|
KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa Mandarin dalam kalangan pekerjanya terutama juruteknik yang bekerja di bahagian penyelenggaraan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PRASARANA, Datuk Azmi Abdul Aziz, berkata ia bagi memantapkan kapasiti kakitangannya yang perlu berinteraksi dengan pelanggan dari luar negara termasuk China “Penggunaan bahasa Mandarin ini juga amat penting kerana kebanyakan pelanggan kami adalah daripada syarikat China “Ia sekali gus dapat memenuhi kehendak komunikasi yang baik supaya tidak ada timbul salah faham, malah kami berbesar hati apabila Pusat Kebudayaan Han menawarkan peluang untuk pekerja Prasarana menjalani khusus bahasa Mandarin ini,” katanya pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Belajar Mandarin, di sini, hari ini Majlis MoU itu dimeterai oleh Azmi yang mewakili Prasarana, manakala Pusat Kebudayaan Han diwakili Presidennya, Datuk Goh Hin San Azmi berkata, MoU itu juga selaras dengan kehendak kerajaan untuk mengeratkan hubungan perniagaan negara bersama syarikat pembekal dari China “Antara projek membabitkan syarikat dari China adalah pembelian tren enam gerabak untuk LRT laluan Sri Petaling-Ampang,” katanya Beliau berkata, bas mesra alam untuk projek Bas Rapid Transit – Laluan Sunway juga dibeli daripada syarikat China iaitu Syarikat BYD Auto Industry Limited Selanjutnya di : http://ift.tt/2e3ycXN |
Thursday, October 13, 2016
PRASARANA tingkat kemahiran kakitangan berbahasa Mandarin
Quote: