Thursday, November 3, 2016

Pengutip derma patah gigi ditampar lelaki di depan bank

http://www.youtube.com/watch?v=_DM0xogscoY

Sedutan rakaman yang viral di laman Facebook.


LOKASI kejadian lelaki kutip derma ditampar. Gambar kecil, mangsa (kanan) menunjukkan laporan polis dibuatnya selepas kejadian.

Kuala Kangsar: Seorang lelaki patah gigi selepas ditampar seorang individu tidak dikenali ketika melakukan kerja mengutip derma di hadapan sebuah bank, di sini.

Difahamkan, insiden yang berlaku pada 28 Oktober itu sempat dirakam dengan telefon bimbit oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Rokiah, 39, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.30 malam dan dia sempat merakamnya menggunakan telefon bimbit.

Katanya, seorang lelaki dikatakan naik berang dan menuduh peminta derma itu menipu masyarakat sepanjang mengutip derma di situ.

“Mulanya tiada adegan tampar tetapi lama-kelamaan, nampak lelaki berusia itu semakin marah. Dia berkali-kali tuduh peminta derma itu menipu.

Pengutip derma tersebut menafikan dia menipu untuk mengutip derma, selain mendakwa dirinya adalah wakil dari jabatan agama.

Walau bagaimanapun, lelaki yang memarahinya mempertikaikan kesahihan ‘cerita’ pengutip derma tersebut.

Lelaki itu kemudian menampar pengutip derma berkenaan sambil mencabar pengutip derma terbabit datang semula dan membawa wakil pejabat agama.

http://ift.tt/2fx6t6z
http://ift.tt/2fxTVf9