Tuesday, June 28, 2016

Myanmar negara paling teruk pertahan isu pemerdagangan manusia

Quote:

WASHINGTON: Amerika Syarikat memutuskan menyenaraikan Myanmar sebagai negara paling teruk mempertahankan isu pemerdagangan manusia di dunia, kata pihak berkuasa, hari ini

Satu langkah yang dilihat bertujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan baharu negara itu yang dipilih secara demokrasi, ditambah tentera dilihat masih berkemampuan untuk meneruskan menggunakan kanak-kanak sebagai tentera mahupun buruh paksa

Susulan itu Myanmar menegur tindakan Amerika yang berusaha mengheret negara itu ke mahkamah di sebalik kemampuan negara itu membantu membendung kebangkitan China di wilayah selatan Asia Tenggara

Langkah menurunkan kedudukan Myanmar adalah sebahagian daripada langkah yang diambil Jabatan Negara dalam memantau aktiviti Pemerdagangan yang bakal dilaporkan pada Khamis

Ia juga adalah mesej jelas berhubung keprihatinan Amerika Syarikat dalam usaha penghapusan etnik Rohingya Islam di negara yang majoriti penduduknya Buddha itu

Pemimpin ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi turut dikritik hebat kerana tidak mempedulikan isu Rohingya sejak partinya mengambil alih pentadbiran negara terbabit