Tuesday, June 28, 2016

Pelajar Jepun dirakam baca buku, tiada seorang pun pegang telefon bimbit


Tiada seorang pun pelajar dari Jepun ini menggunakan telefon bimbit ketika di balai berlepas.

CHIANG MAI – THAILAND. Kehidupan manusia dengan telefon bimbit kini seperti tidak boleh dipisahkan. Ke mana saja kita pergi, alat komunikasi itu tetap dibawa pergi ibarat nyawa kedua kita.

Tidak kiralah ketika menunggu kawan, makan mahupun sebelum tidur, telefon bimbit adalah alat yang kita inginkan.

Tetapi bagi sekumpulan pelajar Jepun, kecanggihan telefon bimbit yang mengandungi pelbagai informasi dan permainan itu tidak sedikit pun digemari mereka.

Sebaliknya, mereka lebih gembar membaca buku untuk mengisi masa lapang daripada melayari telefon bimbit.

Buktinya, seorang netizen, “Pawana Suriyaprucksh” ketika di Lapangan Terbang Chiang Mai, Thailand berjaya merakamkan sekumpulan pelajar Jepun dengan masing-masing khusyuk membaca buku ketika menunggu kapal terbang di balai berlepas.

Apa yang menghairankannya ialah tidak ada seorang pun daripada mereka dilihat ‘bermain telefon bimbit’ seperti apa yang biasa dilakukan oleh ramai orang ketika di balai berlepas.

Gambar tersebut dimuat naik ke dalam Facebooknya dan mengharapkan pelajar dan rakyat Thailand boleh mencontohi pelajar-pelajar Jepun ini agar menjadi manusia yang suka membaca.

http://ift.tt/2999WFz