Wednesday, October 26, 2016

Penyambungan bekalan air secara haram, PROLINTAS didenda RM40,000

Quote:

Shah Alam: Syarikat konsesi lebuhraya, PROLINTAS didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membuat penyambungan bekalan air secara haram di sekitar bandaraya ini, lima tahun lalu

Hakim Slamat Yahya memutuskan hukuman itu selepas wakil Orang Kena Saman (OKS) yang juga Penolong Pengurus Kejuruteraan syarikat berkenaan, Mohd Khairi Dahalan, 39, turut memperakui fakta dan barang kes dikemukakan pendakwaan

Mengikut pertuduhan, PROLINTAS didakwa membuat sambungan ke sesalur utama awam milik Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan bukan pemegang lesen dibenarkan berbuat demikiandi Plaza Tol Alam Impian, Lebuhraya Kota Kemuning-Shah Alam, 24 Jun 2011

Kesalahan melakukan sambungan bekalan air secara haram itu dibbawah Seksyen 123 (1) (a) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Shariful Azman Mustapa Yahya dan Azjamaatuliza Farah Ain Jamludin manakala OKS tidak diwakili peguam

http://ift.tt/2ede8lA