Wednesday, October 26, 2016

Pakar forensik ditertawakan jatuh tersembam atas mayat

http://www.youtube.com/watch?v=3LgXZ4md7_I

GAMBAR dipetik dari rakaman video menunjukkan pakar forensik berkenaan jatuh tersembam ke atas mayat.

Brasilia: Seorang pakar forensik yang menyiasat tempat kejadian pembunuhan seorang lelaki jatuh tersembam pada mayat yang disiasatnya.

Rakaman kejadian itu viral di media sosial Brazil.

Klip video itu menunjukkan pakar itu berjalan ke arah mayat yang berada di dalam lubang cetek untuk mengumpulkan bahan bukti.

Bagaimanapun, ketika membongkok untuk memeriksa mayat, dia jatuh tersembam ke atasnya menyebabkan orang ramai yang berada sekeliling tempat kejadian ketawa.

Pakar itu berusaha bangun dan seorang polis tentera berhampiran membantu dengan menarik tali pinggangnya.

Dia kemudian cuba menarik kaki mayat itu untuk mengeluarkannya dari lubang berkenaan tetapi hilang kawalan dan jatuh terduduk pula.

Menurut laporan media tempatan, pakar terbabit dipercayai mabuk.

Polis tidak mengulas kejadian itu atau mendedahkan butiran lanjut mengenai si mati. – Agensi

http://ift.tt/2eEnxmN