Monday, October 31, 2016

Ramona ZamZam Dikecam, Enggan Padam Foto Belai Anjing

Gara-gara membelai anjing, pelakon Ramona Zamzam yang memuat naik gambar di Instagram miliknya minggu lalu menerima kecaman daripada netizen.

Bagaimanapun, Ramona masih enggan memadam gambar tersebut di Instagram kerana menganggap perbuatan itu tidak salah.

“Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut, tetapi saya tidak akan berbuat demikian dan pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering,” katanya, petik sebuah portal.

Model yang berasal dari Ipoh, Perak itu meminta peminat agar tidak salah faham dengan tindakannya yang disifatkan tidak sensitif terhadap agama dan masyarakat tempatan.

Malah, suaminya turut terkejut dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu dan turut memberitahu, jika di luar negara termasuk di timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing.