Sunday, November 6, 2016

Video: TMJ Buat Video Parodi ‘Troll’ Baju Merah

Kuala Lumpur – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini memuat naik video parodi di Facebook Johor Southern Tigers menarik perhatian netizen dan menjadi viral di laman sosial.

Video berkenaan menunjukkan sekumpulan lelaki berbaju merah melakukan demonstrasi gerak langkah silat, sambil menggunakan kayu dan batu yang sering dilakukan pergerakan Baju Merah semasa protes.

Bagaimanapun, keterangan berhubung video yang dimuat naik memberi penjelasan bahawa Tunku Ismail tidak berpihak kepada baju merah atau baju kuning.

Terdapat pesanan atau status pada video tersebut iaitu “Saya berada bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan. Kerana perpaduan adalah ‘formula’ untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian.

“Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang.”