Sunday, May 29, 2016

Mahkamah benarkan lelaki bayar nafkah kepada bekas isteri dengan pizza

ROME: Mahkamah Itali menyebelahi seorang lelaki dengan membenarkan beliau membayar nafkah kepada bekas isterinya dalam bentuk piza berharga AS$333 (RM1,362) setiap bulan.

Bagaimanapun, bekas isterinya, Nicoletta Zuin, langsung tidak berpuas hati dengan keputusan itu, lapor akhbar Il Gazzettino.

Nicola Toso, 50, dituduh gagal membayar nafkah anak setiap bulan apabila cuma menghantar piza.

Zuin akhirnya membawa kes itu ke mahkamah di Padua.

Hakim Chiara Bitozzi berkata, Toso, yang juga chef piza, dibenarkan terus membayar nafkah dengan makanan kegemaran Itali itu apabila dilaporkan tidak memperoleh pendapatan mencukupi untuk membuat bayaran penuh berikutan krisis kewangan 2008.

“Sebagai ganti wang, defendan menawarkan pampasan dengan jumlah sama dalam bentuk piza untuk dibawa pulang dari tempat kerjanya tetapi ditolak,” kata Bitozzi dalam arahannya.

Peguam Toso, Sonia Della Greca, berkata anak guamnya menawarkan makanan percuma kerana mengalami saat sukar dan banyak hutang tetapi meneruskan kewajipan lain sejak berkahwin semula. – Agensi

http://ift.tt/1TNZbpB