Tuesday, June 28, 2016

Ulama Pakistan keluar fatwa halalkan nikah dengan pondan

Transgender Sunny (kiri) and Maria berborak di hadapan rumah mereka di Peshawar, 27 Jun 2016. — Foto Reuters

LAHORE, 28 Jun — Kira-kira 50 ulama daripada kumpulan Tanzeem Ittehad-i-Ummat di Pakistan mengeluarkan fatwa minggu lepas menghalalkan perkahwinan bersama transgender.

Fatwa tersebut yang dikeluarkan pada Ahad menjelaskan transgender yang memiliki “tanda jelas seorang lelaki” boleh bernikah dengan seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya.

Bagaimanapun, fatwa itu melarang transgender yang mempunyai “tanda jelas kedua-dua jantina” untuk berkahwin.

Fatwa itu juga menyebut merampas harta pusaka golongan transgender tidak sah dan ibu bapa yang menghalang anak transgender mereka daripada mendapat harta pusaka “mengundang kemurkaan Allah”.

Ulama berkenaan juga menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang ingkar terhadap fatwa tersebut.

Fatwa itu menyentuh sikap masyarakat terhadap transgender, lalu meletakkan hukum haram kepada perbuatan “memalukan, menghina dan menyindir” golongan itu.

Akhirnya, fatwa itu menyentuh mengenai pengebumian transgender yang harus dilakukan sama seperti lelaki dan perempuan Islam lain.

Antara ulama yang mengeluarkan fatwa itu ialah Imran Hanfi, Pir Karamat Ali, Abu Bakr Awan, Masoodur Rehman, Tahir Tabassum Qadri, Khalil Yousafi, Gul Ateequi, Gulzar Naeemi, Intikhab Noori, Abdul Sattar Saeedi dan Khizarul Islam.

Pada tahun 2012, Mahkamah Agung Pakistan mengisytiharkan hak sama rata untuk warga transgender, termasuklah hak untuk memiliki harta dan hartanah, dan hak untuk mengundi.

Namun, mengikut undang-undang perkahwinan, pasangan sejenis tidak dibenarkan bernikah, malah golongan lelaki homoseks akan didakwa dibawah undang-undang anti-liwat.

http://ift.tt/291cYbF