Sunday, November 6, 2016

Mayat remaja lelaki dikerat-kerat ditemui dalam 5 beg plastik

Anggota polis memeriksa kandungan beg plastik mengandungi keratan tubuh seorang ramaja. – Foto SHAIFULAZHAR MISRI

Tangkak: Mayat remaja lelaki ditemui dikerat beberapa bahagian, dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut di sini, hari ini.

Setakat ini, polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu namun ia dipercayai kerana cemburu dan mangsa dikatakan bukan penduduk kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki dan sepasukan polis dikejarkan ke lokasi.

“Hasil siasatan awal, kami menemui lima bungkusan plastik yang disumbat dalam dalam saluran longkang di tepi rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah itu.

“Kami percaya mangsa, seorang remaja lelaki dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badan, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, tidak sampai sejam selepas menerima laporan kejadian itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

http://ift.tt/2fsrLPo

Quote:

Mayat remaja lelaki dikerat ditemukan

TANGKAK 6 Nov. – Polis menemukan satu mayat remaja lelaki yang dikerat beberapa bahagian termasuk kepalanya di dalam kalbat di tempat letak kereta sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, di sini petang ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, mayat yang masih dikenal pasti identitinya itu dibungkus ke dalam lima plastik berasingan dan disorok di lokasi itu.

Bagaimanapun, kepala mangsa tidak disorokkan dalam plastik terbabit tetapi ditemukan tertanam tidak jauh dari lokasi anggota badan lain ditemukan.

“Polis menerima panggilan daripada tuan rumah berkenaan pada pukul 3.15 petang yang menemukan pergelangan kaki berdekatan tempat meletak kenderaan itu dan kita percaya mangsa dibunuh di tempat lain lebih tiga hari lalu,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Mohad Idris menambah, polis juga berjaya memberkas seorang remaja lelaki berusia 19 tahun susulan penemuan mayat itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

– See more at: http://ift.tt/2f75TL2