Tuesday, July 19, 2016

Kamera hilang 3 tahun dalam laut ditemui



ANTARA gambar yang terdapat di dalam kamera milik Adele Devonshire yang hilang tiga tahun lalu. AGENSI

LONDON 19 Julai – Sebuah kamera kepunyaan seorang wanita yang hilang di Laut Utara tiga tahun lalu akhirnya ‘ditemukan’ kembali dengan pemiliknya baru-baru ini.

Menurut laporan portal mirror.co.uk, kamera model Fuji kepunyaan seorang konsultan alam sekitar, Adele Devonshire dikatakan hilang ketika wanita terbabit me-lakukan aktiviti menyelam di Sweden pada 2013.

Kamera itu ditemukan di sebuah pulau terpencil, Gullholmen, Sweden oleh seorang penduduk, Lars Mossberg yang kemudiannya menjalankan kempen mencari pemilik barang berkenaan menerusi platform Lost At Sea di dalam Facebook.

“Kami menemukan sebuah kamera di dalam bekas kalis air. Barang ini berkemungkinan telah hanyut sejauh 854 kilometer.

“Dalam kamera ini, kami mendapati terdapat gambar sebuah keluarga dan kawasan menyelam dari pelbagai tempat di seluruh dunia. Tolong kongsikan jika seseorang mengenali dia (pemilik),” kata Mossberg dalam laman Facebook tersebut.

Devonshire yang mengetahui mengenai penemuan itu melalui seorang rakannya terus membalas di ruangan komen halaman berkenaan.

“Saya yakin kamera itu adalah milik saya. Saya kehilangan kamera itu ketika menyelam di St. Abbs. Gambar-gambar tersebut merupakan ayah saya dan suami sedang memetik strawberi.

“Saya masih tidak percaya kerana kamera itu hanyut di lautan sepanjang tiga tahun ini,” katanya.

– See more at: http://ift.tt/2a7pCGX