Monday, November 7, 2016

Gadis didakwa kerana beri burung makan kentang goreng

Lauren Paige Smith

SWANSEA – BRITAIN. Seorang remaja disaman dan dikehendaki ke mahkamah selepas enggan membayar denda kerana memberi burung merpati makan kentang goreng.

Lauren Paige Smith,19, didatangi seorang pekerja perbandaran dan didenda £25 (RM130) atas kesalahan membuang sampah.

Lauren memberitahu pegawai terbabit bahawa, dia tidak membuang sampah sebaliknya hanya memberi burung merpati makan malah tiada sisa ditinggalkan, namun alasannya itu tetap ditolak dan dia tetap didenda.

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, remaja itu enggan membayar denda, namun dia kemudian menerima surat saman dan perlu hadir ke mahkamah pada 15 November.

Lauren disaman kerana melanggar seksyen 87 Akta Perlindungan Pesekitaran.

“Saya hanya memberi makan kentang goreng kepada burung gagak dan burung merpati ketika makan tengah hari apabila didatangi pekerja perbandaran dan memberitahu saya telah membuang sampah.

“Saya terpaksa membayar denda walaupun tiada sisa makanan tertinggal,” katanya dipetik Metro.uk

Denda Lauren kini meningkat kepada £100 (RM523) dan dia dijangka di Mahkamah Majistret Swansea pada 15 November.

http://ift.tt/2fxMRKR