Tuesday, June 28, 2016

Pelajar patah tulang belakang akibat dipukul

Quote:

ALOR SETAR: Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, akibat patah tulang belakang, selepas mendakwa ditendang pelajar lain di sekolahnya di Jitra, dekat sini, semalam

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika mangsa dalam perjalanan ke makmal sekolah, sebelum tiba-tiba dikerumuni sekumpulan pelajar yang tidak puas hati kononnya mangsa mengadu kepada guru mengenai kesalahan disiplin dilakukan salah seorang daripada mereka

Mangsa dikatakan ditumbuk dua kali pada muka oleh seorang pelajar Tingkatan Satu, sebelum ditendang pada perut dan terjatuh, menyebabkan belakangnya terhantuk pada bucu rak kasut

Mangsa yang ditinggalkan selepas kehadiran guru, kemudian dihantar ke Hospital Jitra sebelum dirujuk ke HSB, di sini malam tadi dan disahkan tulang belakangnya patah

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Hadi Hassan, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan