GURUN: Sekurang-kurangnya enam notis dengan 46 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan sempena Ops Bersepadu membabitkan pelbagai agensi yang dijalankan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) arah selatan, di sini, malam tadi Enam kompaun terbabit dikeluarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) susulan 71 pemeriksaan dilakukan, manakala 14 tindakan saman atas pelbagai kesalahan oleh polis trafik dan 32 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain, ketika ditemui selepas meninjau operasi berkenaan malam tadi Selain JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), operasi hampir tiga jam diterajui SPAD bermula 9.30 malam itu turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan PLUS Mengulas lanjut, Tajul Urus berkata, dalam operasi itu juga, pihak AADK melakukan ujian air kencing ke atas empat penunggang motosikal secara rawak, dengan seorang daripadanya dikesan positif dadah “Selain positif dadah jenis syabu, pemeriksaan turut menemui air ketum diisi dalam botol minuman berkarbonat bersaiz 500 mililiter (ml) dalam milikan lelaki berusia 21 tahun dari Changlun itu “Lelaki terbabit kemudian dibawa ke pejabat AADK untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya |
Monday, June 27, 2016
Ops Bersepadu kesan kesalahan pengguna jalan raya
Quote: