Wednesday, October 26, 2016

Penjelasan Isu Pati Kiub Pork Jenama Knorr – Bahagian Hab Halal JAKIM

Quote:

PENJELASAN BERKENAAN ISU PATI KIUB PORK JENAMA KNORR

26 OKTOBER 2016 M
25 MUHARAM 1438 H

Viral berkenaan pati kiub pork jenama Knorr ini kembali menghantui dan mengundang keresahan dalam kalangan netizen di alam maya

Untuk makluman, produk ini memang wujud dan terdapat di pasaran namun BUKAN DI PASARAN DAN BUKAN DIKILANGKAN DI MALAYSIA serta tiada pengesahan halal dari mana-mana badan Islam di beri untuk produk ini

Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Knorr yang dikilangkan oleh Unilever Foods (Malaysia) Sdn Bhd mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini

Justeru, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat. Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut

Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran, bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim

Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎03-8892 5000/1

Sumber