Sunday, November 6, 2016

Mayat Remaja Lelaki Dikerat Beberapa Bahagian Termasuk Kepala Ditemui Di Dalam Kalbat

TANGKAK – Mayat remaja lelaki yang dikerat beberapa bahagian termasuk kepalanya di dalam kalbat di tempat letak kereta sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, mayat yang masih dikenal pasti identitinya itu dibungkus ke dalam lima plastik berasingan dan disorok di lokasi itu.

Bagaimanapun, kepala mangsa tidak disorokkan dalam plastik terbabit tetapi ditemukan tertanam tidak jauh dari lokasi anggota badan lain ditemukan.

“Polis menerima panggilan daripada tuan rumah berkenaan pada pukul 3.15 petang yang menemukan pergelangan kaki berdekatan tempat meletak kenderaan itu dan kita percaya mangsa dibunuh di tempat lain lebih tiga hari lalu,” katanya, petik Utusan.

Mohad Idris menambah, polis juga berjaya memberkas seorang remaja lelaki berusia 19 tahun susulan penemuan mayat itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.