Friday, October 14, 2016

Selina lahirkan anak pertama

Quote:

KUCHING: Selina, Orang Utan betina berusia 12 tahun yang menghuni Pusat Hidupan Liar Semenggo, di sini, melahirkan anak sulungnya, Ahad lalu

Kelahiran penghuni terbaru santuari haiwan dilindungi itu disedari petugas yang ternampak seekor bayi lelaki dikendong Selina, ketika haiwan itu mengambil makanan di platform yang disediakan

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, Selina yang berusia 12 tahun dipercayai melahirkan anak sulungnya itu pada 6 Oktober lalu selepas kali terakhir dilihat pada 2 Oktober

“Pada 16 September lalu, seekor penghuni iaitu Analisa melahirkan anaknya dan selang tiga minggu kemudian, Selina pula melahirkan anak. Berdasarkan keadaan bayi itu, kita percaya bayi itu dilahirkan kira-kira 10 hari lalu dan ini sesuatu yang menakjubkan apabila dua kelahiran disambut dalam tempoh tidak sampai sebulan,” katanya

Berikutan kelahiran terbaharu itu, Pusat Hidupan Liar Semenggo kini mempunyai 28 Orang Utan dengan 17 daripadanya dilahirkan di pusat berkenaan sekali gus membuktikan program pemulihan spesies terancam itu mencapai kejayaan membanggakan

Selanjutnya di : http://ift.tt/2eyOoUx