Tuesday, June 28, 2016

4 disyaki buat tuntutan palsu RM700,000 ditahan

Quote:

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan seorang pengurus dan tiga pegawai Jabatan Muzium Malaysia, di sini, semalam berhubung tuntutan palsu bernilai kira-kira RM700,000 bagi tempoh 2013 hingga tahun lalu

Empat suspek masing-masing tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari di sekitar negeri ini

Sumber berkata, siasatan mendapati keempat-empat individu berkenaan mengemukakan dokumen palsu melalui beberapa pesanan kerajaan kepada Jabatan Muzium di Perak, Negeri Sembilan dan Melaka

“Suspek didapati mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu. Bagaimanapun, kerja-kerja yang dimaksudkan itu tidak dilaksana dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya di sini, hari ini

Beliau berkata, semua suspek dilepaskan dengan ikat jamin SPRM pada lewat petang hari sama

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun,” katanya

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut