Monday, November 7, 2016

Polis nafi kereta pegawai KPDNKK terbakar angkara khianat

Quote:

Putrajaya: Tiada unsur khianat ditemui berhubung siasatan kes kereta seorang pegawai KPDNKK yang terbakar di Presint 9, Putrajaya malam tadi sebaliknya ia berpunca daripada masalah enjin kenderaan

Ketua Polis Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, siasatan mendapati, kereta itu pada mulanya dipandu oleh isteri pegawai berkenaan untuk ke kedai berhampiran rumah

Menurutnya, sebaik meletakkan kereta di hadapan rumah, bahagian enjin kenderaan tiba-tiba berasap sebelum mencetuskan api

“Mangsa kemudian menelefon pihak bomba bagi memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, bahagian hadapan kereta jenis Honda Accord milik mangsa musnah teruk akibat kebakaran itu

Sebelum ini, beberapa blog berita mengaitkan kejadian itu dengan unsur khianat memandangkan KPDNKK kini agresif dalam operasi khas Skim Penstabilan Minyak Masak sejak 1 November lalu

http://ift.tt/2fNv6Mz