JEMPOL – Mayat seorang bekas banduan yang dilaporkan hilang sejak 28 Ogos lalu ditemui dalam keadaan tidak sempurna oleh penduduk Felda Palong 5, Gemas di sebuah kawasan paya dekat sini petang tadi.
Mayat Mohamad Shah Harun, 39, ketika ditemui cuma tinggal separuh badan, manakala tengkorak kepalanya dijumpai di sebuah kawasan belukar kira-kira 25 meter dari anggota tubuhnya pada pukul 6.15 petang.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki yang pernah dipenjarakan kerana kes dadah itu dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya kepada polis pada 2 September lalu.
“Mayatnya ditemui di Blok 11, Felda Palong 5. Semakan mendapati satu laporan orang hilang pernah dibuat mengenai seorang lelaki yang keluar dari rumahnya di felda itu dengan menaiki motosikal jenis Honda C70 warna kuning.
“Ahli keluarganya telah dibawa ke tempat kejadian dan mengesahkan mayat itu adalah Mohamad Shah berdasarkan pakaian dan sebuah motosikal yang ditemui kurang 150 meter dari lokasi mayat itu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://ift.tt/2eKh4Xk