Sunday, November 6, 2016

Anak diambil dari pusat pengasuh sudah lembik, mata bengkak

Salinan paparan perkongsian yang viral di Facebook

KUALA LUMPUR – Hati ibu bapa mana tidak luluh apabila ambil anak dari pusat pengasuh dalam keadaan lembik dan matanya membengkak?

Menurut seorang pelayar laman Facebook, beliau mengesyaki anaknya didera pengasuh walaupun diberitahu anaknya ‘terkena alat mainan Ultraman plastik’.

“Pada mulanya saya percaya sehingga sewaktu saya menjemput anak saya dalam keadaan lembik dan matanya mula bengkak,” kata pelayar berkenaan.

Namun begitu, imbasan X-ray yang dibuat menunjukkan tangan anaknya bengkok, malah pihak hospital mengatakan mata anaknya mengalami hentakan kuat.

“Kesan kesan lain juga seperti kesan kuku di celah kangkang dan celah punggung yang dalam dimana amik masa seminggu untuk hilang, lebam di dalam telinga, lebam dibawah hidung dengan alasan tidak logik.

“Alhamdullilah satu persatu petunjuk dan bukti yang membuat kami yakin untuk berjuang demi anak kami mangsa penderaan pengasuh,” kata pelayar berkenaan lagi.

Beliau juga percaya bukan anaknya sahaja yang menjadi mangsa penderaan pengasuh berkenaan.

“Kami berharap pihak itu tampil untuk menegakkan keadilan dan kita sama-sama membantu orang lain yang mungkin akan menghantar ke pengasuh ini,” kata beliau lagi.

Perkongsian berkenaan yang telah dibuat sejak 4 November lepas kini sudah menarik perhatian lebih 7,000 pelayar laman sosial.

Quote:

Fazlin Johari added a photo and a video.
November 4 at 7:25am ·

Maafkan bonda sayang . Bonda buta dengan segala kebaikan dia . Apalah dosa anak kecil ini sampai kau sanggup sakitkan dia .Tangan anak aku sampai nak kene simen 3 hari tak bergerak tapi kau boleh cakap kau pun taktahu kena apa .Mata bengkak kau cakap kene mainan . Kau cuai atau memang kau sengaja sakitkan anak aku . Maafkan bonda rayyan . Maafkan bonda . Andai rayyan dapat bersuara dari awal lagi bonda tak akan pernah izinkan die sentuuh rayyan mhupun hanya melihat . Banyak sangat dah pentunjuk sebelum ni tapi bonda buta . Allahuakhbar menderita kau anak . Gerak hati ibu xpenah salah . Buat semua ibubapa kat luar sana kalau anak kite ada tunjuk reaksi negative terhadap orang lain especially pengasuh silalah mula ragu2 dan cepat2 cari punca sebelum anak jadi lauk . Maafkan bonda rayyan . Berat sangat mata bila bonda pandang rayyan . Bersalahnya bonda dekat rayyan . Ya Allah kau permudahkanlah urusan kami . Kembalikanlah semangat rayyan . Semangat ku . Semangat keluarga ku .
#katakantidakpadapenderakanakkanak #pengasuhpsycho #sayangimereka #bondarayyan #maafkanbondarayyan

http://ift.tt/2fsKVoC


http://ift.tt/2fsJ176