Wednesday, July 20, 2016

Warga Emas Pedofilia Dijel 5 Tahun

Quote:

Johor Bahru: Seorang pedofilia warga emas berusia 68 tahun dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku salah terhadap enam pertuduhan mencabul dan melakukan kelucahan melampau terhadap empat kanak-kanak perempuan pada Mei lalu

Hakim Kamaruddin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Omar Yahaya dan memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tangkapan 18 Mei lalu

Berdasarkan empat pertuduhan, tertuduh yang beralamat di Flat Kempas Permai, di sini, didakwa mencabul semua mangsa berusia 8, 9 dan 11 tahun dengan menggunakan kekerasan jenayah

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Blok C, Sri Tanjung, Jalan Denai, Kempas Permai pada jam 8 malam pada 15 Mei lalu

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sepuluh tahun atau dengan denda atau dengan sebat

Tertuduh turut berdepan dua pertuduhan lain melakukan kelucahan melampau terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia 8 dan 9 tahun dengan memaksa mangsa memegang kemaluannya

Dia yang didakwa mengakibatkan mangsa mengalami trauma melakukan perbuatan itu di pada masa, tarikh dan tempat sama

Kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Taufik Saberi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam