Tuesday, July 19, 2016

PPIM : Rakyat disaran buat dua pekerjaan

Rakyat disaran buat 2 pekerjaan

RAKYAT di negara ini disaran membuat dua pekerjaan seperti menjual kuih sebagai cara untuk menambah sumber pendapatan. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rakyat di negara ini digesa melakukan dua pekerjaan sebagai cara untuk membayar hutang selain menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Gesaan itu dibuat selepas kebanyakan rakyat di negara ini didapati membuat pelbagai pinjaman antaranya membeli rumah sehingga mengakibatkan mereka terpaksa menanggung hutang bagi tempoh yang panjang.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, orang ramai yang terdedah dengan hutang seperti penjawat awam boleh melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewangan menampung kos sara hidup mereka.

“Kalau hendak bergantung kepada gaji sedia ada memang tidak cukup dan alternatif itu boleh dilakukan oleh mereka. Cara ini adalah lebih baik daripada meminjam ceti haram atau ah long yang boleh menekan kehidupan mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Artikel Penuh: http://ift.tt/2aaxIi0