Tuesday, June 28, 2016

Syarat sekolah mesra OKU di setiap sekolah baharu

Quote:

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan menetapkan syarat setiap sekolah baharu yang dibina di seluruh negara perlu memenuhi keperluan golongan orang kelainan upaya (OKU)

Timbalan Menterinya, Datuk P Kamalanathan, berkata syarat itu selaras dengan usaha kementerian ke arah memastikan setiap sekolah di negara ini mesra OKU

Beliau berkata, keperluan untuk OKU perlu diberi perhatian supaya golongan itu dapat belajar dengan selesa

“Pada masa yang sama, kita juga akan berusaha menaik taraf sekolah sedia ada dengan menambah kemudahan untuk OKU

“Bagaimanapun, ia tertakluk pada permohonan sekolah dan peruntukan kementerian,” katanya kepada pemberita pada Program Iftar Jamaie dan Majlis Kesyukuran Hari Guru Peringkat Kebangsaan, di sini, sebentar tadi

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Maimunah Suhaibul

Majlis itu bertujuan menghargai pembabitan pelbagai pihak khususnya guru di Sabah berikutan kejayaan menganjurkan sambutan Hari Guru Kebangsaan 2016 pada 16 Mei lalu

Kamalanathan berkata, kementerian turut memberikan perhatian berterusan pafa usaha meningkatkan keperluan infrastruktur sekolah di Sabah dan Sarawak selaras dengan dasar kerajaan memastikan rakyat di kedua-dua negeri menikmati pendidikan berkualiti