JOHOR BAHRU: SWM Environment Sdn Bhd (SWM) akan melakukan operasi khas pada 2 hingga 5 Julai ini, berikutan kadar pembuangan sisa pepejal dijangka meningkat 20 peratus menjelang sambutan Aidilfitri Pengurus Besar Kumpulannya, Adnan Ibrahim, berkata operasi khas itu dilaksanakan menerusi penjadualan perkhidmatan mengutip sampah yang dianjak sehari lebih awal Katanya, SWM melakukan kerja pengutipan sisa pepejal setiap hari kecuali pada Sabtu “Penganjakan jadual perkhidmatan ini bagi menampung keperluan kawasan perkhidmatan serta memperhalusi kemampuan tenaga kerja SWM yang kira-kira 80 peratus daripada mereka tidak bertugas bagi tempoh berkenaan,” katanya Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai strategi operasi kutipan sisa pepejal SWM pada Aidilfitri dan majlis berbuka bersama media, di sini malam tadi Adnan berkata, melalui operasi itu tumpuan adalah di kawasan kepadatan penduduk beragama Islam yang tinggi di seluruh Johor Katanya, di Johor Bahru misalnya tumpuan perkhidmatan SWM adalah seperti di Kampung Melayu, Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, Kampung Bendahara dan Bandar Baru Uda “Berdasarkan rekod, purata kutipan sisa pepejal yang diuruskan oleh SWM ialah sebanyak 3,200 tan sehari dan angka itu dijangka meningkat 20 peratus atau bertambah 600 tan ketika musim perayaan,” katanya Adnan berkata, SWM sebagai pemegang konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa bersiap sedia menguruskan operasinya sempena Aidilfitri “SWM berharap operasi itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna dengan mengamalkan pengurangan sisa pepejal, kitar semula dan pengasingan di punca,” katanya Katanya, pengguna perlu memanfaatkan perkhidmatan berjadual disediakan iaitu dua kali seminggu bagi kutipan sisa pepejal, manakala sekali seminggu bagi kutipan sisa pukal, kebun dan kitar semula |
Monday, June 27, 2016
SWM lancar operasi khas kutip sampah Aidilfitri
Quote: