Thursday, October 27, 2016

SPRM siasat viral pegawainya pukul isteri

Kisah dan wajah wanita tersebut menjadi viral di media sosial.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawainya yang didakwa memukul isterinya yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata ia bersedia memberi kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan laporan polis yang dibuat mengenai dakwaan wanita itu.

“SPRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin sekiranya terbukti bersalah,” kata kenyataan itu.

SPRM juga meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Baru-baru ini, pendedahan itu tersebar di laman sosial Facebook dan memuat naik status kisah keganasan rumah tangga yang dialaminya dan mendakwa suaminya yang merupakan seorang pegawai SPRM sering mendera dan melakukan serangan seksual terhadap dirinya.

Status itu mendapat perhatian netizen yang marah dengan kelakuan melampau yang didakwa dilakukan oleh suami wanita terbabit. – Bernama

Quote:







http://ift.tt/2eQinEX