.

“Kami sedih dan kecewa. Selepas bermula dengan baik kami kecewa apabila ketinggalan 2-1 pada babak pertama serta cara gawang kami dibolosi.

“Kami tahu mereka bahaya apabila melakukan balingan jauh ke dalam padang. Kami tidak bertahan dengan baik untuk (dibolosi) gol kedua. Kami yakin pada babak kedua kami boleh menang. Kami terus mengasak namun tiada kualiti dihasilkan.

“Kami tidak boleh melupakan dia (Hodgson) membawa masuk ramai pemain muda dan saya fikir England mempunyai masa depan yang cerah. Malangnya nasib tidak menyebelahi kami dalam kejohanan kali ini,” katanya lagi. – AGENSI

Eksekutif parah dibedil lima das

Kuala Lumpur: Eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas terkena lima tembakan di Lebuhraya Sungai Besi, Seremban-Kuala Lumpur, di sini, 8.40 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mangsa lelaki berusia 40 tahun dikatakan memandu ke tempat kerjanya di Damansara, Selangor, sebelun didatangi suspek menaiki sebuah motosikal dan melepaskan enam tembakan.

“Akibat daripada tembakan itu dua terkena pada tangan kanan mangsa, dua di leher dan satu di dada,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau memberitahu, motif kejadian masih lagi disiasat dan polis akan mengambil keterangan mangsa sebaik dia berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan lelaki itu kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://ift.tt/296r0dk