Monday, May 30, 2016

Berebut buah mangga, dua berjiran ditahan

Quote:

UTTAR PRADESH: Dua lelaki berjiran ditahan polis Rohania Jumaat lalu hanya kerana berebut enam biji mangga di kampung Mungawar, dekat Varanasi.

Police berkata, Ramji Yadav dan Hakim Yadav adalah pemilik bersama sebuah pokok mangga di kampung berkenaan.

Seorang saudara Ramji memetik 24 biji mangga petang Jumaat lalu dan apabila dibahagikan, Hakim mendakwa hanya menerima enam biji saja berbanding sepatutnya mendapat 12 biji.

Perselisihan itu melarat memaksa Hakim melaporkan kepada polis.

Sub-inspektor Deendayal Pandey, yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk kedua-dua sebelum menasihatkan Hakim untuk memetik enam lagi mangga bagi mengelak kontroversi berlarutan.

Namun, Hakim tetap menuntut enam biji mangga yang sudah dipetik menyebabkan rundingan menemui jalan buntu.

Majistret sub-divisyen, Tribhuvan Ram meminta kedua-dua pihak mencapai kata sepakat namun mereka tetap berdegil.

Akibatnya, Ram mengarahkan mangga itu dirampas dan dakwaan difailkan ke atas kedua-dua pihak bertelagah yang membawa penahanan mereka. – Agensi