SHAH ALAM: Lima pasar tani di negeri ini membabitkan 500 hingga 700 penjual akan beroperasi selama empat hari menjelang Aidilfitri minggu depan bagi melancarkan lagi persiapan umat Islam menyambut Syawal Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor, Abdul Ghariff Ramin, berkata pasar tani terbabit ialah dua di Klang iaitu di bandar Klang dan Andalas, Taman Melawati, Seksyen 17 di Shah Alam dan Kelana Jaya Katanya, semua pasar tani berkenaan akan beroperasi bermula hari Sabtu hingga Selasa ini bagi memudahkan orang awam mendapatkan bahan mentah sempena Aidilfitri “Semua pasar tani ini dibuka atas permintaan orang awam yang mahu FAMA menyediakan tempat bagi memudahkan mereka mendapatkan barangan memasak sebagai persediaan menjelang Aidilfitri “Harga yang ditetapkan pasar tani ini lebih murah berbanding harga pasar raya dan ini faktor yang menyebabkan orang awam meminta FAMA membuka pasar tani ini,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa FAMA di sini, malam tadi Abdul Ghariff berkata, barangan yang akan dijual termasuk daging lembu, ayam, bawang, kentang dan kelapa Katanya, semua pasar tani terbabit akan beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari “FAMA juga akan membuat gimik pelancaran pada Sabtu ini di Pasar Tani Kelana Jaya dengan menjual daging ayam pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran,” katanya |
Monday, June 27, 2016
FAMA buka 5 pasar tani sempena Aidilfitri
Quote: