KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengingatkan majikan untuk memastikan semua pekerja bergaji RM4,000 dan ke atas sebulan didaftar dan dicarum dengan pertubuhan itu, sebelum 15 Julai ini Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohamed, berkata kegagalan berbuat demikian selepas tarikh itu boleh menyebabkan majikan dikompaun maksimum sehingga RM4,000 Katanya, peraturan baharu ini adalah susulan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) pada 25 Mei lalu yang kemudian diwartakan pada 1 Jun “Selepas tarikh itu, PERKESO akan menggerakkan usaha besar-besaran untuk mengesan majikan yang masih gagal berbuat demikian “Jika kes mereka dibawa ke mahkamah dan didapati bersalah, majikan boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa PERKESO, di sini, hari ini Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman dan Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Abu Huraira Abu Yazib Pada majlis itu PERKESO turut menyerahkan sumbangan hamper dan wang kepada 40 ibu tunggal serta 40 anak yatim dari Selangor dan Kuala Lumpur Mohammed Azman berkata, pindaan akta itu bakal meningkatkan kos operasi majikan kerana membabitkan caruman tambahan kepada pekerja yang sebelum ini tidak layak dilindungi Namun begitu katanya, caruman itu hanya membabitkan penambahan kecil sahaja kerana caruman hanya diwajibkan pada paras siling RM4,000 daripada gaji bulanan pekerja “Yang penting ia amat memberi makna kepada pekerja tanpa mengira status jawatan dan gaji walaupun mereka berpendapatan mencecah RM10,000 kerana had siling gaji yang diinsuranskan ialah pada tahap RM4,000,” katanya |
Tuesday, June 28, 2016
Kompaun maksimum majikan gagal carum pekerja – PERKESO
Quote: