Saturday, October 29, 2016

Selepas cipta rekod Malaysia, 1,500 mangkuk laksa dibuang begitu saja

Datuk Sim Kui Hian (dua, kanan) menggaul laksa Sarawak dalam ‘mangkuk’ besar bersama Chef Wan (tiga, kanan) untuk rekod Malaysia Book of Records, 28 Oktober 2016. ― Foto ihsan Facebook/Sim Kui Hian

KUALA LUMPUR, 29 Okt ― Sebanyak 1,500 mangkuk laksa Sarawak, yang mencipta rekod negara semalam, terpaksa dibuang kerana “tidak sihat,” kata penganjur.

Debra Sim berkata isi kandungan makanan yang ditempah untuk acara “laksa Sarawak terbesar” di Plaza Merdeka, Kuching tidak sesuai dimakan.

“Ia akan dibuang kerana tidak sihat untuk dimakan,” katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

Direkodkan dalam Malaysia Book of Records, juadah tersebut yang dimasukkan dalam mangkuk sedalam 1.3 meter mengandungi bahan asas hidangan popular itu.

Ia mengandungi 100kg rencah laksa Sarawak, 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam.

Laksa Sarawak terbesar mengambil masa 18 jam untuk disediakan oleh 15 tukang masak.


http://ift.tt/2dXWYaA

***********

Chef Wan: Saya tidak tahu 1,500 mangkuk laksa Sarawak dibuang

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail, yang turut “menggaul” laksa Sarawak terbesar yang dibazirkan, menafikan terlibat langsung dengan hidangan tersebut.

Setelah 1,500 hidangan masakan popular itu dibuang, tukang masak itu yang popular dipanggil Chef Wan berkata beliau tidak tahu-menahu bahawa ia akan dibazirkan.

“Saya tidak memasak laksa itu dan saya tidak juga tahu apa-apa mereka [penganjur] tidak memberi kepada orang lain sehingga pagi ini,” jelasnya di laman Instagram hari ini selepas dipertikaikan peminatnya.

Semangkuk besar laksa Sarawak, yang mencipta rekod negara dalam Malaysia Book of Records semalam, dibuang kerana “tidak sihat” untuk dimakan, kata penganjur seperti dilapor The Borneo Post.

Juadah dalam mangkuk gergasi sedalam 1.3 meter yang mengandungi 100kg perencah laksa, 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam disediakan oleh 15 tukang masak selama 18 jam.

Berita muka depan akhbar itu “A wasteful record-breaking feast” mengundang kemarahan ramai sejak ia tersebar.

Menjawab sikap orang ramai itu, Chef Wan menjelaskan beliau asalnya tidak terlibat langsung dengan acara mencipta rekod tersebut tetapi diundang saat akhir kerana kebetulan berada di Plaza Merdeka, Kuching.

Tambahnya, beliau berada di sana untuk demonstrasi memasak dan merasmikan dewan makan baru pusat beli-belah itu hari ini bersama Toh Puan Ragad Kurdi Taib, isteri yang dipertua Sarawak.

Namun, sewaktu tiba di sana dua hari lepas, Chef Wan diundang menyertai majlis perasmian hidangan laksa Sarawak terbesar dan tidak pula menolaknya.

“Dengan bersahaja, saya kata ‘ya’ [apabila dipelawa]. Saya juga teruja untuk mengetahui sebesar apa mangkuk tersebut dan rekod yang mesti dicapai untuk dimasukkan dalam Book of Records,” katanya lagi.

Berdepan dengan reaksi negatif di media sosial, cef itu menyeru kepada orang ramai agar tidak terus-menerus menyalahkan beliau atas acara tersebut kerana ia “bukan dalam kawalannya”.

“Jadi kepada sebilangan orang, hentilah salahkan [saya] dan bertanya macam-macam tanpa henti. Kenapa begitu, kenapa begini… kutuk dan marah saya macam-macam?” coretnya panjang lebar di Instagram.

Quote:

Instagram Chef Wan

Morning..betul kata orang tua2 tak di telan mati bapak jika di telan mati emak! Indeed very difficult for me to comment on this. However it did cross my mind on this issue yesterday. I will be lying not to say no kan. Lets be clear about this as i know so many have asked me about this on my instigram semlm.

1st thing i was invited Only to join the launch of Plaza Merdeka new food hall together with Toh Puan Ragab today at 11am and perform my cookery demo. Hari saya tiba ke Kuching 2 nites ago pihak Plaza Merdeka asked me “CW we are officiating this attempt to break the Malaysia book of Records to have made the biggest bowl of Sarawak Laksa record.

Since this is part of our Plaza Merdeka celebration and CW is also here for the foodhall launch do u mind to join us esok? Naturally i said YES kan.I was excited to know also how big is this bowl and the record that they must achieve to be in the Book of Records.

I didnt cook the Laksa neither i am aware they are not feeding them to others until i was there pagi tu. After the launch the Minister was swarmed by the press and was asked about the subsidi of cooking oil.

I didnt hear what he said as i was swarmed by fans tak habis ambil gambar and abit bising dan kecoh suasana pun. Later some press asked me about this sugar subsidi apa pandangan saya? Saya rasa la saya tak kata apa kerajaan buat itu saya setuju!

Tapi saya kata lets also look at the positive side that consumers can also look at other healthy avenue of preparing food at home. We can try to grill, baked and Roast or steam our food instead of habits of deep frying and stir frying which always uses more oil.

Now correct me if i am wrong. As a professional Chef being asked such question is my answer not correct to suggest that alternative? Why some have blame me as though i totally agreed with the government decision? 1st thing i have no control if the government had to make that decision and for what reason.

If the media wants to put big headline about minyak nak naik or Pembaziran Laksa Sarawak itu pun i have no control or say. So to some Stop putting the blame and asked me non stop all this questions Why this..why that…kutuk dan marah saya macam2 Out there?


http://ift.tt/2fqGo8x