Wednesday, July 20, 2016

Kanak-kanak disleksia hilang ketika keluar bermain

Quote:

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain, petang semalam

Preity Nur Athilia Firza Abdullah atau nama panggilannya Nonet, disedari hilang kira-kira jam 4.30 petang selepas lebih setengah sejam keluar bermain di hadapan kawasan rumahnya di Kampung Melayu Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini

Saudara mangsa, Fadhirul Anuar Salleh, 31, berkata kehilangan Nonet disedari bapanya, Salleh Abdullah, 70, kira-kira jam 4.30 petang selepas tidak nampak kelibat kanak-kanak itu bermain di hadapan rumah

“Bapa saya beberapa kali memanggil namanya namun tiada sahutan sebelum cuba mencari Nonet di kawasan sekitar namun gagal menemuinya

“Hampir semalaman saya dan bapa bersama ahli keluarga lain serta beberapa rakan cuba mencarinya namun masih gagal, maka kami ambil keputusan untuk buat laporan polis pagi tadi,” katanya ketika dihubungi BH, tadi

Beliau berkata, susulan itu dia bersama bapanya membuat satu laporan polis di Balai Polis Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 pagi tadi

“Kami sekeluarga terutamanya ibu amat sedih dan risau akan keselamatannya. Ibu saya menjaga Nonet sejak dia masih bayi dan dia juga seorang kanak-kanak istimewa serta kelainan upaya (OKU) kerana disahkan mengidap disleksia

“Kepada orang ramai yang ada ternampak Nonet atau mempunyai maklumat mengenainya dapat membantu kami sekeluarga dengan menyalurkan maklumat. Saya juga risaukan kesihatan ibu dan bapa saya kerana kedua-duanya sudah berusia,” kata Fadhirul

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengannya menerusi talian 017-6716671 atau bapanya di talian 016-2043644 atau mana-mana balai polis berhampiran