Thursday, November 3, 2016

Jamal ‘Lawat’ malaysiakini, Minum Kopi Di Kafe

PETALING JAYA – Presiden Persatuan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos telah mengadakan satu ‘lawatan’ di pejebat malaysiakini yang terletak di sini tadi.

Dalam lawatannya di pejabat itu, beliau disekat untuk memasuki banggunan tersebut, namun dibenarkan kerana menyifatkan kedatangan beliau ke pejabat tersebut hanya untuk minum kopi.

Hanya 10 orang yang dibenarkan masuk ke pejabat tersebut pada jam 2.45 petang tadi.

Ketika perbincangan dengan orang atasan Malaysiakini di kafe pejabat itu, beliau berkata akan mengadakan satu rusuhan secara besar-besaran di pejabat tersebut sekiranya Malaysiakini tidak mengakui bahawa menerima dana daripada George Soros.

“kami di Pihak NGO-NGO di seluruh negara akan membuat protes secara besar-besaran di sini.

“Sekurang-kurang 20 ribu orang akan turun di sini dan kita akan pastikan sebahagian baggunan ini akan runtuh,” katanya ketika perbincagan berlangsung.-SuaraTV