|
Georgetown: Lelaki ditahan polis bagi membantu siastan kes rogol remaja perempuan berusia 15 tahun di Bandar Baru Ayer Itam, di sini, semalam Menurut sumber, suspek ditahan selepas keluarga mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu, Isnin lalu Menurutnya, perbuatan itu terbongkar selepas mangsa ditahan di sekolah kerana mencuri wang pelajar lain dalam kelasnya “Selepas disiasat, mangsa memberitahu guru yang wang terbabit sebenarnya mahu diberikan kepada suspek dan dia juga menceritakan pernah melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit “Gurunya kemudian menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarga dan mereka membuat laporan polis berhubung kes terbabit,” katanya Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan lelaki berusia 20 tahun terbabit Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siastan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan |
Wednesday, October 12, 2016
Suspek rogol remaja 15 tahun ditahan
Quote: